Monday, June 9, 2014

Review: Cara Mengundang Hantu

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | M Subash
Pelakon | Ruminah Sidek, Imuda, Mak Jah, Mariani

Sebenarnya, aku meletakkan satu ekspektasi yang tinggi untuk karya M Subash yang kali ni. Dah namanya seperti mimic sebuah filem cina (atau Siam) kalau tak silap aku, maka aku mengharapkan M Subash memberikan sebuah seram yang cantik untuk sebuah tajuk yang mengajak kita untuk mengetahui ‘Cara Mengundang Hantu’. Al malang al sedihnya, aku rasakan inilah karaya M Subash yang paling teruk sepanjang aku menonton filemnya. 

Aku agak respek sama M Subash. Menghormati style arahannya dan videografi yang pada aku amat unik. Iyalah, aku rasa hampir separuh dari babak filemnya memperlihatkan babak babak yang diambil dari sudut sudut sempit, sengetnya banyak dan juga memfokus alam semulajadi yang tak utama langsung sebagai bahan yang berada di depan sekali visualnya. Dan bukan senang who nak cari director yang asyik guna kampung yang ‘real’ untuk sebuah filem. 

Malangnya, apa yang terjadi dalam Cara Mengundang Hantu ialah sebuah permainan sambil lewa. Aku tak tahulah sama ada aku ter’miss satu filem buruk pengarah ini. Tapi, apa yang aku tonton, yakni filem ni, ialah filem yang sangat buruk dan terlalu childish. Seolah olah M Subash buat pertamakali bermain dengan filem. 

Bergerak dalam empat naratif, Cara Mengundang Hantu dipenuhi babak babak dan moment yang banyak mensia siakan cerita. Cerita gadis melayu dan rakan multi-culturalnya, punya babak babak yang panjang, kegedikan yang melampau, dan juga lakonan yang sangat menjelikkan. Dengan diiringi dialog yang sangat tak ubah macam dialog budak sekolah, cerita gadis Melayu dan tiga rakannya itu ialah the worst ever dalam filem ni. 

Cerita nenek tua lakonan Ruminah Sidek dan Imuda mungkin ok. Namun, garapannya tidak kuat sehinggakan ceritanya menjadi sia sia dan hanya kekal sebagai sebuah short story yang hanya memenuhi ruang cerita. Malah, cerita gadis Cina yang melanggar seseorang itu pun nampak terlalu amatur dari seorang pengarah yang pernah mengarah. Cerita si suami yang diurut hantu isteri pula punya banyak persoalan. 

Agak terkejutlah dengan dialog dan juga bagaimana Cara Mengundang Hantu itu ditanam sebagai sebuah cerita sipi dan bukannya sebuah cerita utama. Hey, aku nak tengok ‘cara mengundang hantu’ yang baik dan bukannya sebuah filem yang hanya dipenuhi misteri biasa dan hanya mengajak penonton berteka teka apa perkaitan antara tiga cerita itu.

Aku faham, cerita budak perempuan tu, hantu datang sebab ketakutan yang dia fikirkan. Cerita cina langgar budak India pula, hantu datang sebab dia tidur tak basuh make-up. Dan cerita Imuda pula, yang ni agak blur blur. Malah, cerita suami yang diurut hantu isteri juga entah pape. 

Lots of bullshit. Lots of crap. The worst filem ever by M Subash. Cara Mengundang Hantu sangat tidak sesuai untuk menjadi tajuk. Dan dengan videografi yang agak biasa dan teruk sekali sekala (especially babak tiga gadis tiga bangsa sembang pasal lecturer), M Subash nampak lemah dalam permainan filem kali ni. Amat malang apabila filem ni tidak menjadi seperti yang diharapkan . Alahai! 

2/5

2 comments:

Hazim6057 said...

sokong 100% review nie. filem yg amat mengecewakan,......

Anonymous said...

Sokong! The worse filem ever. Kebanyakan pelakon tampak tdk real. Eih