Akan Datang!

Wednesday, June 13, 2012

Review: Chow Kit

Damned hot! Chow Kit memang panas dan hot! Lebih seksi dari Klip 3gp, dan lebih berani dari … Anu Dalam Botol. Malangnya, Chow Kit tidak mampu memberikan kehebatan Songlap. Paparan sebuah kehidupan ala ala filem Slumdog Millionaire, even tidaklah meminjam ceritanya. Dengan setting di kawasan sempit KL itu, Chow Kit nampak semak dan kelam. Sesuai dengan apa yang ingin disampaikan, sebuah kisah anak Chow Kit, dan sekitar kehidupan gelap lorong tersebut. 
Apa yang jelas, Beto Kusyairi satu semangat yang telah ditinggalkan dalam filem ini. Malangnya, walaupun dengan lakonannya yang baik, Chow Kit tidak mampu untuk tenggelam. Walaupun begitu, Chow Kit bukanlah teruk mana. Ada paparan yang ingin disampaikan. Maknanya, pemaparan itu aku terima dengan baik dan seadanya. 


Dipecahkan kepada dua bahagian, dengan dua pengarah, Chow Kit sebenarnya bermula baik. Permulaannya berjaya memikat aku. Dengan kisah budak budak Chow Kit dan kisah pelacuran yang biasa menjadi kehidupan di lorong tersebut, yea, kisahnya menarik. Dengan dialog berani, Chow Kit 1 memang meyakinkan. Menarik dengan aura Songlap yang aku jangkakan akan menjadi semakin naik, naik dan terus ke syahwatnya. 

Malang sungguh, klimaksnya tidak mampu dicapai. Kisah mereka nampaknya mendatar dan tidak mendapat cerita yang jelas. Plotnya terlalu banyak pecahan. Aku tertanya tanya, mana satu yang cuba disampaikan? Cerita ibu dan pelacur? Kisah bapak yang mengajar anaknya meminta sedekah dan curi kasut di masjid? Plotnya bersambung sana sini tetapi apa musabab untuk setiapnya tidak digabungkan dengan jelas. Apa yang aku faham, hanyalah satu pemaparan kehidupan Chow Kit tanpa perlakuan-akibat. 


Maka, jadinya plot hilang begitu saja. Mana ceritanya? Jikalau mahu menceritakan perihal si anak Chow Kit yang dirogol? Apa gunanya kisah si pencuri kasut? Apa guna juga pemaparan watak yang terlalu banyak dalam Chow Kit 1. Aku cuba menanti watak Yasmin Hani untuk masuk ke dalam cerita, tetapi malangnya, ceritanya tak ada apa apa. Kosong. Tak ada kaitan dan for me, merugikan. 

Chow Kit 2 nampak lebih terurus. Namun, plotnya tetap biasa biasa. Kisah yang sedikit ganas dan panas memang cuba diutarakan, tetapi dengan lakonan karakter yang tidak meyakinkan, for me story tu habis begitu saja. Beto Khusyairi cuba untuk naik. Aura pada saat pertama dia muncul di layar (masa dia ragut beg) memang menarik. Tetapi, lama kelamaan, ianya hilang dan hilang macam tu jer. 

Dari segi visual, aku rasa tak ada masalah. Dari segi audio, memang banyak masalah. Dubbing suara Ropie Cecupak memang fail. Tak jadi untuk gelak bila dengar suara tu. Hadoi.


Keseluruhannya, Chow Kit sederhana. Terfikir juga, filem ini banyak memaparkan adegan ‘belakang’ yang banyak. Seriusly aku tak faham, penulis filem ni memang suka seks ikut belakang ker? Apapun, tak perlu mengharapkan cerita ini menarik untuk anda tonton, jika korang bukanlah peminat Songlap, Klip 3gp, ...Anu Dalam Botol dan juga Bunohan. Pada aku, aku suka Chow Kit, dan aku juga kadangkala tak suka Chow Kit. 

2/5

Saturday, June 9, 2012

(18+) 20 Adegan Bogel Aktress Hollywood Dalam Filem!

