Tuesday, July 31, 2012

Illuminati Di Olimpik London 2012: Konspirasi Mereka Atau Kita?

Cerita konspirasi dalam perasmian pembukaan sukan Olimpik diwar warkan mulut ke mulut dari insan yang tidak diketahui. Sebut saja pembongkaran, ianya mesti sebuah berita yang menggemparkan, diceritakan dalam sisi berbeza untuk sesuatu fakta. Senang cerita, pembongkaran selalu mendedahkan penipuan, juga rahsia rahsia sulit yang tidak diketahui oleh umum. Persoalannya, adakah pembongkaran penipuan itu satu penipuan? Atau ianya pembongkaran yang sebenarnya? 

Ini yang selalunya orang tak pernah fikir. Kembali kita kepada isu Croc yang bertatah kalimah Allah suatu ketika dahulu, dan juga iklan TV3 Raya, ini persoalan yang aku utarakan setiap kali melihat orang orang cuba memecahbelahkan manusia manusia lain dengan pemikiran yang berlagak pandai. Bayangkanlah semua ilmu yang digunakan tidak dikaji dengan fakta yang mencukupi, dari sumber yang padat dan benar.

Meh aku bidas satu persatu apa yang difikirkan dari beberapa sumber yang aku baca beberapa hari ini. Kita guna logik dan akal yang Tuhan beri. Ini bukan fiksyen sains, ini realiti.

MASA KEJOHANAN OLIMPIK 2012 (sumber)

Kejohanan ini telah dipilih untuk diadakan pada bulan puasa. So, para atlit yang beragama islam terpaksa menangguhkan puasa dan perkara ini dah diputuskan oleh mufti-mufti kerana dikira bermusafir. Tetapi tidak salah kalau berpuasa. Main sukan je pun. Zaman Nabi lagi dahsyat. Nabi dan umat islam berpuasa semasa berperang. Bergadai nyawa lagi. Puasa tetap puasa. Memang ada sesuatu yang tersirat kerana ianya dibuat semasa umat islam berpuasa. Tambahan pula, masa inilah juga berlaku pertumpahan darah umat islam di Syria dan Burma serta kebuluran umat islam yang berpuasa di Somalia.

Respon: Ketahuilah yang sukan Olympic yang dikenali ini bernama penuh Summer Olympic. Menurut sumber, ada dua jenis sukan Olympic. Pertama adalah Summer Olympic yang diadakan pada musim summer (musim panas), dan, Winter Olympic Games yang diadakan pada musim winter, Paralympic Games dan juga Yuth Olympic Games. Jadi, kebetulanlah puasa melalui musim panas di Barat sana. Jadi, takkanlah hanya kerana umat Islam berpuasa, Summer Olympic Games nak ditunda? Ini event dunia!.


    UPACARA PEMBUKAAN OLIMPIK 2012 (sumber)

    Upacara pembukaan ini dibuat dengan beberapa persembahan yang dilihat sememangnya mengandungi unsur Illuminati dan Freemason. Promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Anda boleh lihat sendiri berdasarkan gambar-gambar seperti di bawah ini.

    (klik untuk tumbesaran)

    respon: Promosi atau tidak, seharusnya jika kita menonton dan berbangga hanya kerana persembahan yang mengagumkan, rasanya itu tidak menjadi masalah. Islam sendiri suruh menghormati antara satu sama lain dan melarang kita dari berbuat fitnah. Sebenarnya, segala yang dikatakan promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal ni siapa yang buat? Mesti orang Islam juga. Pasal apa, pasal untuk memecahbelahkan umat Islam sendiri dan pemikiran pemikiran yang sukar difikirkanlah.


