Monday, October 1, 2012

Review: 29 Februari

Sebagai sebuah filem 3D yang pertama seumpamanya di Malaysia, apa yang terjadi kepada nasib 29 Februari boleh dijadikan satu tanda yang agak baik untuk melihat sejauh mana penonton kita menonton wayang. Hasil dari kegagalan filem 3D ini, kita dapat tahu yang sebenarnya orang Malaysia belum sedia menikmati kualiti gambar sebaliknya mahukan kualiti cerita menandingi kuasa sinematografi. Ambil saja gambar bagaimana pun, cerita best (bukan semestinya berkualiti), kami akan tonton. 


Sebab itulah filem murahan lebih menang di hati penonton. Ambil gambar serupa drama saja, tapi cerita best (tak semestinya berkualiti), berjaya pecah panggung. Persoalan di sini, sebenarnya orang menonton filem sekadar untuk berhibur. Berapa kerat sangat yang menonton untuk berfikir. Selalunya kan tempat paling murah untuk pecinta pencinta melepaskan rindu pasangan masing masing adalah dengan menonton filem. Jadi, bukan filem yang mahu ditonton. Mereka hanya bayar untuk berada dalam gelap.

movie mistakes:

Berbalik kepada 29 Februari, aku rasakan sememangnya filem ini agak hambar pada sesetengah babak walaupun aku puji kekuatan filem ini yang mana menggunakan footage asal era kemerdekaan. Sekaligus, 29 Februari terpahat sebagai satu nukilan sejarahnya sendiri apabila gambar yang dibaikpulih dicantum menggunakan teknologi terkini untuk satu gambaran baru peristiwa zaman awal kemerdekaan negara. Disebabkan hal ini, tahniah untuk usaha murni itu. 


Malangnya, kelemahan filem ini mungkin ada beberapa sebab. Pertamanya, pada aku, diari Budi dari awal cerita sehingga hujung masih tidak dibawa dengan momen momen cinta Lily yang mantap. Budi dibawa ke tahun demi tahun dengan kisah yang rasanya tidak penting, sekaligus menenggelamkan cerita utamanya, kisah cinta Lily. Aku sendiri merasakan hilang dalam melihat perjalanan dugaan cinta Lily dan Budi sehinggalah dia berjumpa Lily yang sudah tua di dalam wad. 

Keduanya, 3Dnya tidaklah hebat mana. Tidak ada babak babak 3D yang meyakinkan. Dengan hanya letupan dan juga adegan kelip kelip terbang yang cuba untuk memberi perasaan 3D, adegan adegan itu hanyalah kecil dan tidak mampu bawa impak. Sekadar cincin yang jatuh bergolek golek ke hadapan skrin saja, dan drama yang mendayu dayu dan kadangkala meleret (terutama masa Budi dan Lily di tasik), semuanya nampak serabut. Namun, apapun usaha telah dijayakan dengan sempurna. Keep it up! 


29 Februari terumbang ambing antara sejarah dan juga romantik. Budi dan juga sejarah yang dibawa dalam perjalanan hidupnya tenggelam timbul. Tak ada titik pegang yang teguh untuk watak Budi berjalan membawa ceritanya. Dengan lagu dan juga drama dan konflik yang simple dan biasa, Budi nampaknya tidaklah ada kisah yang epik mana pun ketika hidup lamanya. Cuma mungkin, perasaan kasihan itu ada dalam beberapa rangkulan dialog yang agak baik. 

Dari segi lagu, keunikan Sedetik Lebih (Hikayat Merong Mahawangsa) lebih power dalam nafas lagu ciptaan Edry. Lagu Kelip Kelip yang diulang ulang dalam filem ini terlalu lemah jiwanya. Entah kenapa lagu lagu itu diulang ulang walaupun jiwa dan liriknya masih kurang menyengat. Aku faham perbandingan kelip kelip itu dengan diri Budi dan Lily, tetapi malangnya, it still tak dapat meresap dalam jiwa. Apapun, Jagalah Diri by Jac memang meremang!


Kejatuhan 29 Februari yang dibikin dengan jiwa pada setiap sudut malangnya satu petanda. Ianya bukan kejatuhan dan titik akhir. Ianya permulaan untuk membawa jiwa dan cerita yang sesuai dengan pembawaan teknologi. Dalam konteks ini, isu speselnya iaitu Budi tidak dapat diresap dengan jaya mungkin beberapa sebab. Satunya, diarinya terlalu banyak momen dan tidak diadun dengan baik. Keduanya, pemilihan momen momen filem yang hambar dan biasa walaupun filem ini luar biasa. 

3/5

3 comments:

Jiwa Anak Kelantan said...

SOry laa, aku x brape nk setuju ngn review nie.. sbb lth aku tgk citer nie, aku rasakan ni antara filem malaysia yg plg berkualiti.. bile tengok 5 minit pertama filem ni je dah aku rasa ada yang lain filem nih..terus sambung sampai habis. filem ni memang tahap international walaupun latar belakang kemerdekaan malaysia. bukan dari segi effect. tapi jalan cerita, pilihan pelakon, senimatography, editing scene die memang lain dari filem kru yang sebelumni..totally lain..nampak matang dah memang hampir sempurna. aku rasa mcm bukan tengok filem kru. tapi filem pramlee yang bile tengok takkan rasa jemu dan seronok nak tengok minit

serius, masih rasa nk tgk walaupn byk kali dh tgk.. bkn mcm2 citer2 lawak n aksi yg selalu kluar skrng yg ntah pape.. yg hnya mnggunakan populariti pelakon semata2.. tp filem, kualiti, jln cerita, idea lngsng x berkualiti.. ending penting dlm filem, n ending citer nie mmg terbaik.. lepas hbs tgk citer aku dpat rasakan sesuatu perasaan puas.. lagu kelip2 tu plak ialah lagu yg plg sedap dlm citer ni selain lagu jagalah hati tu.. tu pndapat aku laa.. aku lg support karya KRU yg bersnggh2 utk mnkomersialkn filem Malaysia brbnding pnerbit2 lain yg buat filem simple2 jer.. KRU masih baru dlm dunia perfileman, dgn pngalaman xbyk tp dah bleh nk hasilkan filem hebat cmni, mmg satu kehebatan.. Bg aku, nie antara filem terbaik Malaysia thun nie.. sekian.. :)

Jiwa Anak Kelantan said...

komen dari wartawan utusan malaysia nie lebih blh diterima.. hrap maaf..

http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120906/hi_04/Jiwa-besar-lebih-dari-3D

Anonymous said...

baru tgk citer ni kat tv3 mlm deepavali. citer ni bodoh nak mampus. cepat sgt sampai tak tau pun budi tu naik umur setiap 4 tahun. baca sinopsis baru tau keistimewaan dia tapi takde langsung dipaparkan dlm filem. all in all filem ni just nak tunjuk kegempakan KRU dlm fx scene zaman 50s 60s 70s. seperti setiap filem malaysia yg sebelum ni, plot ada, idea ada, tp jln cerita cam haram jadah. okbai.