Berbogel dalam filem bukanlah satu perkara asing dalam filem Hollywood. Malah, ianya satu kebiasaan untuk setiap filem Hollywood mempunyai adegan berahi yang membuatkan penonton tidak senang duduk. Ingatkah filem Hollywood mana yang ada adegan bogel? Jom, ini adalah antaranya babak babak bogel dalam filem yang dijayakan selebriti Hollywood ternama seperti Kirsten Dunst, sehinggalah ke Monica Belluci, Angelina Joie, Jamie King dan ramai lagi. Inilah dia, 20 aktress popular yang berani berbogel dalam filem lakonan mereka.


1. Sharon Stone - Basic Instinct (1992) 
gambar tanpa potongan di sini.

2. Dina Meyer - Starship Troopers (1997)
gambar tanpa potongan di sini.

3. Angelina Jolie - Taking Lives (2004)
gambar tanpa potongan di sini.

4. Jamie King - Sin City (2005)
gambar tanpa potongan di sini.

5. Demi Moore - Striptease (1996)
gambar tanpa potongan di sini.

6. Charlize Theron - 2 Days In The Valley (1996)
gambar tanpa potongan di sini.

7. Kirsten Dunst - Melancholia (2011)
gambar tanpa potongan di sini.

8. Reese Witherspoon - Twilight (1998)
gambar tanpa potongan di sini.

9. Eva Green - Perfect Sense (2011)
gambar tanpa potongan di sini.

10. Katie Holmes - The Gift (2000)
gambar tanpa potongan di sini.

11. Anne Hathaway - Love And Other Drugs (2010)
gambar tanpa potongan di sini.

12. Denise Richards - Wild Things (1998)
gambar tanpa potongan di sini.

13. Keira Knightley - Domino (2005)
gambar tanpa potongan di sini.

14. Christina Ricci - Black Snake Moan (2006)
gambar tanpa potongan di sini.

15. Penelope Cruz - Elergy (2008)
gambar tanpa potongan di sini.

16. Natasha Henstridge - Species (1995)
gambar tanpa potongan di sini.

17. Monica Belluci - Shoot 'Em Up (2007)
gambar tanpa potongan di sini.

18. Halle Berry - Swordfish (2001)
gambar tanpa potongan di sini.

19. Laura Ramsey - The Ruins (2008)
gambar tanpa potongan di sini.

20. Catherine McCormack - The Tailor Of Panama (2001)
gambar tanpa potongan di sini.

* gambar ini telah diedit dan disensor oleh admin sendiri. Sumber asal gambar adalah dari pelbagai website di internet yang dirahsiakan. Penulis tidak atas apa apa perkara yang terjadi selepas anda membaca entry ini.

Friday, June 8, 2012

Review: Prometheus

Sebuah filem yang agak baik dan gempak dari pengarah Ridley Scott. Mengingatkan aku kembali ke filem 1979, Alien. Itulah Prometheus, filem terbaru Ridley Scott yang sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 6 Jun 2012. Prometheus bukan saja menandakan kembalinya Ridley Scott ke trek yang pernah mempopularkannya dulu saja, ianya lebih dari itu. Prometheus adalah tanda filem sains masih lagi menjadi idea hebat si pengarah ini. Sebuah filem wajib tonton bagi peminat drama sains fiksyen. 


Berkisar tentang kisah manusia yang cuba mencari asal usul penciptaan, filem ini nampaknya beralun alun cuba untuk lari dari sebuah sambungan filem 1979 si Ridley, Alien. Anda akan perasan yang ceritanya bergerak kejap ke kiri kejap ke kanan. Misterinya ditekan hebat, tak mampu diselak dan tiada ruang meneka diberi kepada penonton. Filem ini cuba untuk menyembunyikan idea yang menjadi elemen terpenting filem ini sehinggalah ke titisan terakhir. 

Prometheus dicanang menjadi sebuah filem yang mempunyai kaitan dengan filem Aliens. Memang jika anda menonton filem ini, Prometheus memang menampilkan cerita yang berbeza dan lain. Hanya dari seminit babak akhir filem sahaja memberi kejutan tersebut. Memang aku rasakan garapan plot cerita ini agak terperinci dari segenap sudut sehinggakan misterinya terungkai dengan kejutan yang mengagumkan. 


Pada yang gemar aksi, aku cadangkan tak payah nak menonton filem ini. Jangkaan anda pastinya meleset kerana filem ini adalah lebih kepada drama pengembaraan sains fiksyen. Filem ini memang sarat dengan drama yang mencemaskan. Namun begitu, filem ini tidaklah membosankan kerana setiap patah kata memang dinukil hebat untuk membuka setiap misteri dalam filem ini. Malah, aku rasakan kekuatan skrip filem ini cukup untuk membuatkan penonton ternanti nanti ssetiap misteri yang menyelubungi planet yang mereka singgah, dan juga misteri kisah sebenar Prometheus. 


