Akan Datang!

Friday, June 1, 2012

Review: Men In Black 3

Carta Box office IMDB.com menyatakan yang Men In Black 3 sudah mencantas kedudukan The Avengers. Dengan kutipan 54.6 million, kini Men in Black selesa di tangga pertama filem box office apabila The Avengers hanya mengaut 36.7 million sahaja (setakat entry ini ditulis). Terpulang pada penonton untuk menilai apa yang aku ingin kata selepas ni. Bukan apa, pendapat manusia lain lain. Oleh itu, review ini perlu diberitahu yang ianya hanyalah pendapat peribadi penulis selepas menonton Men In Black 3.


Nah, Barry Sonnenfeld akhirnya membawa cerita terbaru siri Men In Black yang rasanya terhenti pada tahun 2002. Sudah 10 tahun lamanya, cerita ini bersambung lagi. Semestinya peminat Men In Black menantikan apa pula kisah yang akan dipaparkan dalam filem ini. Pada aku, aku pernah menonton ceritanya yang terdahulu. Pada aku, ah, bolehlah. Sekadar bernaskah komedi aksi, filem ni sampai kepada par yang aku mahukan.


Bagaimana dengan Men In Black 3? Sampai kepada tahap yang dimahukan walaupun orang menyanjungnya mengalahkan kumpulan superhero megah itu? Ya, seperti yang dilakar, genre komedi ini masih stabil. Walaupun rasanya hilangnya Tommy Lee Jones dalam filem ini seperti hilangnya satu kaki kesempurnaan Men In Black, filem ini boleh lagi selesa bertongkat Will Smith seorang diri dan Josh Brolin, kaki palsu yang membantu.

Filem ini membawa sebuah cerita yang biasa saja. Pada aku, idea time jump dalam filem ini adalah satu cara untuk membuka sekuel ini. Walaupun begitu, aku suka dan rasakan ianya kesempurnaan yang amat baik untuk penceritaannya. Adegan pada akhir akhir filem ini yang menjelaskan siapa sebenarnya Agent J cukup membuatkan aku tersenyum. Sebuah cycle hidup Agent K yang baik garapannya.


Walaupun aku rasakan filem ini sampai kepada apa yang aku mahukan, aku masih rasa filem Men In Black 3 kurang aksi berbanding sekuelnya yang terdahulu. Ternyata pada sesetengah babak, filem ini nampak lambat bergerak dan tidak melebihkan aksi komedinya. Malah, kebanyakan babak dipegang oleh Will Smith yang rasanya cuba untuk selesa dengan Josh Brolin yang cuba memudakan Tommy Lee.

Michael Bay nampaknya mampu tersenyum riang. Mana tidaknya, jika The Avengers juga mirip Transformers 3 (adegan kapal besar serang Bandar), Men In Black juga tak dapat lari daripada perbandingan itu. Walaupun adegan kapal besar itu hanyalah beberapa saat sebelum Agent J, aku still merasakan idea ini sudah ditiru dua filem. Men In Black 3 dan The Avengers bersamaan dengan Transformers 3. Tersenyum juga Michael Bay bila dapat tahu yang idea Apollo 11 (memfiksyenkan fakta) juga digunakan dalam filem ini.


Apapun, keseluruhannya, filem ini agak ok sebagai hiburan popcorn yang santai. Filem ini tenang dan simple, walaupun sedikit lambat pada pertengahannya, dan punya cerita yang agak baik. Will Smith membuktikan yang dia masih mempunyai jiwa Agent J yang baik. Tommy Lee mungkin hilang hampir sepanjang filem, tetapi Josh Brolin masih mampu menjadi kaki gantinya. Sebuah filem wajib tonton, bagi peminat Will Smith dan juga aksi komedi.

3/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...