    BENTUK LOGO OLIMPIK 2012 (sumber)

    Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis. Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.

    respon: sebenarnya tak perlu aku respon pasal hal ini. boleh rujuk entry ini dan ini. penjelasan yang hampir sama. Buang masa kalau aku tulis balik. Tetapi, jika mengkaji sehingga buat potongan sebegini seperti di bawah...

    memang nampak sangat nak sengaja nak memporak porandakan dari mengkaji. Apakejadah sampai logo yang tertulis elok tu dipotong potong sampai macam tu! Oh ya, kalau begitu, perkataan BAB 1 di setiap buku patut dibuang. Bukankah kalau dirapatkan ianya akan jadi.... ops...

    BENTUK MASKOT OLIMPIK 2012 (sumber)


    Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata satu. Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai Dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu. Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist. Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012.

    respon: Ya, jika ianya kamera, kameralah. Tak usah buat pandai pandai. Itu jadinya fitnah. Bukankah fitnah itu lebih jauh hebat dosanya daripada membunuh. Ingat tu!

    BENTUK STADIUM OLIMPIK 2012 (sumber)


    Ada yang mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

    respon: hanya kerana lampu suluh stadium berbentuk piramid saja dah jadi isu? balik kembali kepada isu ini dan ini. Kelak faham la korang.

    POKOK OLIMPIK (sumber)


    Pokok Olimpik ini dikatakan sebagai pokok Gharad. Pohon yang dikatakan sebagai pohon yang akan melindungi kaum Yahudi. Sejauh mana kebenarannya, ianya belum terbukti.

    Respon: Kalau dah namanya pokok olimpik, ianya tak ada perkara yang perlu diperdepatkan dan ditakutkan. Lagipun, ianya lambang cerita agama anutan di London. Salahkah jika mereka menceritakan agama mereka seperti kita menceritakan agama kita di negara kita. 

    KATANYA ITU NABI MUSA  (sumber)

    Kata mereka, nabi Musa digambarkan sebagai seorang yang hodoh dan menakutkan. Malah, ketinggian Nabi Musa adalah sama dengan ketinggian boneka hantu, memungkinkan boneka itu adalah persembahan kutukan untuk Nabi Musa bagi orang Islam.


    Respon: berdasarkan hujah hujah, inilah hujah yang paling tak masuk akal dan dikaji semberono. Pada aku, aku kagum dengan bagaimana babak ini dilakukan. Kata mereka 'itulah nabi Musa!".. itu saja. Terus menghentam tanpa bukti yang kuat sedangkan itu hanyalah satu penceritaan sahaja. Ketinggian Nabi Musa dikaitkan. Namun, selagi dalam acara itu tidak pun menyebut nama Moses, aku rasakan ini persembahan yang mengagumkan.


    --------------------

    Beginilah, aku percaya bahawa kiamat itu akan muncul suatu hari nanti. Aku percaya dajjal pastinya akan muncul walau apa cara kita elak sekali pun. Jadi, segala butiran butiran sebegini sebenarnya amatlah kurang sokongan untuk fakta dan kebenaran. Ketahuilah apa itu teori dan teori tak semestinya benar benar semuanya. Jadi, pada aku, aku menganggap malam tersebut adalah persembahan terhebat dalam sejarah Summer Olympic 2012. Tak lebih dari itu, jadi buat apa nak bercerita benda benda yang tak perlu. Mahu memecahbelahkan orang kita sendiri?

    Apa yang penting, umat Islam tu sendiri yang perlu sedar yang semua pembongkaran ini sebenarnya menggoyahkan iman. Kepercayaan dajjal dan lain lain bahkan boleh terputar belit jika korang terlalu taksub dengan teori konspirasi yang tidak diketahui ujung pangkal. Lebih baik dari kita berfikir tentang bagaimana menggandakan pahala kita daripada membikirkan agenda konspirasi ini. Biarlah mereka berkonspirasi, janji lima waktu kita sempurna.

    p/s: segala link adalah hak milik blog blog yang menyediakan maklumat. tujuan admin bukan berniat untuk membidas apa yang mereka tulis. sekadar memberikan pencerahan buat diri dan juga yang berfikiran terbuka dan merasakan semua ni tak lebih dari konspirasi orang orang kita untuk memecahbelahkan orang kita sendiri. 