Pandangan aku, jujurnya aku suka karya ini. Ridley Scott bijak menggarap cerita ini sebaiknya. Al maklumlah, ini kan ceritanya. Setiap inci filem ini diisi dengan misteri dan juga syak wasangka yang bijak dan mengelirukan. Watak David dikembangkan dengan kejutannya tersendiri. Malah, watak Holloway dan Shaw yang dibina juga punya kejutan yang tersendiri. Hebatnya juga watak Vickers lakonan Charlize Theron juga kerana binaannya yang sentiasa menyimpan rahsia. Banyak lagi kejutan kejutan yang disimpan sehinggalah anda menonton filem ini. 

Dengan cerita yang pantas dan straight to the point, Prometheus tidak memberikan peluang untuk penonton menunggu lama untuk mengalami misteri di planet asing itu. Dengan hanya beberapa minit saja, penonton dibawa ke planet tersebut. Insiden demi insiden berlaku. Setiap adegan yang diberikan memberikan peluang untuk penonton meneka, tapi malangnya sukar untuk menjangkakan apa yang berlaku kepada setiap krew kapal Prometheus ini. 


Elemen biasa filem sains fiksyen juga diserap masuk dalam filem ini. Namun, anda perlu ingat, ini filem gaya Ridley Scott. Pastinya pengarah ini menjadikan filem Prometheus ini sebuah trademark Ridley yang cuba untuk membawa penonton kembali kepada filem 1979nya yang dahulu. Beberapa karakter Aliens yang dijadikan bahan untuk membunuh beberapa karakter memang menjijikkan dan luar biasa. 

CGI yang cantik dan kemas juga satu ciri hebat filem ini. Setiap visual nampak cukup meyakinkan. Adegan akhir filem ini, yang menunjukkan kapal ‘manusia asing’ jatuh ke tanah nampak begitu mencemaskan dan memberi keterujaan kepada penonton. 


Noomi Rapace sebagai Elizabeth Shaw, sebuah lakonan yang sempurna. Logan Marshall-Green sebagai Charlie Holloway sebuah kejutan yang mengejutkan. Tidak aku sangkakan wataknya akan dijadikan sebegitu rupa. Charlize Theron yang bermisteri semestinya mengundang tanda tanya walaupun penampilannya kurang dalam filem ini. Secara peribadinya, aku rasakan Michael Fassbender adalah karakter yang menyerlah dan persembahan yang hebat. 

Jujurnya secara peribadi, Prometheus sampai ke tahap yang aku mahukan. Tak rugi menonton kerana kisah anak kapal Prometheus ini memang sebuah adventur yang hebat. Ternyata di akhir filem ini, Ridley Scott meninggalkan satu talian tanpa penamat yang mungkin menjanjikan sebuah sekuel kepada filem ini. Apapun, sekali lagi aku kata, filem ini wajib tonton bagi peminat sains fiksyen. Sudah menonton filem ini di GSC Mid Valley, tayangan jam 4 petang pada 7 Jun 2012 di Hall 16. 

4/5

Wednesday, June 6, 2012

10 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Prometheus!

Prometheus adalah sebuah filem terbaru Ridley Scott. Ini adalah filem yang mengembalikan pengarah Gladiator ini ke trek asal yang pernah mempopularkannya suatu ketika dulu, sains fiksyen. Jom, dari Wikipedia, inilah 10 trivia menarik tentang Prometheus. 

1. Filem ini berlatar belakangkan lewat abad ke 21 yang mana pada masa itu, sebuah kapal bernama Prometheus telah mengikut jejak bintang. Apa yang mereka temui adalah beberapa tamadun purba Bumi. Dikala itu, mereka mencari asal usul manusia tetapi malangnya mereka menjumpai satu ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan manusia. 

2. Produksi ini bermula sebagai sebuah sekuel kepada francais filem Alien pada awal tahun 2000. James Cameroon, pengarah Avatar bersama Ridley Scott membina idea untuk filem ini yang akan menjadi prekuel kepada filem tahun 1979 arahan Ridley Scott, Alien. Malangnya, projek ini diketepikan untuk memberi laluan kepada filem Alien vs. Predator. Kerja kerja untuk membuat filem ini bermula semula pada tahun 2009. 

3. Disyot dalam 3D, filem ini menelan belanja sekitar $120-130 million untuk kos penggambaran. Kebanyakan penggambarannya dijalankan di set yang dibina dan juga beberapa lokasi di England, Iceland, Spain dan Scotland. 

4. Filem ini pada asalnya akan dinamakan Paradise, tetapi pada January 2011, filem ini diberi nama Prometheus. Paradise?? Erk… 

5. Jon Spaihts diberi peluang untuk menulis skrip dan draf cerita filem ini. Dia mengambil masa selama 3 minggu setengah untuk siapkan draf pertamanya. Draft tersebut yang terdiri dari 20 helaian outline yang terperinci diserahkan kepada penerbit pada Hari Krismas tahun 2009. Tak sampai 12 jam, Ridley Scott memulangkan semula skrip untuk rombakan semula. Maka, si penulis skrip terpaksalah menyambut Hari Krismasnya dengan membuat rombakan jalan cerita. Kesian… 

6. Kerja filem ini terinspirasi oleh Chariots of the God? Tulisan Erich von Daniken. Ianya berkenaan teori astronaut purba yang menceritakan yang kehidupan manusia dicipta oleh alien. Ooo… 

7. Garaj untuk set kapal Prometheus ini dibina di Pinewood Studios di England. 11 minggu digunakan untuk membina dan mereka segala macam detail yang ada dalam kapal tersebut. 

8. Footage pertama filem Prometheus mula ditunjukkan kepada khalayak umum pada Julai 21, 2011 di San Diego Comic-Con International. 

9. Tayangan perdana Prometheus telah diadakan pada 21 May 2012 di Empire Cinema di Leicester Square, London. 

10. Filem ini menerima ulasan yang positif dari pengulas. Di Rotten Tomatoes, 77% reviews menyatakan filem ini memang terbaik. Malah, wartawan Hollywood Reporters menyatakan visualnya memang menakjubkan. 

Korang bagaimana? Sudah bersedia untuk Prometheus? Jika ya, alaminya di sini.

Monday, June 4, 2012

Review: Piranha 3DD

Tak ada apa sangat yang nak dibanggakan dengan Piranha 3DD yang sudah mula menjengah pawagam 31 Mei 2012 yang lalu. Sekadar berlandaskan idea gred B yang bikin hati penonton berdebar debar dan juga buat tekak loya loya dengan adegan yang ngeri lagi kejam, Piranha 3DD memberikan penonton lelaki tegak batang, itupun bagi yang mampu. Kisah Piranha 3DD kali ini membawakan lebih boobs, lebih seksi dan lebih kekejaman dari filem pertamanya yang tidaklah berapa mendapat sambutan itu. 


Agak berani jugaklah apabila filem ini memberikan penonton untuk berfikir sama ada untuk berpuas hati dengan seks campur ngeri yang filem ini berikan atau tidak. Percayalah, tak ada apa yang lebih hebat dalam filem ini selain adegan tunjuk tetek dan punggung yang penuh menghiasi filem ini. Entah bagaimana tayangan di pawagam Malaysia. Masih ada peluang untuk melihat punggung punggung seksi juga boobs yang tanpa segan silu didedah? 

Selepas kejadian di Lake Victoria yang meragut nyawa, tasik itu kini terbiar. Namun, itu bukan ceritanya. Semestinya, ianya masih berkisar tentang prehistoric piranha yang sudah mengawal tasik tersebut. Kini, satu pusat taman tema akan dibuka. Kisah ini mengisahkan bagaimana ikan piranha ini mula berevolusi dan berhijrah dan memasuki paip air dan menyerang manusia sekali lagi, di taman tema tersebut. 


Kisahnya simple. Ianya sebuah filem cuci mata yang agak baik. Sepertimana korang menonton filem gred B yang lebih mementingkan aksi dan juga hiburan berbanding seni filem itu sendiri, seperti itulah Piranha 3DD. Anda akan rasakan yang filem ini lebih kepada hiburan santapan Piranha. Bagaimana masa makan Piranha ini menjadi bahan santapan penonton. Ew, bertahanlah jika anda mampu untuk melihat kaum manusia dibaham spesis ikan ini. 

