Akan Datang!

Tuesday, October 16, 2012

Trivia Menarik Filem 'Skyfall'

Tahukah anda yang perkataan Skyfall itu sendiri ada maksud tersirat? Tahukah apa signifikannya persembahan Daniel Craig dan Queen Elizabeth 2 di pembukaan sukan Olimpik 2012? Jom, sempena menantikan kedatangan Skyfall di pawagam, ini dia 21 trivia menarik untuk tatapan peminat setia James Bond!


1. Ini adalah filem ke 23 James Bond dalam produksi EON yang ‘official’. Kalau campur ‘unofficial’ iaitu spoof bagi Casino Royale dan juga unofficial filem Never Say Never Again, Skyfall adalah filem ke 25 James Bond. Jika dicampur dengan sebuah telemovie iaitu Climax!: Casino Royale, ini adalah filem James Bond ke 26. 

2. Quantum of Solace dan Casino Royale adalah tajuk filem James Bond yang diinspirasikan oleh Ian Fleming sendiri. Tetapi, Skyfall tidak diinspirasikan dari mana mana tulisan Ian Fleming. 

3. Karakter MoneyPenny dan Q yang tidak muncul dalam filem Casino Royale dan Quantum Of Solace dikatakan akan muncul dalam filem ini.Samantha Bond, aktres yang last memainkan peranan MoneyPenny tidak akan kembali. 

4. Freida Pinto, Olivia Wilde, Rachel Weisz, Esti Ginzburg, Margarita Levieva, Alice Eve, Ana Ventura, Emilia Fox dan Ebru Akel dikatakan bakal menjadi the next Bond girls sebelum Berenice Marlohe dan Naomie Harris dipilih. 

5. Skyfall ditayangkan sempena sambutan ulang tahun ke 50 siri filem James Bond. Sebelum ini, Die Another Day ditayangkan sempena sambutan ulang tahun ke 40 siri filem ini. 

6. Skyfall ditayangkan selepas selang 4 tahun daripada filem sebelumnya, Quantum of Solace. Jarak masa ini adalah yang terpanjang antara filem filem James Bond, iaitu 4 tahun. Pertamakalinya, jarak yang panjang ini bukanlah disebabkan oleh pertukaran peranan James Bond seperti jarak antara Licence to Kill (Timothy Dalton) dengan GoldenEye (Pierce Brosnan) dan jarak antara Die Another Day (Pierce Brosnan) dan Casino Royale (Daniel Craig). 

7. Ini adalah kali ketiga Daniel Craig memainkan peranan sebagai James Bond. Craig bermula dengan Casino Royale dan diikuti oleh Quantum of Solace. 

8. Buat pertama kalinya, pemenang Academy Award, Sam Mendes (American Beauty) akan mengarahkan filem James Bond. 

9. Produksi filem ini tergendala lapan hingga sembilan bulan semasa Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) bankrupt. Produksi dihentikan pada 19 April 2010 namun bersambung semula pada January 2011. 

10. Ini adalah filem pertama James Bond yang menjalani penggambaran di China. Sebelum ini, Licence to Kill juga pada asalnya mahu berlatarbelakangkan negara yang sama. Tetapi, pada era itu, polisi dan kuasa veto kerajaan China agak menyukarkan idea itu untuk direalisasikan. Dalam filem Skyfall ini, dikatakan akan ada adegan aksi di Great Wall of China yang mana sudah direka untuk Licence to Kill tetapi tidak dapat direalisasikan pada masa filem itu dalam produksi. 

11. Ini adalah kali ketujuh Judi Dench memainkan peranan sebagai M. Dengan filem Skyfall ini, genaplah 17 tahun Judi Dench memegang peranan M. Jarak masa itu hampir sama dengan pemegang watak M sebelum Dench, iaitu Bernard Lee. Cuma, Lee muncul dalam 11 filem James Bond, tetapi Dench hanya muncul dalam 7 filem sahaja. 

12. Ini adalah filem ketiga James Bond yang menjalani penggambaran di Istanbul dan Turkey. Sebelum Skyfall, From Russia with Love dan The World Is Not Enough telah menjalani penggambaran di sana. 

13. James Bond berjanggut buat kali keduanya dalam filem Skyfall. Kali pertama James Bond muncul dengan janggut adalah ketika Pierce Brosnan berlakon dalam Die Another Day. 

14. Selepas 17 tahun, Skyfall adalah filem seterusnya yang menggunakan tajuk dengan hanya satu perkataan selepas GoldenEye. Pada kiraan silabel bunyi, Skyfall adalah antara tajuk yang punya sebutan paling pendek bagi siri filem James Bond. Skyfall hanya ada dua silabel (sky-fall) manakala tajuk filem James Bond yang sebelum ini,  minimum ada tiga silabel seperti, Dr. No (doc-tor-no), Goldfinger (gold-fing-ger), Thunderball (thund-der-ball), Moonraker (moon-ra-ker), GoldenEye (gol-den-eye). Manakala Octopussy pula mempunyai 4 silabel (oc-to-puss-sy). Dari kiraan huruf, Dr. No kekal sebagai tajuk filem James Bond paling pendek yang mana hanya mempunyai 4 aksara dan 1 nokhtah. 

15. Skyfall ada maksud tersiratnya tersendiri. S-K-Y-F-A-L-L mempunyai tujuh aksara. Ianya melambangkan angka famous Jamesbond, 007. 

16. Naomie Harris menjadi antara aktres tertua memegang peranan sebagai gadis Bond. Ketika melakonkan karakternya, dia berusia 35 tahun. Namun, Honor Blackman boleh dikatakan aktres paling tua dalam memainkan peranan sebagai gadis Bond. Ketika penggambaran Goldfinger, Honor Blackman berusia 37 tahun. 

17. Ben Whishaw akan menjadi aktor keempat memainkan peranan sebagai Q dalam filem James Bond. Buat pertamakalinya, watak Q digambarkan lebih muda dari James Bond sendiri. Pertamakalinya watak Q muncul adalah dalam filem Die Another Day. 

18. Pada pembukaan Sukan Olimpik 2012 London, Daniel Craig dan Queen Elizabeth II melakonkan satu sketsa yang mana mengisahkan James Bond mengeskot Queen ke stadium. Dia dan Queen kemudian dibawa terbang menggunakan helicopter melalui Thames River sebelum Queen (body double) dan James Bond buat terjunan ke luar stadium. Terjunan ini melambangkan tajuk filem ke 23 James Bond ini, iaitu ‘Skyfall’. 

19. Daniel Craig adalah pemegang watak James Bond pertama punya rambut yang lebih cerah (blonde) berbanding aktor Bond terdahulu. Menariknya, Skyfall juga istimewa apabila villain filem ini juga berambut lebih cerah (blonde). Ianya seperti ‘blonde bond vs. blonde villain’. 

20. Pertamakalinya, Skyfall menampilkan dua aksi fighting scene atas keretapi yang berasingan. Filem Bond sebelum ini iaitu From Russia with Love, Live and Let Die, The Spie Who Loved Me, Octopussy dan GoldenEye hanya mempunyai satu saja fighting scene di atas keretapi. 

21. Skyfall menjadi filem kedua paling panjang dalam siri filem James Bond. Casino Royale berdurasi 144 minit yang mana durasi filem James Bond terpanjang setakat ini. Skyfall pula berdurasi 143 minit. Filem ketiga paling panjang dalam siri James Bond ialah On Her Majesty’s Secret Service yang berdurasi 142 minit.

(sumber info: IMDB/skyfall)

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...