    19 comments:

    Nick Nashram said...

    nice entri..nak share la..kekeke
    memang benda ne dah jelas yg yahudi sememangnya ade agenda yg tersendiri..kalo satu dua boleh dikatakan kebetulan..tapi kalo dari setiap aspek mana pegi kebetulan tu..moga dijauhkan dari fitnah dajjal..

    Anonymous said...

    Nick Nashram: so ko nak buat ape? kalau ko kate bende ni tujuannya utk menyedarkan orang tentang kedatangan dajjal, kan lebih afdal ko mengingatkan org utk berzikir memuji2 Allah? ko takut dajjal ke takut Allah? orang yg terselamat dari dajjal adalah orang yang dilindungi Allah. bagaimana kita nak diri kita dilindungi Allah? dgn menybar cerita fitnah dan kntroversi ke atau dgn mengajak org lain termasuk diri kita mangingati dan beribadat kepada Allah? aku nak tanye kau la.. ko ni cukup solat 5 waktu ke tak?

    Anonymous said...

    anonymous kat atas...ko tak nmpak ke atau tak mahu berfikir?

    bukan salah pon bagitau psl bnda ni.kita nak tgk sbb ape mereka buat bnda2 ni. nak tunjuk kemegahan dan mgkin penghinaan kpd umat Islam kususnya. Penghinaan secara halus kita tak sedar tp kita dok kagum, terlopong tgk dpan tv, lptop.

    piraaa said...

    pening dgn dato2 anon.

    kagum sebab dorg put agama dulu. dorg perkenalkan agama dulu. kalau freemason pun, dia bangga dengan apa yg dia percaya. sebab itu dia buat gitu.

    negara kita? berbeza kan. apa yg priority agaknya?

    twOne said...

    cik piraa wey...kagum?xde maknanye nak kagum...diorang ambil kisah agama time tu je tp sosial life diorang dh terpisah dgn agama,faham2 jela gaya hidup barat.

    semuanya terletak kat penganut agama tu sndiri. ada kita nak rasa kagum dan memeriahkan majlis agama cthya tilawah al-Qur an atau kuliah2 agama?

    yg ketara ramainya kat konsert2, tempat2 bergalok...masjid rmai pun mase solat terawih, raya , jumaat kalu tak sori to say la...

    zali dengkil said...

    gua setuju

    Anonymous said...

    ni bkn s0al perbezaan rakyat kte ngn rakyat london cik piraa... atau pn bkn soal sgka buruk.. tp soal berhjaga2 bla kta rsa logik nya bnda tu... kte kna ada kesedaran.. ak rsa logik olimpic london ada unsur iiluminati..tp mgkn ada slhnya.. yg pntg skunk kta sbg umat islam harus sedar.. dan berubah utk jd lebih bek.. supaya kta bsedia apabila musuh btol2 menyerang..

    Anonymous said...

    cikgu.. cbe bce blog ni..http://www.fizgraphic.com/2012/07/sukan-olimpik-2012-agenda-freemason.html?m=1... sy rsa ada btolnye sbb apa motif wt pertunjukkan bayi, sihir segala.. xde kna mngena dgn olimpik.. cannot accept..

    Anonymous said...

    cuba fikirkan kenapa sukan ini di adakan pada bulan ramadhan?jgn plak respond kata dah ditetapkan tarikh sejak dulu lagi..peraturan2 ni sume manusia yg buat dan boleh diubah mengikut kesesuaian..kita boleh tengok dan juga faham..cuma kita kena betul2 fahamkan apa tujuan sume benda itu ditunjukkan

    xara said...

    Salam. Kebiasaannya saya hanya menjadi pembaca tidur sahaja, tetapi kali ini saya terlintas untuk menulis komen pula.

    Saya telah menonton majlis pembukaan penuh olimpik di Youtube yang berdurasi hampir 4 jam itu.

