Thursday, May 2, 2013

Review: Identity Thief

Entah kenapa memula aku sangat tidak menyangkakan yang Mellisa McCarthy yang pada awalnya dikenali sebagai Sandy ini sangat best lakonannya. Wataknya yang sebenarnya si jahat membawakan aku melihat watak ini sebagai satu perwatakan dimana seseorang itu terperangkap antara masalah lampau dan juga masa sekarang. Lakonannya ohsem dan cute, walaupun selayaknya wajahnya tidak menampakkan sedikit pun kejahatan yang dia lakukan. 

Ok, jom kembali kepada filem ini, Identity Thief yang diarahkan Seth Gordon yang sebelum ini mengarahkan Horrible Bosse kembali dengan komedi yang menggunakan tema kreatif. Pada aku, idea filem ini menggunakan idea yang baik tetapi penceritaannya masih saja tipikal komedi biasa. Namun, dengan ceritanya yang ringan dan tidaklah se’stress’ mana, Identity Thief boleh juga buat anda layan pada sesetengah bahagian. 

Nak kata lawak, pada aku tak lawak sangat. Melissa McCarthy nampaknya dibayangi kecomelannya yang sekaligus menghilangkan komedi. Aku sendiri tidak rasa nak tergelak dengan wataknya. But still, wataknya memang layan can comel. Jason Bateman pula tidak segah yang disangka. Chemistry antara dua pelakon ini tidak menjadikan Identity Thief sebuah komedi yang amat sarat komedinya. Cuma sekadar drama biasa yang gelak sekali sekala saja. 

Aku mengharapkan komedi filem ini tahap luar biasa. Malangnya, dengan garapan plot yang agak banyak kepada proses melambatkan perkara yang cepat seperti menokok tambah beberapa subplot yang agak tidak sesuai dan juga kena, Identity Thief menghampakan buat pencari komedi. Aku ingat, ianya lebih kepada romantic komedi, malangnya semakin filem ini ke hadapan, aku sedar filem ni tak lebih dari sekadar adventure komedi. 

Subplot watak gangster tersebut nampak sekejap timbul sekejap hilang menjadikan penceritaan itu agak kabur dan juga lebih baik pada aku tidak dimasukkan. Entah kenapa walaupun ianya membantu beberapa bahagian filem ini, cerita kecil ini tidak berjaya menambat hati aku dalam melihat komedinya. Aku mengharapkan watak Diana dan Sandy itu lebih umph komedinya malangnya itu tak pernah ada. 

Overall, aku rasakan Identity Thief sekadar filem ringan yang biasa biasa. Tidak ada komedi yang sarat tetapi penuh dengan momen tak terduga. Seperti filem komedi lain, filem ini ada pengajarannya yang patut ditonton. Dengan kecomelan Melissa McCarthy, aku rasakan Identity Thief comel ceritanya. Cuma kalau filem ini digarap dengan komedi dan cerita yang dikemaskan lagi mungkin akan menampakkan Identity Thief sebagai sebuah filem yang hebat.

3/5

No comments: