Friday, May 31, 2013

Novel: Unknown (Didier Van Cauwelaert)



Unknown 
(sebelum difilemkan dikenali sebagai Out of My Head)
Penulis: Didier Van Cauwelaert
Penerbit: Penguin Books

Martin Harris koma tiga hari. Bila dia balik rumah, dia tengok kat dalam rumah tu bersama isterinya, Liz ialah seorang yang mengaku dirinya Martin Harris. Dan kisah terus bermula dengan membawa penonton untuk berada di jalan ‘percaya’ atau ‘tidak’ dengan cerita yang diceritakan oleh Martin Harris yang mengaku benar ni. 

 Ok, agak lama aku tak baca novel Inggeris. Unknown yang mana sebelum dijadikan movie yang dilakonkan oleh Liam Nesson pada tahun 2011 ini dikenali sebagai Out of My Head. Ianya sebuah tulisan penulis French yang diadaptasi ke dalam bahasa Inggeris. Dan aku rasakan ceritanya fast dan cukup best. Penulis tak ada masa nak main main sebab satu buku ini hanya mahu menguji percaya atau tidak dengan kata kata Martin Harris. 

Nak banding dengan movie, cerita asal ini totally different dari movie. Kalau dalam filem ada plot nak bunuh Prince arab la bagai, novel ini tidak menjurus kepada plot plot tersebut. Bukunya hanya berbicara tentang usaha Martin Harris itu sendiri sahaja. Tidak ada plot aksi yang banyak tetapi, yang aku suka tentang buku ini ialah ilmu ilmu psikologi (mungkin term yang betul) yang banyak dibincangakan semasa watak utama menyelongkar siapa diri dia sebenarnya. 

Didiear Van Kauwelaert menukilkan Unknown dengan caranya tersendiri. Aku suka perbincangannya. Aku suka penjelasan saintifik tentang memory lost yang diutarakan. Semuanya baik walaupun sebenarnya aku mengharapkan plotnya lebih fast macam filemnya. Namun, overall, Unknown memang buku yang best. Membacanya memang buat aku tak boleh berhenti menyelak helaian demi helaian. 

4/5

1 comment:

miss fifi said...

nice, might give it a try soon :)