    Segmen bermula daripada revolusi pertanian, revolusi industri dan sehingga ke zaman moden. Seterusnya ditunjukkan segmen yang merujuk filem dan muzik mengikut zaman.

    Saya hanya melihat Mary Poppins yang turun dari langit (seumpama filemnya) menentang mimpi ngeri pimpinan Lord Voldermort sebagai rujukan kepada filem popular dari sana. Malahan pengarang JK Rowling turut membaca narasi bagi segmen membaca buku sebelum tidur yang diwakili dengan bulan dan bayi yang besar (tiba-tiba saya terlupa istilahnya. Nursery rhymes ke apa?)Bukankah kebiasaannya rhymes ini digambarkan dengan seorang bayi tidur di bulan?

    Adakah saya yang kurang peka? Apakah kena-mengenanya dengan illuminati dan freemason?

    Anonymous said...

    cma nk share...bce ni...

    Seperti dalam artikel yang aku baca,dikatakan "Ending Ceremony" olimpik 2012 akan dijalankan pada malam 15 Ramadhan tahun ni.

    dan sabda Rasulullah,

    Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

    [*Miera^Coklet*] said...

    hurmm..confius2

    M.Hafiz said...

    hahahaha ....buat blog masak memasak laa weii , huhuhu klu xde ilmu jgn sentuh bab iman dan akidah .... bahaye meyh

    arizWan Mior Mansor said...

    Assalam. Sy suka komen cik Xara kt ats. Namun sy tak setuju dgn artikel ni..

    ;p

    sujanakondorid.blogspot.com said...

    Assalamualaikum.

    Selalu bila baca komen orang saya lebih suka baca tanpa komen apa-apa. jarang sekali nak komen. ada banyak sebab mengapa dan kenapa saya hanya jadi pemerhati dan pembaca. banyak, memang banyak.

    malam ini saya rasa nak komenlah. sebelum tu saya perkenalkan diri saya (kalau nak jadi pengomen mestilah berlaku jujur sebab komen ini tanggungjawab kita, tak gitu.)
    nama saya sujana kondorid. saya ada blog tapi blog saya bukan pasal isu-isu semasalah, kalau nak baca blog saya ni blog saya...sujanakondorid.blogspot.com.

    pasal pembukaan olimpik 2012, memang saya tak nafikan banyak rakyat malaysia yang menontonnya bahkan jutaan umat islam juga menontonnya di seluruh dunia.

    cuma satu saja saya nak cakap, saya rasa umat islam sendiri nak porak porandakan agama suci kita ini. kerana taksub sangat nak mempertahankan agama, hingga tak kenal tempat. buat sesuatu tak kena pada tempatnya. fikir guna akal tapi tak kena pada tempatnya. berbicara guna ilmu yang dimiliki tapi tak kena tempatnya. bila nampak sesuatu yang mencurigakan (padahal biasa je pun) terus berprasangka yang bukan-bukan.

    kita terlalu TAKSUB nak mempertahankan agama kita sehinggakan kita lupa nak menghormati agama lain. kita terlalu TAKSUB NAK mempertahankan agama kita sehingga kita lupa nak menghormati dan menjaga hati orang bukan muslim. kita terlalu TAKSUB nak mempertahankan agama kita hinggakan kita taksub memandang keburukan sesuatu perkara yang dilakukan oleh orang bukan islam. contohnya olimpik inilah dan banyak lagi di youtube dan medan-medan lain. bila orang bukan islam buat sesuatu benda terus mata dan fikiran kita memandang kepada perkara yang negatif.

    hmm, memang banyak yang saya tidak setuju dengan saudara seagama saya sendiri. memang Allah swt suruh kita mempertahankan agama kita, saya tak nafikan itu, tapi agak-agaklah. kenalah bertempat. jangan sembereno sahaja walaupun mungkin kita dah fikir apa yang kita buat itu bukan sembereno.

