Akan Datang!

Monday, June 9, 2014

Review: Ia Wujud

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Dharma Aizat
Pelakon | Zakaria Zahid, Ahmad Syafiq, Muhd Arif Adam, Anam Azizan

Well, aku rasakan filem ni tidak mampu untuk menandingi kekuatan filem Highland Tower. Nah, nampaknya David Teo mampu berbangga dengan filem lost tapenya itu sebab kekuatan filem ni hanyalah seperti Penunggu Istana yang menjadi perintis genre lost tape suatu ketika dulu. Ia Wujud ialah sebuah filem yang biasa dan tidak ada kejutan melainkan sebuah persembahan lost tape biasa yang hanya menjadi hiburan. 

Aku, secara peribadi agak hilang mood apabila aku telah menonton Sniper, filem arahan Pierre Andre terlebih dahulu. Bila tonton Sniper, dan tonton filem ni, aku rasa moodnya hilang. So, dinasihatkan kepada bakal penonton, tolong jangan tonton Sniper jika korang mahu rasa seram dengan filem ni. Sebab apa? Sebab Sniper dan Ia Wujud dilakonkan di tempat sama, Mimaland. Malah, few scene dalam filem ni dilakonkan ditempat yang sama! 

Seram? Yeke seram? Hish, pada aku Ia Wujud bukanlah seseram mana. Filem ni banyak bermain dengan gelagat lima sahabat yang sangat biasa. Dibina betul betul sekadar sebuah idea cliché yang menukilkan sebuah seram yang biasa. Nampak jelas sebenarnya Ia Wujud adalah sebuah lagi Highland Tower. Tidak ada pembaharuan, tidak ada sesuatu yang nak dibangga. Melihat kepada Seru, suatu ketika dulu, Ia Wujud lebih jauh lagi untuk dibangga. 

Plot kelihatan dilengahkan. Tidak ada sesuatu misteri yang menarik untuk dibawa sebab sepanjang filem, korang akan nampak lima orang ni je. Permainan yang dimainkan sangat biasa dan tidak menjanjikan apa apa moment yang betul betul menaikkan seram. Kesudahan yang sudah dijangka tidak mampu memberikan Ia Wujud satu perasaan menonton filem seram yang betul betul memuaskan. 

Namun begitu, aku aku, moment seram di akhir filem, walaupun sekali sekala babak botol dan telur rebus terapung itu nampak kelakar, memang menjadi. Namun begitu, aku rasa, Ia Wujud masih tidak mampu untuk memberikan sebuah Highland Tower yang sempurna. Tambah pulak bila otak asyik fikir beberapa scene yang dilakonkan di tempat yang sama dalam filem Sniper. 

Gagal dari segi lakonan dan pembentukan karakter. Itu satu lagi kelemahan filem ni. Lakonan kelima limanya, ya mereka berlakon bagi mereka yang percaya ni betul betul, amat sederhana dan nampak benar lakonannya. Malah, pak cik yang ‘menjaga’ kawasan itu juga terlalu teruk lakonannya sehingga jelas menampakkan yang dia berlakon dan bukannya menjadi dirinya sendiri. 

Apapun, sebagai sebuah filem lost-tape, menggunakan Highland Tower sebagai satu cakuk untuk bergantung dalam membawa premis cerita sangat kurang aku suka. Aku lebih suka kalau filem ni berdiri atas kaki sendiri tanpa menyebut Highland Tower sebagai pembekal semangat seramnya. Sederhana, lambat menangkap, dan gagal untuk menjanjikan sesuatu yang lain dari yang lain. Tu je! 

3/5

3 comments:

heeton said...

maaflah ya,sebenarnya cerita Ia Wujud ni berbeza dgn Highland Tower sebab cerita ni memang actual footage.budak2 tu yang buat rakaman sendiri sebab tula jalan cerita agak bosan.tujuan diorang publish rakaman ni jadi movie untuk buktikan yang benda tu memang wujud.tak percaya try google Ia Wujud mstar.dekat sana diorang bagitau.

Anonymous said...

Klau anda percaya, saya tak tahu nak ckp apa..tapi saya hanya boleh ckp ia hanya lakonan..hahaha..

Unknown said...

ia wujud bukanlah filem...mereka kutip saki baki footage untuk dijadikan filem..so memang tak menarik sebab bukan tujuan untuk difilemkan..sebab ia real & susah nak dijadikan jln cerita yg menarik..higland tower tak best.sebab mugkin bertujuan utk difilemkan..tapi dokufilem bangunan lagi best sbab ia rakaman cctv walaupun ditambah effek sikit.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...