Monday, September 9, 2013

Review: Paku Pontianak

Tahun terbit | 2013
Pengarah | Ismail Bob Hashim
Pelakon | Pekin Ibrahim, Hidayah Samsuddin, Uqasha Senrose (klik untuk senarai penuh pelakon)

Menyoroti tahun 2013 yang agak suram dengan filem seram yang high-class, nampaknya ada satu dua yang masih terserlah. Sembunyi arahan Kabir Bhatia contohnya, ada umpan kejutan cerita yang agak bagus walaupun ianya tidaklah horror mana. Lain dari tu, hmmm, agak sukar untuk aku senarai. Mungkin yang lain hanyalah filem iringan yang dibuat dengan rempah ratus sama. Tidak berusaha untuk lari dari landasan yang sudah tersedia. 

Paku Pontianak pertamanya lari dari aspek posternya. Paparan tangan memegang paku, tanpa ada apa apa gambar para pelakon sebagai penghias poster berjaya mewujudkan tanda tanya yang bagus sekaligus memberikan promosi yang bergaya. Tambahan pula ini ialah filem pertama bergenre seram dari Ismail Bob Hashim yang sebelum ni tidak menyentuh sisi ini. Maka, satu expectation tinggi aku harapkan dari Paku Pontianak. 

Bila aku tengok kredit, aku rasa Ismail Bob Hashim bukanlah seorang yang harusnya dipuji. Dia sebagai pengarah hanyalah bertindak sebagai pembantu untuk menaikkan apa yang tertulis di kertas. Siapa yang menulis kertas itu, hantu yang tidak dikenali yang dikenali sebagai Panel MIG dan juga Pierre Andre. Pierre Andre?! Nah, jadi apa yang anda akan lihat pastinya bukan sesuatu yang biasa. 

Betul sangkaan itu! Pembukaannya sudah berjaya memberikan permulaan yang baik. Tanpa ada soalan dan kepelikan babak seorang bomoh paku pontianak itu, ceritanya dialihkan kepada satu sisi Adam, cerita lain yang tak ada kaitan. Di sini ada Pekin, sang pelakon Bunohan yang berjaya memberikan pembaharuan dalam lakonannya. Pekin sekurang kurangnya bukan satu hero yang recycle. Yalah, filem seram MIG faham2 jelah, heronya muka sama ja! 

Sebagai sebuah karangan Pierre, Paku Pontianak memang mengekalkan momentum visual yang perlahan, muzik yang sederhana, dan kejutan yang tidak disangka sangka. Jujurnya, aku suka beberapa permainan visual yang sangat artistik tetapi pada masa yang sama memberikan keseraman yang hebat. Visual Adam langgar Melati punya syot syot yang gempak! Malah, kejutan bila Melati luahkan sayangnya di tepi tangga beserta kejutannya meyakinkan! 

Pierre melalui pengarahan Ismail Bob Hashim berjaya memancing penonton untuk bertanya tanya siapa Melati. Seri, sangat tenggelam walaupun dia cuba untuk menyembunyikan rahsia besar cerita ini. Namun, apabila Melati itu terbongkar personalitinya, minda aku tenggelam jauh kepada epic cinta horror Thai, Nang Nak. Rupa rupanya, ini bukan sebuah horror yang maksima kejut kejut saja. Ianya love story horror. Dan itu sesuatu yang menarik walaupun jangkaan endingnya sudah dapat diagak apabila terbongkarnya siapa Melati. 

Justeru, aku kagum dengan permainan filem ni yang melengah lengahkan isu siapa Melati sehingga sampai satu titik. Walaupun aku percaya ada banyak penonton sudah dapat mengagak siapa Melati, namun permainan seram yang diberikan berjaya membuatkan penonton teragak agak untuk mengagak siapa sebenarnya Melati. Malah, di akhir filem, berbekalkan beberapa minit baki masa akhir, filem ni sendiri membuatkan aku tertanya tanya, adakah apa yang berlaku realiti atau mimpi! Clever! 

Aku rasa untuk tahun 2013, Paku Pontianak antara filem seram yang kejutan ceritanya amat baik. Semua kejutannya yang sedikit tetapi punya tanda tanya yang banyak membesarkan ruang untuk perbincangan di luar filem. Tahniah untuk Pierre Andre dan panel skrip MIG, dan tahniah untuk Ismail Bob Hashim dengan adaptasi ke layar yang agak baik. Paku Pontianak adalah romantik seram yang ada sisi hebatnya tersendiri. Bukan idea Pierre yang terbaik tetapi persembahannya ok. 

4/5

7 comments:

Cikgu Bada said...

filem hantu lagi..hantu betul le

MG schmidt said...

nak tgk ! make sure seram ! haha

caturekoputro said...

film hantu , wah saya tidak berani menontonnya , takut :) , tapi terimakasih atas informasinya :) salam blogger

Ida Syuhada said...

Tengok poster jer dah seram...apa lagi klu tengok yer... harap2 jangan lah hendaknya indah kabar dari rupa..

zana fahmi said...

18sx ye? tak boleh bw anak ni, dia pun penakut mcm ibu dia. tapi kalau encik suami sudi, ok je tgk di panggung.

siti zahara said...

Baru je tngok tdi..hehehe..yg akhir sekali tu dia mimpi ke..macam blur skit..=D

Cikgu Norazimah said...

wah ! baca review jer dah tertarik ! kena pegi panggung ni, support filem malaysia ;)