Walaupun pada pandangan aku, filem ini tidaklah hebat mana, aku rasakan Piranha 3DD memang sebuah filem popcorn soft porno yang agak baik dan menghiburkan. Dibandingkan dengan filem Piranha 3D, plot Piranha 3DD agak baik berbanding filem terdahulu. Elemen komedi spoof yang kadangkala ditanamkan menjadi walaupun taklah sampai terbahak bahak ketawanya. Mirip filem Scary Movie, tetapi masih mengekalkan keganasan yang baik. 

Dengan pergerakan yang sedikit lambat pada awal filem (tetapi sudah diselit aksi piranha makan orang sekali sekala), yang mana fokus filem ini hanya berada pada 30 minit akhir filem ini, filem ini masih menghiburkan. Selangseli dengan adegan bikini, bogel skali skala, cerita ini nampak tak jemu mata memandang bagi sesetengah orang. Sebenarnya memang payah untuk mengelak untuk tidak melihat adegan sebegitu dalam filem ini, kerana adegan tersebut ada di mana saja. Babak penting ke, babak tak penting ke, ada saja. Yang selesa mungkin boleh bertahan dengan filem dua dalam satu nih. 


Tak ada yang mampu dikatakan tentang lakonan. Semuanya setakat mampu membawa plot saja. Tak ada yang dibanggakan. Takkanlah nak dikomen jenis jenis boobs yang kelihatan dalam filem ni kan? Itu bukan hal aku. Orang bagi kita tengok jelah. Lakonan yang sederhana boleh aku katakan keseluruhannya. Namun, kesederhanaan itu ditutup dengan adegan ngeri yang walaupun nampak biasa seperti filem gred B lain, tetap menarik. 

Tetapi, dari satu sudut pemikiran, genre sebegini sebenarnya adalah satu nasihat yang halus dan menarik untuk dilihat. Dalam apa saja genre slasher sebegini, korang sebenarnya akan perasan yang setiap makhluk yang mengganas (dalam kes Piranha 3DD, adalah piranha) akan mencari mangsa yang berbuat jahat. Maknanya, buat jahat akan dibalas kejahatan jugalah. Contohnya, gadis yang doa mohon diampun dosa sebelum diorang have seks, dan ketamakan tauke taman tema. Lihat ending ending sadis watak ini. Dan kenapa taman tema itu diserang piranha, simple, sebab apa yang dilakukan di situ bukan benda baik.


Bagi yang mahu menonton di pawagam, apa yang aku berani jamin adalah filem ini punya persembahan 3D yang agak baik. Tak rugi jika korang tonton 3D sebab permainan visualnya memang kemas dan bijak. Kejutan demi kejutan diberikan. Tetapi ingatlah, filem ini menampilkan adegan tetek dan punggung yang banyak. Ianya memang hanya untuk tayangan 18 ke atas kerana kebanyakan adegan filem ini menampilkan banyak adegan bikini juga. Jadi, isteri isteri pastinya mencemburui jika si lelaki tidak membawa dirinya sekali. 

trailer, poster, dan sinopsis:

Sebenarnya, filem ini tidaklah mendapat sambutan sangat di US sejak ditayangkan 1 May 2012 yang lalu. Banyak komen menyatakan filem ini biasa saja. Biasa pun, bagi orang Malaysia, filem ni memanglah bukan biasa kan? Terpulang pada anda untuk menilai filem ini dari apa sudut sekali pun. Apapun, filem ini kini sudah ditayangkan di Malaysia sejak 31 May 2012 yang lalu. 

3/5

Sunday, June 3, 2012

Dua Filem! Satu Persamaan! Satu Tahun! (Bahagian 2)



Terdapat banyak lagi filem yang mempunyai premis cerita yang hampir sama, dan ditayangkan dalam tahun yang sama. Kerana respond pembaca yang agak positif dengan entry bahagian pertama (yang mana tidak pernah terfikir untuk mewujudkan bahagian kedua,), maka inilah dia, beberapa lagi filem yang mempunyai premis yang sama yang direlease pada tahun yang sama. 

