Tuesday, November 20, 2012

Review: Budak Pailang

Bukan nak cakap lah, Budak Pailang bukan sebuah filem yang biasa. Memang ianya mengetengahkan gangster sekali lagi macam filem filem dulu. Tapi, kesemua rombakan dan isu dalam filem ini ternyata berlainan. Menonton Budak Pailang memang sebuah pengalaman yang berbeza. Dalam skop filem MIG jelah. Memang sebuah filem yang lari dari sudut biasa penceritaan gangster. Penuh dengan aksi brutal yang agak berani, Budak Pailang memang spesel kes untuk dinilai. 

Aeril Zafrel nampaknya sudah mula menunjukkan sisi hebat. Cinta Kura Kura nampaknya tidak mampu membantunya memberikan lakonan yang hebat. Pada pandangan aku lah! Lepas itu, biasa biasa jer dalam Hanya Aku Cinta Kau Seorang dan Salam Cinta. Kemudian, nah, persembahan yang agak baik dari pelakon ini! Budak Pailang menampakkan sisi sisi hebat pelakon ini! 

Hashim Rejab nampaknya memberikan satu kejujuran yang sempurna. Skripnya digarap dengan baik dan tenang dibawa ke akhir filem. Plotnya senang difahami dan tidak tergesa gesa. Kesemuanya diadun sempurna dengan mengikuti karakter utama kita dari sisi baik menjadi jahat dan jahat menjadi baik semula. Kisah yang boleh dikatakan sebagai urutan kehidupan reality yang dekat untuk mendidik bahawa tiada guna menjadi jahat. 

Aku amat menyukai kisah Badrul yang dibina dari awal walaupun pada awalnya aku rasakan permulaan filem ni tak ubah seperti filem filem MIG yang lain. Terlalu pantas dan tidak mampu membawa feel yang sempurna. Namun lama kelamaan, pergerakannya makin lama makin tenang dan Badrul dibawa dengan pengembangan karakter yang cukup sempurna. Penceritaan kisah hidup Badrul nampak terhidang dengan amat baik. 

Mengingatkan aku kepada sebuah filem hindi, Rakht Charitra (walaupun isunya dua dua jauh beza), Budak Pailang memang sebuah lakaran kehidupan yang cukup mengajar penonton tentang baik buruk sesuatu perbuatan. Kesemua watak watak yang dibawa walaupun kecil nampaknya ditangani dengan sempurna. Mak dan ayah Bad lakonan Maimon Mutalib dan Din CJ memang nampak perlukan bantuan dari segi dialog, namun semuanya boleh tahanlah. 


Brutal! Memang filem ini walaupun tidaklah menampilkan aksi yang dikoreografi dengan cantik seperti 8 Jam, filem ini padat dengan aksi pukul memukul yang gangster dan real. Memang kesemua perasaan ada. Uuuh… ahh.. ouch… sakit! Dan ya, tahniah untuk sisi kejantanan Aeril Zafril yang memang nampaknya sesuai dengan karakter Badrul. Jujurnya Zalif Sidek, Epy dan Zul Handyblack adalah pelakon recycle yang memenuhi filem ini. Sekaligus, Budak Pailang akan buat orang cakap ‘ah, muka mamat ni lagi’. 

Jujur aku cakap, walaupun aku rasakan Zul Handyblack tidak layak untuk memegang watak taiko bernama Alex dalam filem ni, aku tetap rasakan dalam banyak banyak filem MIG yang dia belakon, inilah persembahannya yang terbaik. Dari permulaan karakternya muncul (masa dia hampir langgar Badrul) kesemuanya hebat! Tahniah kepada skrip yang sempurna. 

Aku agak suka adegan adegan fresh dalam filem ni. Memang brutal! Romantik dan twist cerita yang agak baik! Yang penting adalah ketenangan! Tidak tergesa gesa seperti filem filem MIG yang lain. Dan yang paling luar biasa adalah suntingan ala ala drama tv 24 lakonan Kiefer Sutherland tuh! Itu memang awesome dan cun lah! 3 syot dalam satu frame yang memang memberi ruang untuk mempersembahkan reaksi pelbagai keadaan dalam satu karakter, sekali lagi aku cakap, it’s awesome dude! 

Lastly, aku boleh katakan ini antara filem terbaik Hashim Rejablah selepas gagalnya Halim Munan di mata aku. Percubaan untuk memberikan kelainan dalam genre gangster sebegini nampaknya menjadi. Budak Pailang bukan sekadar filem gangster yang kejamnya suka suka, tetapi sifatnya yang bertindak untuk mendidik dan membuatkan kita berfikir tentang kehidupan menjadikan filem ini berisi dan bukan sekadar hiburan brutal semata mata. Wawa Zainal hebat! Nizam Zaidi mungkin boleh dipertingkatkan lagi! Itu je.

4/5

No comments: