Upin dan Ipin sudah boleh bungkus woo!!! Bola Kampung adalah satu anjakan paling best dan terbaik dalam dunia sejarah animasi filem Malaysia. Mulanya, aku hanya mengharapkan Bola Kampung punya kualiti cerita setinggi Seefood saja. Tapi, sangkaan aku jauh lari apabila Bola Kampung mula menguji sejauh mana animasi kita mampu berjaya. Tidak dapat disangkal lagi, ini filem terbaik dalam genre animasi di Malaysia.
Walaupun aku boleh rasakan animasi filem ini tidak berani untuk mencuba objek objek yang detailnya lebih sofistikated, aku rasa apa yang mereka buat amatlah usaha yang baik. Beberapa pergerakan objek yang nampak keras seperti pergerakan langsir, dan juga rambut boleh diletakkan ke tepi. Apa yang aku nampak, Bola Kampung mempunyai karakter karakter yang bergerak lebih hidup dan tidak lagi punya gerakan yang terlalu dirancang seperti animasi Geng.
Tahniah untuk pasukan animasi yang membina Bola Kampung. Disebalik keterujaan aku menyaksikan visual ini, aku juga amat teruja melihat plotnya. Plotnya segar kalau dibincangkan dalam skop filem filem Malaysia lah. Walaupun sedikit hampa apabila originality idea ini tidak terserlah, namun boleh lah dilihat sebelah mata. Beberapa ciri ciri dari Transformers (bola masa lawan final game), Iron Man (masa geng hero kita dalam suit antivirus) dan sedikit ciri cirri Tron (visual dalam computer antara yang aku dapat kesan.
Tapi tak mengapalah. Ianya tak ada masalah. Di masa hadapan nanti aku harap originaliti perlu lebih menonjol dari semua itu. Aku bukan mahu sebuah filem yang boleh dibandingkan dengan filem luar. Seboleh bolehnya, biarlah animasi kita ada wajah kita. Jika bergenre science fiksyen pun, biarkan originaliti itu ada. Jika ada yang membanding bandingkan sebegini, maka dari segi penciptaan visual itu sendiri sudah hampir gagal.
Melihat dari plotnya, filem ini seolah oleh menerapkan sebuah aksi dunia realiti dalam dunia animasi. Menjadi! Dialognya tidak keras dan kaku. Semua persembahan nampak real dan komedinya, seharusnya aku katakan amatlah well done! Cuma aku agak meluat apabila lambing sponsor seperti KFC, Hari Hari dan juga Asadi terlalu banyak dipaparkan sehingga aku sendiri rasa tak senang duduk.
Aznil Nawawi sebagai Lord Vilus amat baik. Afdlin Shauki pula ohsem. Memang watak Sabok nampak menyerlahkan diri Afdlin dalam karakternya. Ezlynn pula pada mulanya agak sukar untuk aku hadam suaranya. Maklumlah, suara perempuan jadi lelaki. Tetapi lama lama, watak Iwan masuk pula dengan suaranya.
Penceritaannya menjadi. Bola Kampung pantas membina plotnya. Jadi, aku tidaklah mengalami kebosanan seperti yang berlaku semasa menonton filem Seefood. Aku amat suka karakter tiga orang yang nak bina reban tu walaupun wataknya hanya sebentar. Malah, aku juga suka bagaimana pengembangan idea Kingdom Hill yang amatlah hebat!
Dengan visual Kingdom Hill yang agak cantik, dan juga watak watak yang mempunyai pergerakan yang lebih sophistikated, Bola Kampung memang sebuah animasi yang memang terbaik! Walaupun seperti aku kata tadi, originalitinya kurang, namun aku rasa benda itu boleh pandang sebelah mata saja kot sebab kita masih merangkak untuk mencari idea yang sempurna dan original! Oh, ya, aku harap di masa hadapan animasi animasi hebat akan dikeluarkan lagi. Gud luck animators!
3/5
No comments:
Post a Comment