Wednesday, October 12, 2011

Review: Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster nampak macam termasuk dalam filem gedik yang banyak dikeluarkan MIG sekarang. Gedik yang romantik, ok jugak. Tapi kalau gedik sampai mual, aduh geli aku nak tonton. Tapi akhirnya taklah sampai aku tak tonton langsung. Keseluruhannya, Bini Biniku Gangster marks another stage untuk Cina David Teo. Aku nampak, dia ni bukan orang yang begitu senang patah semangat. Kekuatannya cukup untuk menangkis segala tohmahan kualiti filemnya yang macam cencaluk. Genre lebih kurang, kisah lebih kurang tetapi bagaimana filem filemnya masih diterima ramai?


Pada aku, Bini Biniku Gangster ideanya biasa saja. It just macam filem Kongsi, ataupun apa saja filem Kongsi gelap lain, komik komedi tetapi kali ini karakternya difokuskan kepada Kak Yong. Kak Yong ini ibarat watak utama kita yang penting, walaupun Shaheizy Sam itu member twist yang pada aku tak berapa berjaya, malah memberi kebosanan.

Aku puji koreografi aksi filem ini. Intan Ladyana beraksi dalam pergaduhan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Tetapi, gasak menggasak dari pelakon Yana Shamsudin, ada kualiti. Lakonannya rasanya lebih baik daripada Intan Ladyana. Suka lakonan Yana Shamsudin. Antara yang terbaik dalam persembahannya.


Bagi yang tidak mengetahui, filem ini sebenarnya adalah hasil tulisan Yana Shamsudin sendiri, yang memegang watak Manja bersama dengan Fadzil Zahari. Yana nampaknya bijak untuk menekankan komiknya komedinya. Komedinya nampak keterlaluan dan masih menjadi. Tidak memualkan dalam erti kata lain. Namun, pada aku jujurnya keintiman Herry dan Manja yang aku sifatkan terlebih, memualkan. Yes, it is a portrayal of a husband-wife life but, argh aku tak mampu nak telan.

Pada aku, Bini Biniku Gangster adalah satu improvement dari Ismail Hashim. Pengarah Ngangkung ini makin ada peningkatan dari segi kualiti pengarahannya.


Pada aku, paling tak bleh blah adalah banyaknya movie mistakes dalam fakta dan juga kelemahan dari segi solekan. Yang ini boleh tengok dengan klik link kat bawah:


Filem ini dah berikan apa yang aku mahu. Scoring filem ini hebat. Ada peningkatan dan bukannya scoring yang main hentam. Malah, dengan aksi koreografi yang menarik.



Bini Biniku Gangster memang santai. Pada aku, boleh la juga aku sifatkan filem ni best. Walaupun bukanlah yang terbaik, sebab ideanya macam satu urutan dari filem lain (sebab kemunculan watak utama Kongsi, yang entah apa perkaitannya – atau hanya sekadar satu imej kelakar sahaja tanpa apa apa kaitan). Bini Biniku Gangster memberikan persembahan Shaheizy Sam yang paling kosong, macam extra je aku tengok si jantan nih. Namun, stil ada kepuasan.
4/5

7 comments:

Khai said...

bagi pandangan aku la kan. movie ni nak tunjuk split chracter of manja(kak yong).

bagaimana seorang suri rumah tangga yg sygkn family & seorang kak yong yg bertanggungjwb menjaga kawasan sndiri.

morale of story : perempuan sekarang bkn mcm 20 tahun lalu. zaman dah moden. apa saja boleh terjadi. its real life situation. :)

HAFIZAL said...

puas hati jugak lah tgk......

Anonymous said...

ni juz coment jer ok...xde mksud utk cri gduh or wat eva.......msing2 ad cra sndri utk buat filem......cube u sndri yg buat filem.....pasti u rse mcm mne....nobody perfect ok.....u nampk bgus jer....i rse lar klau u yg buat filem msti gempak.....

cikpinky said...

setuju dgn pndpt khai

Anonymous said...

wakakakaka cam sial jer ko nak kritik filem org 'o0o' ko try wat filem ler tngok camna... ok ke xok.....

Terbelog said...

agree bro

afezeria miku said...

ceh anonymous yg kutuk blogger yg wat review movie ni pun sme bodoh. This person has the right to kritik someone's film because he can and have the freedom to do so. Cube ko yg kutuk die tu buat review mcm ni gk, mcm mne? ble ke tk? Bodoh.