Sunday, July 22, 2012

Review: 8 Jam

8 Jam layak dipuji berbanding Jiwa Taiko. Pada aku, 8 Jam adalah format sebuah filem martial art yang standard yang cuba ditiru oleh Ahmad Idham. Dengan membekalkan satu watak utama saja, dan sekaligus membawa penonton menyusuri kisah hidup Alang, 8 Jam cuba menjadi seperti mana Merantau, mahupun Ong Bak. Ya, inilah yang aku mahukan dari Jiwa Taiko, tetapi malangnya, terus terang aku cakapkan, Jiwa Taiko bukan filem aksi yang beraksi. 
Berbagai ulasan menyatakan negatifnya filem ini pada beberapa aspek yang ditonjolkan. Ya, aku yakin, sebagai sebuah filem aksi yang pertama seumpamanya berada di negara ini, yang mana diterbitkan kilang filem murahan ternama negara, 8 Jam tenggelam. Tetapi, dengan promosi yang agak baik sejak lama dulu, filem ini berjaya menimbulkan minat penonton untuk menonton. 


Keseluruhannya, 8 Jam memang sebuah filem aksi yang biasa saja pada bilangan aksinya. Tetapi, perlu aku sebutkan di sini, sebagai sebuah filem aksi, inilah filem pertama yang memfokuskan kepada aksi aksi lasak yang mana kita dibawa melihat pertarungan satu lawan satu yang agak dikoreograf dengan baik. Bandingkan filem aksi Malaysia dulu dulu seperti Jiwa Taiko (yang tak dululah sangat, tetapi dulu lah), yang mana nak focus pada aksi setiap karakter pun payah. 8 Jam memberikan itu semua. Aku bangga. 

Walaupun iyalah, kalau nak bandingkan filem ini punya kualiti dengan filem luar yang hebat tu, tak mampulah kita menandingi mereka. Tetapi, kebanggaan itu ada bila Ahmad Idham yang mana bergandingan dengan Tommy CT Lor mengimport manusia yang pernah terlibat dalam filem Ong Bak untuk mengkoreografi aksi filem ini. Adegan lasak dan lebih kreatif (berbanding Jiwa Taiko yang punya aksi bosan dan tak kreatif…!) walaupun aku lihat belum ada adegan berani mati yang dilakonkan. 

Antara babak aksi yang agak baik kreativitinya dalam filem ini semestinya adegan pertarungan semasa Alang dikejar Along di lorong sempit sebuah flat. Walaupun aku lihat adegannya lebih banyak lari sana lari sini macam main kejar kejar, tetapi adegan Alang menggelongsor sana sini di lorong yang licin tu agak baik. Walaupun begitu, dengan kerja kamera yang agak sederhana, ianya masih tak mampu meyakinkan kengerian aksi itu. Namun, ianya tetap usaha yang hebat! 

Terdapat terlalu banyak ‘slow motion’ murahan yang digunakan dalam filem ni yang menjadikan kengerian dan keghairahan setiap aksi hilang. Bayangkan adegan kepala si jahat nak terjatuh terhantuk palang besi di’slow motion’kan. Dahlah dengan slow motion murahan pulak tu! Kan dah hilang feel. Baik pakai kelajuan biasa lagi ngeri. Ambil contoh, masa penjahat pukul kepala tukang mop lantai tu pun, kalau pakai kelajuan biasa pun nampak ngeri walaupun simple. 


Itulah dia perangai orang kita. Selalunya dalam aksi yang berkelajuan tinggi sebegini, lebih baiklah kurangkan slow motion untuk setiap aksi. Aku tak mahu lihat setiap aksi terjatuh sana sini dengan perasaan ‘woooowww..’ tetapi sebaliknya aku nak tengok dengan perasaan ‘fuuh, sakit tuh…”. Feeling tu yang lebih baik walaupun sebenarnya kena pukul dengan batang mop tu tak lah sakit mana. Eh, ye ke? He.. 

Berbalik kepada plot cerita, filem ini tidak membosankan. Adegan Alang yang menjalani 8 jam terakhir dalam penjara padat dan bermanfaat. Malah, diari Alang dalam flashbacknya tidak membosankan. Ternyata, filem Ahmad Idham ini punya premis yang layak meletakkan aksi lasak yang luar biasa. Kisah cintanya, kehidupannya dan juga kebolehupayaannya untuk beraksi, semuanya cukup.

Aku rasakan ada sedikit kurang jelas tentang dunia gangster yang mana berlawan lawan habis habisan dalam setiap babak (walaupun itu bukan sebabnya dia dipenjara). Siapa sebenarnya gangster itu, konfrontasinya serta kenapa gangster ni nak sangat bunuh Alang patutnya diluaskan sedikit lagi. Kalaulah gangster ini dikaitkan dengan kematian ibu Alang, rasanya itu feeling yang lebih sempurna. Malah, ibu Alang mati tanpa ada pembalasan. Tetapi, highlight dua watak jahat utama yang membentuk pertarungan satu lawan satu tu agak baik. Itu yang patutnya ada pada Jiwa Taiko jugak! 


Keseluruhannya aku menyukai plot ini yang mana akhirnya menunjukkan siapa Alang yang sebenarnya. Konflik Alang dalam menghadapi hidupnya serta cintanya akhirnya membawa dirinya ke dalam penjara. Dengan naratifnya dibawa dengan narration oleh watak Alang memang sempurna. Tidak seperti naratif Jiwa Taiko yang dibawa oleh Remy Ishak. 

Pada pandangan aku, ingat tu, pada pandangan aku, 8 Jam memang terbaik. Aku rasa mahu beri juta juta bintang untuk filem ini, malangnya, ianya memang tak boleh. Dengan scoring muzik yang agak meyakinkan dan memberikan emosi, 8 Jam memanglah bukan sebuah filem aksi padat, tetapi drama yang ada aksi. Namun, begitu, aksi filem ini memang bukan aksi biasa, yang mana anda sendiri patut tonton dan nilaikan. 

4.5/5

No comments: