Akan Datang!

Sunday, November 30, 2014

Review: Kick

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Sajid Nadiawala
Pelakon | Salman Khan, Jaqueline Fernandez, Randeep Hooda

Kau tahu, aku suka sangat Salman Khan punya karakter dalam filem Dabangg. Wataknya sangat sangatlah unik dan menjadikan dirinya, secara peribadi, antara pelakon Bollywood yang sangat terbaik. Tahun 2014, Kick menampilkan satu lagi sisi pelakon ni. Kini dia nak jadi superhero rakyat, ala ala robin hood tetapi biasalah, dengan garapan Bollywood, ianya akan jadi Kick! 

Mana tidaknya, filem arahan Sajid Nadiadwala ini seperti adunan biryani yang rasanya sedap tetapi kalau kau tengok mamak letak biryani, takdelah nak kemas kemas sangat macam orang melayu punya hidangan. Macam tulah Kick! Filem ni memang sebuah masala yang memang menggunakan gaya tipikal komedi Bollywood yang mana hanya akan difahami dan disukai bagi penggemar Bollywood. 

Kick ialah adaptasi dari filem asal yang berbahasa telegu dengan tajuk sama. Selepas diadaptasi ke bahasa Tamil pada tahun 2010, kini Kick muncul dalam versi Hindi. 

Menjadi filem kedua paling meletop kebang boom sepanjang masa, Kick pada aku hanyalah persembahan yang sangat biasa. Aku gagal untuk memuja Salman Khan seperti dalam filem Dabangg. Kick seolah olah mencipta satu lagi Krrish tetapi dalam dunia yang lebih dekat di hati. Superhero rakyatlah katakan dalam ayat mudahnya. 

Kick pada separuh masa pertama bercerita guna flashback. Separuh masa pertama menceritakan bagaimana konflik dan pengenalan kepada watak Salman Khan dalam dua versi. Pendek kata, separuh masa pertama ni ialah masa untuk enjoy enjoy sebelum masuk ke fasa kedua yang lebih padat. Separuh masa kedua lebih padat dengan aksi. Itu janji! 

Aku puas hati dengan aksi aksi yang sangat imaginatif dan menarik dalam filem ni. Walaupun kebanyakannya hanyalah babak yang ditayang sekejap, babak babak seperti Devil lompat ke dalam helicopter dengan motor dan babak Devil turun basikal beberapa detik sebelum keretapi melintas sangat mengujakan. 

Himesh Reshammiya berjaya untuk memberikan lagu lagu yang segar dan menyerlah. Nampak yang idea untuk lagu lagu dalam dirinya dah mula makin menarik. Dibantu muzik muzik tulisan dan garapan Meet Bros Anjaan dan Yo Yo Honey Singh, Kick memang punya lagu rentak disko yang diakui sangat ada kick! Yar Na Miley antara trek super best yang aku rekomen! 

Filem ni memang dibina dengan kemengarutannya yang tersendiri. Namun, di sebalik tu, filem ni nak cerita tentang kisah kanak kanak yang tidak dibela akibat kekangan wang dari keluarga. ‘ 

Memang banyak main mainlah filem ni. Tapi, memang filem ni dibina sebegitu rupa dan ianya boleh diterima. Sebuah biryani yang sangat sedap dimakan dengan ayam goreng dan kuah kari. Kick sangat memberikan sebuah masala yang sesuai untuk keluarga, kanak kanak, pelajar dan siapa saja. Akhirnya, aku rasakan Salman Khan masih gagal untuk menandingi kehebatan Hrithik Roshan dalam filem Krish,. Sekian… 

3/5

Friday, November 28, 2014

Review: Deliver Us From Evil

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Scott Derrickson
Pelakon | Eric Bana, Edgar Ramirez, Olivia Munn

Semenjak The Conjuring jadi satu filem yang famous sebab adaptasi dari real account, maka muncullah satu lagi filem yang punya ciri ciri yang sama. Bukannya sebelum ni tak ada filem yang diambil dari pengalaman seram sebenar, Cuma semejak The Conjuring ni, pengarah lebih banyak cuba menyeramkan penonton dengan cerita yang lebih nampak real dan dekat dengan kebenaran. 

Diadaptasi dari buku yang sama, kisah polis bersara yang terlibat dengan pengusiran syaitan ini asalnya hanyalah sebuah memoir. Namun, mungkin kerana kisah Ed dan Lorraine Warren itu menjadi superhit, maka Scott Derrickson mengarah filem ni. Derrickson nampaknya gemar mengarahkan filem yang lebih kepada seram yang berdasarkan kisah benar. The Exorcism of Emily Rose adalah salah satu filem arahannya. 

Filem kali ni tidak seperti filem seram arahannya itu, Deliver Us From Evil lebih memberatkan kisah penyiasatan yang di dalamnya terisi unsur unsur seram. Derrickson tidak membina sebuah kisah yang betul betul seram tapi mengajak penonton untuk mengalami satu perjalanan kisah hidup polis ini dan meniru gaya cerita The Conjuring. 

Ada drama dan kisah keluarga, dan tekanan yang dialami keluarga Ralph Sarchie semuanya diadun. Konflik family, penyiasatan tentang rasuk dan kes misteri, sehinggalah ke konklusi ialah seperti sebuah ramuan yang sangat sangat mengikut filem James Lee itu. Cuma, apa yang bezanya ialah filem ni lebih berat pada misterinya. 

Deliver Us From Evil menggunakan pendekatan visual yang gelap hitam. Derrickson menggunakan pengarahan yang diterapkan dalam Sinister dan juga filem seramnya yang lain. Gelap, hitam dan merimaskan sebab kalau korang tonton dalam keadaan tutup lampu, confirm korang akan rasa rimas dan juga tak selesa. 

Mulanya aku agak kurang seronok dengan penyiasatan, sebab aku bukanlah gemar sangat nak main cantum cantum misteri ni. Tetapi, lama kelamaan, kes yang diberikan semakin unik dan membongkar satu persatu misteri sehinggalah fasa terakhir dimana sesi pengusiran syaitan berlaku. Boleh dikatakan graf ceritanya makin lama makin menarik semaksima mungkin. 

Babak paling best ialah babak last. Aku rasakan energynya sangat ohsem dan superb. Memang pengakhiran filem yang nampak macam tok bomoh filem Melayu je, tetapi kerja buatnya sangat menjadikan babak tu energetic. 

Eric Bana yang tidak dinafikan lakonannya. Ditambah pulak dengan garapan yang nampak real dan dark. Deliver Us From Evil menjadi sebuah filem penyiasatan seram campur hantu dan kejut kejut yang aku rasakan unik dan menarik. Walaupun tak ada babak terkejut yang unik dan fresh, atmosfera yang gelap dan seram melalui gaya Derrickson menjadikan filem ni satu lagi filem seram yang boleh dinikmati! 

3.5/5

Wednesday, November 26, 2014

Review: Nasi Kangkang

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Adiba Yunus, Azwan Kombos, Shima Anuar, Along Ezendy

Senang cerita, aku simpulkan yang filem Nasi Kangkang ni seperti sebuah filem yang keluar dari mana mana kepompong filem di Malaysia. Bukan pasal MIG saja, bukan pasal industry saja, bukan pasal apa saja. Filem ni keluar dari segala kebiasaan dengan keberaniannya yang paling jelas dan nyata, membawa isu Nasi Kangkang dengan paparan yang ‘panas’, ngeri, dan juga menggelikan. Ya, Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang ni sangat menggelikan. 

Aku yang agak kurang senang dengan arahan seram pengarah Hashim Rejab ni pun rasa nak tabik spring atas usaha yang dilakukan dalam membina plot filem ni. Filem ni ada idea yang berkesan untuk sebuah filem seram. Tidak hanya bergantung pada keseraman hantu semata mata, pengarah ni memanipulasi minda penonton dengan memaparkan adegan yang boleh menyebabkan rasa kurang senang. 

Ngeri, berani dan menggelikan. Itu mungkin rasa yang ada ketika menonton filem ni. Paparan nasi yang ditangas, dengan jampi serapah (yang agak kelakar bunyinya.. macam sukukata budak tadika yang dicampur campur) memang dark dan seram. Tambahan pula, filem ni berjaya melekatkan bayangan seram dengan rasa gelinya di otak penonton yang menonton. 

Makan nasi dengan ulat, nasi pulak dengan darah haid, tambah pulak dengan teknik teknik penunduk suami yang entah rekaan semata atau tahyul belaka, juga visual tahi/najis yang diambil kemudian dilumur di nasi yang dikangkang menjadi filem ni sebuah filem yang menggelikan. Maka, aku rasakan, keberanian ni memberikan Nasi Tangas gaya seram yang tersendiri. 

Tapi, beberapa elemen kecil yang membuatkan aku kurang suka pada keseluruhan filem. Aku rasakan dubbing pelakon sekali sekala kurang memuaskan. Malahan, editing untuk babak seram, kejut kejut, tanjat tanjat semuanya tidak mampu untuk memberikan kejutan sebenar. Namun, scene hantu di parkir kereta selepas Fatin termakan nasi tangas dari Mira antara momen seram terbaik filem ni. 

Delimawati dan Herman Tino pula mungkin aku rasakan antara faktor terbaik filem ni. Lakonan mereka tidak dapat dinafikan membantu menghidupkan watak watak utama yang aku rasakan agak kurang timbul. Cuma aku agak rasa kelakar dan ketawa besar jugak apabila Herman Tino menjadi hantu belaan. Oh, come on! Ini sangat tidak adil. Herman Tino tak patut jadi hantu. Itu kelakar namanya doh! 

Malah, aku lebih harapkan filem ni punya twist yang lebih baik. Aku agak janggal dengan mantera yang macam budak tadika tu. Tapi, tak apalah! Then, ditambah pulak dengan elemen ustaz yang mempunyai kejutan yang biasa sangat. Seperti yang dijangka, ustaz muncul di saat akhir yang nampak seperti tergesa gesa. Dan sekaligus, endingnya sedikit cacat. 

So far, kalau nak dibandingkan dengan filem seramnya yang lain, Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang ni antara filem pengarah ni yang boleh dirasakan menjadi. Kalau letak pulak di barisan filem filem seram MIG, filem ni ialah ‘besi berani’ yang sangat berani memaparkan kengerian luar dari jangkaan. Aku pasti, lepas korang tonton filem ni, korang akan fikir dua kali kalau nak makan nasi. Jaga jaga, takut terlintas di fikiran, adakah anda sedang makan nasi kangkang? 

3.5/5

Sunday, November 23, 2014

Review: The Hunger Games - Mockingjay Part 1

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Francis Lawrence
Pelakon | Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth

Siri ketiga filem The Hunger Games kali ni lain dari yang lain. Tidak seperti filem pertama dan kedua yang memang memaparkan apa itu Hunger Games, sekuel ketiga ini bertindak seperti mengalih ceritanya kepada sesuatu yang lebih berat, beyond apa yang dipaparkan dalam dua filem sebelum ni. Katniss Everdeen nampaknya diberatkan menjadikan dirinya diuji lebih jauh ke depan dalam filem pertama untuk adaptasi terakhir novel ini. 

Mockingjay bertitik tolak dari pengakhiran filem sebelum ni. Permulaan filem ni dipenuhi dengan drama yang hanya boleh dapat dirasa kalau korang dah tonton filem filem sebelumnya. Saat Katniss dan Peeta terpisah, cerita ini bergerak ke arah seperti mahu menguji sejauh mana watak wanita ini boleh pergi. Dan itulah Mockingjay sebenarnya. Tentang jiwa seorang wanita dari zero, dan menjadi hero! 

Episod pertama Mockingjay ini dipenuhi drama, tidak seperti filem sebelum ni yang lebih bersifat entertainment. Mockingjay membawa kita menyelami Katniss dalam jiwa yang lebih dalam. Dan dalam kesengsaraan dan tekanan yang dialami selepas semua event dalam filem sebelum ni berlaku. Senang cerita, Mockingjay ialah setup untuk pengakhiran yang gelap, dan menakjubkan. 

Francis Lawrence menekankan drama, dan tidak aksi. Sekaligus, ianya sedikit mengecewakanlah kalau orang yang nak tonton aksi. Manakan tidak, segala aksi aksi semuanya sangat pendek dan tidak dipaparkan dengan sedaya upaya. Lawrence menekankan emosi dan juga karakter lebih dari aksi aksi yang menarik. Oh, aku sangat keciwa! 

Senang cite, filem ni memang sebuah filem setup. Bayangkan habiskan masa untuk install semuanya untuk episode 2 tahun depan. Fuh, tak rasa yang ramai akan dapat tahan dengan install menginstall yang agak lama dan panjang. 

Tapi, takpelah sebab Mockingjay berjaya mengakhirkan filemnya dengan kejutan yang agak menarik. Babak curi masuk ke dalam Panem tu agak ohsem walaupun aku rasakan ianya hanyalah sebagai paparan untuk menggerakkan cerita. I really wish that ianya lebih dari sekadar masuk bangunan, bukak pintu dan kemudiannya suddenly end up kat District 13 semula tanpa kita tahu apa yang sedang berlaku tadi. 

Jennifer Lawrence mungkin membawa karakternya dengan ok. Tapi, dramanya buatkan aku rasa bosan kadangkala. Pada aku, semuanya cerita hanyalah dipersembahkan sebagai sekuel yang hanya tidak lebih sekadar sekuel. 

So far, ianya hanyalah filem setup yang ditonton sebab aku nak tonton sebagai continuation sahaja. Tak ada lebih dan kurang. Aku mengharapkan Mockingjay 2 memang berbaloi baloi dengan setup yang agak rancak dan makan masa yang lama ini. Untuk Part 1, ianya hanyalah filem yang penuh dengan drama dan aksinya boleh dikira. Sebuah drama yang boleh tahan, untuk melihat the real hunger games, ianya mendukacitakan. 

3/5

Saturday, November 22, 2014

Review: Earth To Echo

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Dave Green
Pelakon | Teo Halm, Brian Bradley , Reese Hartwig 

Menonton filem arahan Dave Green ni memang benar nampak seperti sebuah filem found footage yang dibikin untuk keselesaan golongan remaja dan kanak kanak. Earth to Echo hanya meletakkan found footage di tahap paling asas dan tidak mampu untuk menjadi filem found footage yang memuaskan bagi penggemar dewasa. Gaya filem ni lembut dan punya cerita yang tenang dan confirm, bagi yang harap found footagenya menjadi, ianya dikategorikan sebagai gagal. 

Earth to Echo cuba untuk mengadaptasi, atau mengembalikan memori ET arahan Spielberg. Filem ni bergerak dengan sangat simple dalam menceritakan pengembaraan tiga sahabat karib dalam misi untuk mencari alatan yang diperlukan Echo untuk kembali ke planet asal. 

Memang tak dinafikan, filem ni hanya ditujukan untuk penonton yang mahu menonton filem found footage dalam persembahan yang lebih lembut dan cantik. Filem ni tidak banyak memaparkan benda benda luar biasa yang selalu ditonton dalam filem bergenre sebegini. Ianya hanyalah sebuah adventure biasa yang gaya ceritanya sahaja berlainan. 

Pada aku, Earth to Echo sangat sangat comel dan unik. Aku tak pastilah sama ada budak budak akan suka atau tak dengan filem ni. Bukan apa, diorang agak janggal dengan format sebegini dan aku rasa in the end, hanya mak bapak je yang akan stay untuk tonton sampai habis. Apapun, Dave Green mencomelkan genre found footage yang banyak digunakan untuk genre seram, thriller dan ganas ni. 

Aku tak nafikan watak Echo sangat sangat cute. Walaupun kita tak dapat nak tengok Echo ni bercakap, Echo berjaya menjadi satu lagi karakter yang mungkin menjadi ikon untuk kanak kanak. Pandang sekali dua, Echo nampak mirip kepada idea Wall E. Walaupun keseluruhannya nampak mirip burung hantu yang dibuat dari besi, yup, Wall E dan Echo nampak lahir dari idea yang sama. 

Dave Green melalui screenplay tulisan Henry Gayden memberikan visual yang biasa kita tonton dalam filem genre ni. Tapi, kejutan pada aku bila menyaksikan scene lori trailer dileraikan satu persatu dan kemudiannya bercantum semula selepas nyaris langgar tiga orang budak, itu sangatlah ohsem! Pantas saja aku simpulkan, Dave Green sangatlah pandai untuk tackle penonton remaja. 

Teo Halm, Brian Bradley, dan Reese Hartwig memang berjaya memberikan sebuah persembahan tentang persahabatan, kasih sayang dan juga sisi budak budak yang sangat menjadi. Earth To Echo ada ‘didikan’ yang menjadikan filem ni bermesej. Memang sesuailah sangat untuk kanak kanak dan remaja. 

Kalau yang nak tonton filem found footage yang benar benar mengancam dan menarik dari segi visualnya, Earth To Echo bukanlah sebuah filem yang harus ditonton. Tapi, kalau korang rasa itu antara penyebab untuk tidak tonton filem ni, korang rasa korang kena consider benda ni pulak untuk tonton. Satu, Echo yang chooomel banget! Dua, cerita yang sangat ringan! Tiga, sebuah sisi baru filem kanak kanak yang harus dicuba! 

