Friday, August 31, 2012

Review: SAM

Inilah sebuah filem Malaysia yang paling selayaknya dilabelkan terbaik. Ternyata legasi baru Haslam ini membuktikan ada juga idea idea yang bukan calang calang yang mampu mengubah impak penonton filem tempatan. SAM bukan sebuah filem hantu ataupun seram biasa, ianya thriller Hollywood yang bernafas Malaysia yang berjaya digarap dengan sentuhan anak muda masa kini. Nah, sebuah karya paling hebat seumpamanya untuk genre psycho thriller. 


SAM bertitik tolak dari sebuah idea simple. Sepertimana filem filem psycho thriller Hollywood yang banyak menggunakan babak babak yang melambatkan penceritaan yang cepat, begitulah permainan filem ini. Sepanjang permainan anak muda ini dalam menukil SAM, penonton akan dibawa ke sana sini, mengimbas dan mengenalpasti siapakah dalang permainan yang memerangkap Sam dan Lisa. Kejutan tidak terlalu banyak, misteri, itu dos yang agak tinggi. 
SAM memang sebuah filem yang segar. Percayalah filem ini punya premis yang menjangkau pemikiran akal penonton Melayu yang sering dibuai cerita Hollywood setaranya. Ini masa kita uji adakah idea Hollywood berjaya di dalam filem Malaysia. Jawapannya, ya, ianya berhasil! Tak ada cliche untuk filem ini. Semuanya segar, kecuali beberapa babak yang nampaknya cuba untuk memberitahu kita yang filem ini filem generasi Haslam. 


Cukup berjaya! Jujurnya aku cuba seboleh bolehnya untuk meneka setiap twist yang ingin disampaikan. Malangnya aku gagal kerana terkejut apabila mendapati isu yang dibawa melebihi jangkauan minda aku. Saat terdedahnya siapa dalang di sebalik permainan Sam dan Lisa, bertepuk tangan sambil tersenyum. Ternyata ideanya luar biasa walaupun Hollywood sebenarnya sudah lama membawa isu isu yang diutarakan dalam filem ini. 

Ternyata, filem ini memang dikuasai misteri, kuasa karakter utamanya, dan juga aksi aksi dan adegan lasak dan ganas. Setiap masa berteka teki, tidak membosankan. SAM punya kekuatan dari semua aspek. Permainan kameranya jelas lari dari gaya Haslam dan juga Syamsul. Ini memang kuasa luar filem ini yang cukup menarik untuk dilihat. Gaya permainan visual filem ini setanding Hollywood. Walaupun beberapa inci filem ini mengingatkan aku kepada beberapa scene filem SAW. 


Kerja paling istimewa untuk ditonton penonton semestinya visual ala ala The Matrix yang pertamakalinya muncul dalam filem kita. Serius aku teruja melihat gambar yang tak ubah seperti filem Hollywood tu. Walaupun hanya sekejap, it still an x factor untuk filem ini. Dengan permainan jiwa kacau si pembunuh yang cukup realistic dan gila, SAM memang bukan idea yang tidak boleh dipandang ringan. Lagu lagu Jazz yang menghiasi babak Sam di rumahnya, jam loceng yang liat nak berhenti bunyi, itu semua mengHollywoodkan filem ini.


Namun begitu, beberapa perkara nampaknya seperti mencacatkan filem ini. Satu daripadanya adalah cermin yang pecah selepas Sam cuba lompat melalui cermin tersebut. Nampak jelas yang cermin itu dipecahkan dengan satu mekanisma tertentu tetapi agak lambat pada masa yang ditetapkan. Sepatutnya, bila bahu Sam mencecah saja cemin, cermin patut pecah. Malangnya, Sam dilihat menolak cermin dengan bahu, cermin tak pecah tetapi tertanggal dari bingkai, sebelum cermin sampai lantai, cermin pecah dengan tiba tiba. 

Lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sememangnya terbaik. Lisa Surihani dilihat didera habis habisan walaupun aku tahu, bukanlah dera betul betul. Shaheizy Sam pula ditonjolkan sebagai ‘wira’ dan kisah malam lamaran yang berakhir dengan tragedy ini memang cukup sifat dalam lakonan dua dua orang ini. Walaupun iya, aku rasakan lakonan manja manja Lisa dan Shaheizy Sam nampak kebudak budakan, sekurang kurangnya ia berjaya ditutup dengan thrill yang agak baik. 


Idea SAM sebenarnya pernah ada di Hollywood. Kisah kisah sebegini biasa bagi yang sudah biasa menonton filem Hollywood. Namun, adaptasi idea dengan olahan cerita versi Malaysia menjadikan SAM sebuah filem yang spesel dan luar biasa. Ternyata Khurafat si Syamsul Yusof pun tidak sehebat ini. SAM adalah sebuah pengenalan yang agak baik bagi penonton untuk kenal jauh mana pengarah muda generasi Haslam ini boleh pergi. Pada aku, budak Syafiq Yusof ini memang petanda baik untuk kemunculan filem di Malaysia dengan idea segar. 

 4.9/5

1 comment:

RazFiRa said...

markah yg tinggi.. mesti menarik giler ni