12. The Descent (8 Julai 2005) vs The Cave (26 Ogos 2005)
PERSAMAAN: KISAH TRAGEDI DALAM GUA

13. Rob Roy (7 April 1995) vs. Braveheart (24 May 1995)
PERSAMAAN: LATAR DAN KARAKTER SAMA

14. Paul Blart: Mall Cop (16 April 2009) vs. Observe And Report (7 May 2009)
PERSAMAAN: CERITA POLIS/PENGAWAL SHOPPING COMPLEX

15. Kick-ass (15 April 2010) vs. Super (10 September 2010)
PERSAMAAN: KISAH SUPERHERO YANG TAK ADA POWER


Malah, Awesominator.com juga turut menyenaraikan beberapa filem yang mempunyai plot/idea hampir sama tetapi jarak tayangannya dalam setahun. Filem filem tersebut ialah seperti berikut.


CAPOTE (2005) vs. INFAMOUS (2006)
PERSAMAAN: CERITA TENTANG TRUMAN CAPOTE

HAPPY FEET (2006) vs. SURF'S UP (2007)
PERSAMAAN: MENGGUNAKAN WATAK PENGUIN


 MADAGASCAR (2005) vs. THE WILD (2006)
PERSAMAAN: WATAK BINATANG YANG HAMPIR SAMA

THE TRUMAN SHOW (1998) vs. ED TV (1999)
PERSAMAAN: KISAH LELAKI DALAM RANCANGAN REALITI fTV

Masih banyak lagi filem filem Hollywood yang menggunakan premis hampir sama dikeluarkan. Ada yang sama tahun, selang satu tahun, malah ada yang remake ataupun mengambil idea itu kembali selepas bertahun tahun. Untuk itu, bolehlah bergerak keluar dari blog ni melalui link Wiki ini untuk melihat senarai filem filem tersebut dari yang terbaru sehinggalah yang lama.


*tayangan merujuk kepada tayangan USA/UK. gambar adalah hakmilik Awesominator di Awesominator.com

Saturday, June 2, 2012

Dua Filem! Satu Persamaan! Satu Tahun!


Sebelum anda semua pergi ke wayang untuk menyaksikan Kristen Stewart berlawan dengan Charlize Theron dalam filem Snow White and the Hunstman (juga dikenali sebagai Mirror Mirror versi PG-13), jom kita lihat senarai 11 filem yang mempunyai plot/idea yang hampir sama yang ditayangkan dalam tahun yang sama. Daripada tulisan berbahasa inggeris bertajuk Clone Wars: Same Movie, Same Year tulisan Matt Whitfield, seorang staff di Yahoo, inilah 11 filemnya. 

1. Saving Private Ryan (24 Julai 1998) vs. The Thin Red Line (25 Disember 1998)
PERSAMAAN: KISAH PERSAHABATAN DALAM PERANG


2. The Prestige (20 Oktober 2006) vs. The Illusionist (18 Ogos 2006)
PERSAMAAN: KISAH MAGICIAN

3. Iron Eagle (17 Januari 1986) vs. Top Gun (16 May 1986)
PERSAMAAN: KISAH AIR FORCE PILOT

4. Antz (2 Oktober 1998) vs. A Bug's Life (25 November 1998)
PERSAMAAN: WATAK UTAMA ADALAH SEMUT

5. Deep Impact (8 May 1998) vs. Armageddon (1 Julai 1998)
PERSAMAAN: KISAH ASTEROID NAK HENTAM BUMI

6. Chasing Liberty (9 Januari 2004) vs. First Daughter (24 September 2004)
PERSAMAAN: KISAH HIDUP ANAK PRESIDEN US

7. Turner & Hooch (28 Julai 1989) vs. K-9 (28 April 1989)
PERSAMAAN: KISAH PERSAHABATAN MANUSIA DAN ANJING


8. Mission To Mars (10 Mac 2000) vs. Red Planet (10 November 2000)
PERSAMAAN: KISAH MANUSIA KE MARIKH

9. No Strings Attached (21 Januari 2011) vs. Friends With Benefits (22 Julai 2011)
PERSAMAAN: CERITA TENTANG SEKS, TETAPI HUBUNGAN SEKADAR KAWAN.


10. Dante's Peak (7 Februari 1997) vs. Volcano (25 April 1997)
PERSAMAAN: KISAH VOLCANO MELETUP

 11. Snow White And The Huntsman (1 Jun 2012) vs. Mirror Mirror (30 Mac 2012)
PERSAMAAN: KISAH SNOW WHITE
 *tayangan merujuk kepada tayangan di USA. Photo hakmilik Everett Collection di Yahoo! Movies.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...