4/5

Thursday, November 20, 2014

Review: Queen

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Vikas Bahl
Pelakon | Kangana Ranaut, Lisa Haydon, Rajkumar Rao

Filem ni memang tersangat sangat ohsem. Ianya truly magical dan beautiful. Macam gadis yang sangat cantik di mata, jenaka di wajahnya, dan cinta di hati. Perfect untuk membawa kita kea lam khayalan, sambil menikmati hiburan yang disajikan. Masterpiece yang tersangat hebat. Oh, nampaknya aku terpuji lebih untuk filem ni. Bukan apa, ianya terlalu melekat di hati. Takpelah kot puji lebih lebih sikit, kan? 

Queen bukan sahaja menghiburkan. Penyampaiannya adalah perkara yang sangatlah menarik, clear dan fantastic. Bukan hanya paparkan seks semata mata, ianya filem tentang tradisi India vs tradisi luar. Kisah tentang buka mata, menerima dan menolak apa yang boleh dan tidak. Cerita tentang adaptasi dengan budaya yang ada, dan perbandingan mana lebih baik diantaranya. 

Vikas Bahl berjaya menjadikan Queen seperti sebuah realiti show yang sempurna. Perjalanan Rani, nampak seperti sebuah real life. Keselesaan Kangana Ranaut nampak menjadi dirinya yang sangat manja, pemalu dan lebih tradisional walaupun dia sebelum ni rajin benar berlakon watak seksi. Pelakon ni berjaya menyampaikan sesuatu yang segar, dan terbaik dari ladang! 

Queen berbicara tentang realiti masyarakat India. Cerita tentang perjalanan hidup gadis yang sentiasa ditentukan oleh keluarga dan tidak mampu untuk bersuara memilih jalan hidupnya yang tersendiri. Dalam kisah ni, Rani yang dikenali sebagai Queen oleh tunangnya, tetiba bertemu dengan jentolak besar yang menghalang hidupnya. Tetiba saja, naluri lelaki tunangnya yang ego menyebabkan perkahwinan yang bakal terlaksana terhenti tengah jalan. 

Disinilah lahirnya the new Rani. Kita akan dibawa ke Paris dan sekitarnya dan melihat bagaimana seorang gadis yang pemalu, naïf dan sangat sukar untuk menentukan kehidupannya yang kusut ni menjalani kehidupan yang baru. Dan, disinilah the fun begin! 

Aku sangat enjoy dengan lakonan Kangana. Dialog dan skripnya digarap dengan cantik. Malah, babak babaknya juga sangat segar dan ada kick! Kadangkala, boleh buat aku tersenyum sorang sorang. Ianya tentang travel, so siapa yang rajin dan pernah alami travel alone memang akan rasa filem ni dekat sangat dengan korang! 

Filem ni memang sebuah filem yang jauh dari tipikal filem Hindi. Memang tak ada lagu yang betul betul muat, dan semuanya hanyalah menjadi background filem. Bagi yang nak rasakan sesuatu cerita yang segar dan tidak mengecewakan, Queen adalah sebuah filem yang layak untuk ditonton. Sebuah makanan yang manis, dan cukup rasa. 

Queen sebenarnya mengajar kita yang hidup kita adalah pertarungan yang menyakitkan. Namun, dalam kesakitan itu, ada sesuatu yang tersembunyi dan lebih indah. Yup, kehidupan kita wujud atas apa yang kita telah tentukan. 

4.5/5

Tuesday, November 18, 2014

Novel: The Lovely Bones (Alice Sebold)


Mula mula baca, ianya macam sebuah horror story, seperti sebuah roh sedang bercerita dan berada di depan mata kita. Kita mula rasa seram tapi lama lama mula menerima Sussie Salmon, si gadis yang mati dirogol ini dalam tangan kita. Dan dia mula bercerita tentang kisahnya dari hidup sehinggalah dia berada di syurga dan melihat ke dunia keadaan bagaimana familinya dan seluruh kehidupan sekitarnya. 

Novel ni sangatlah super gila! It is a super power book yang memang sangatlah one in a million. Kau bayangkan dari keseraman, ianya berakhir dengan sebuah kisah cinta dan kekeluargaan yang sangatlah indah. Dan in the end, kita akan sedar yang kematian itu adalah sebahagian dari hidup dan yang hidup haruslah melepaskan sesiapa pun yang akan pergi. It is a beautiful story. 

Memang filemnya pun ohsem, bukunya pun ohsem. Percayalah yang novel ni bercerita tentang syurga yang memang sempit, tetapi aku rasakan plotnya tersangatlah besar. 

4.5/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...