    rasanya orang bukan islam jarang fikir begitu pada kita orang muslim bila kita buat sesuatu majlis atau keraian. mereka jarang fikir benda negatif dan kaitkan dengan agama mereka seperti mana kita buat pada mereka. kalian faham maksud saya ke. maksud saya contohnya pasal pembukaan olimpik ni, segelintir umat islam syak bahawa pembukaan olimpik 2012 ini berunsurkan ......yang menghina agama islam. ok cuba kalian terbalikkan pula. hmmm, kalau tak faham saya sendiri pun tak tahu macam mana nak fahamkan.

    baiklah, rasanya sampai sini je, dah tak ada idea nak cakap. kalau ada yang nak sokong sokonglah, kalau tak ada malah tak setuju seratus-peratus kata-kata saya ini, hak anda menentukannya. kalian berhak untuk setuju atau tidak. kalau ada nak bantah ya silakan, reply atau jawab komen saya ini. cuma saya tegaskan di sini, setiap manusia ada pendirian masing-masing dan bila kita teguh dengan pendirian kita walaupun pendirian kita itu tidak benar atau benar, tidak diterima atau diterima, itu tidak bermakna kita telah tersesat jauh dari landasan yang benar. kecualilah jika kita memang dah terang-terang buat perkara yang salah, contohnya ikut ajaran sesat yang dah memang ajaran itu bertentangan dengan syariat yang Allah swt dah tetapkan.

    p/s maafkan saya jika ada salah dan silap dalam menulis ataupun memberikan pendapat. salam...

    Anonymous said...

    tapi jangan lupa..perbuatan yang menyokong yahudi maka merka pun lebih kurang sama dengan yahudi...Nabi pun da pesan..yahudi adalah musuh islam yang nyta...solat lima waktu harus dijaga tapi hidup di dunia bukan lah solat semata2....banyak perkara perlu dititik beratkan...seseorng itu xkn masuk syurga dengan hanya bersolat kerana banyak lagi amalan lain yg perlu dihisab...kalau pasal iluminati ke ape ke x salah kalau just utk information or utk berhati2...cuma yg salah ialah terlalu taksub...dan yg salah jgak x mau ambil tahu langsung..peace no war..sekadar pandangan peribadi..

    Anonymous said...

    fuck your self!

    banyak cakap

    diam dan buat!

    Uzey Mourinho said...

    Umat akhir zaman kita ni dan jauh sgt drpd zaman Nabi s.a.w.. 1400 thn. Hinggakan zaman skrg berjanggut dianggap ektremis.. Menyatakan fanatik n cinta agama melebihi jiwa dianggap keterlaluan.. Ditipu musuh dan dianayai org bkn islam sggup redha.. Berbeza pndapat sesama mukmin sggup berputus saudara..memang kita dh jauh dr zaman Rasulullah.. Gerakan freemadon..dan illuminity..bani tamim..kemunculan alMahdi.. Kemunculan Dajjal.. Turunnya Nabi Isa a.s... Kemunculan Yakjuj dan Makjuj.. Semua tu adalah benar dan dijanjikn Rasulullah s.a.w. Bykkn membaca buku yg bertauliah.. Tanya ulama dan org alim mgenai akhir zaman.. Fhmi betul2 supaya bersedia.. Sbb pengikut bani Tamim dan AlMahdi tu sedikit bbanding Dajjal.. Jgn bila ianya berlaku kita anak cucu trsalah mengikut.. . Wallahu'lam.. .

    Anonymous said...

    Tak payahlah gaduh2. Sekarang ni dah jelas. Agama Islam dijatuhkan melalui penghinaan filem yg dihasilkan oleh siapa? Nak minta jawab juga ni. Kalau boleh "Orang Perlis Menulis" dapat menjawab sedikit hal ni. Tapi jangan pula jawapan tu "kebebasan bersuara" pula ya. Kita sebagai Islam WAJIB mempertahankan agama kita. Bukan melalui kekasaran dan huru hara. Tapi melalui kebijaksanaan.