Sunday, June 17, 2012

Review: Hoore Hoore

Emosi jelas ada. Filem ini memang menyentuh hati bagi siapa yang menontonya. Terutama bagi peminat Sudirman, pastinya lagu lagunya akan menjadi satu sebab untuk korang menonton. Hoore Hoore memang sebuah filem yang biasa tetapi auranya punya satu kelainan. Sebuah muzikal drama yang agak hebat, walaupun aku rasakan ianya masih belum capai tahap muzikal terbaik. Sebuah filem yang menarik dari pengarah Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin. 


Farah Nazirah bukanlah sebuah bintang yang cantik dalam filem ini tetapi ‘cute’. Walaupun aku rasa filem ini tak mampu naikkan namanya, aku rasa Nur Iman dijayakan dengan baik. Watak yang mana dikelilingi segala sayang cinta dan kasih dari setiap watak lain. Pastinya juga, Nurul Iman menjadi sebuah bahan simpati, teladan dan motivasi buat penonton. Bagi aku, Nurul Iman adalah sebuah percubaan yang agak baik. Ianya memberi suntikan emosi yang baik, merujuk kepada bagaimana jayanya Slumdog Millionaire dengan watak si budak slum. 

Walaupun aku rasakan ini first filem si Farah Nazirah ni berlakon, seriusly lakonannya memang sesuai dengan karakternya. Ternyata bidikan Saw Teong Hin mengena apabila mencari seorang gadis yang kurang dikenali untuk ditonjolkan sebagai watak utama dalam filem apresiasi kepada Sudirman ini. 


Jayanya Hoore Hoore memang terletak pada kebolehan gubahan lagu Sudirman yang digarap baik. Walaupun aku tidak berapa suka dengan gubahan Ayah dan Ibu yang entah aku rasakan kurang impak, keseluruhannya kerja gubahan semula lagu oleh Audi Mok memang terbaik. Lagunya bernafas baru, dan berjiwa baru, sesuai dengan masa. 

Walaupun begitu, disebalik positifnya penerimaan aku terhadap filem ini, aku rasakan filem ini masih lagi cacat di beberapa tempat. Pertamanya, cerita tentang Ratu Idola memang sebuah pertandingan yang low class. Maaf aku cakap, set pentas Ratu Idola tidak nampak seperti sebuah pertandingan mencari ratu yang grand dan meyakinkan. Bayangkan dengan set yang dibuat dalam dewan, ianya seperti sebuah pertandingan ratu kampung yang biasa. Padahal, Ratu Idola adalah sebuah pertandingan di tv. 


Aku juga mengharapkan watak Aznil Nawawi lebih kejam dan dibenci. Dalam filem ini, wataknya nampak kurang jelas. Atas sebab apa Nurul Iman dibawa masuk ke dalam pertandingan? Ya, itu jelas jawapannya sebab dia mahukan drama dalam rancangan tersebut. Itu pada aku adalah kejahatan si Aznil yang diutarakan. Tetapi, kejahatan itu hilang dan tidak kelihatan lagi. Aku mengharapkan juga pertarungan merebut ratu lebih menarik. Malangnya, tidak ada apa yang aku nampak selain emosi Nurul Iman yang lebih banyak daripada segala galanya. 

Dalam setiap filem Saw Teong Hin, pastinya penelitian terhadap visual memang diambil berat. Itulah kelebihan filem ini yang menampilakn visual yang kemas dan cantik. Dari aspek lakonan, memang filem ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Dengan Fauziah Nawi, Adibah Noor dan juga Harun Salim Bachik, kombo ini memang menarik. Lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi. Adibah Noor dan Harun Salim Bachik memang pasangan yang luar biasa. Aku suka. 


Hoore Hoore memang ada emosi, jenaka dan segala perkara yang menjadikan filem ini dekat di hati penonton. Ternyata, filem tribute kepada penyanyi tersohor Sudirman ini sarat dengan motivasi dan juga kisah kehidupan yang biasa yang jarang dibawa ke layar. Sebuah filem yang menarik walaupun aku masih merasakan filem muzikal yang terbaik dalam Malaysia masih lagi dimiliki oleh Magika. 

3/5

2 comments:

jessforshort. said...

Nmpk iklan mcm best jugak... hehehe. tapi tak tengok lagi..^^

Anonymous said...

Worst movie ever! Main character gedik!!!