FILEM PILIHAN! (disable pop-up blocker untuk baca)

Friday, April 20, 2012

Sneak Peek: Piranha 3DD


Piranha kini kembali mengganas. Piranha 3DD, sekuel kepada Piranha 3D yang diputarkan di pawagam pada tahun 2010 kini kembali. Diarahkan oleh John Gulager dan lakonlayar Marcus Dunstan dan Patrick Melton (orang di sebalik filem Feast dan francais Saw), filem ini dibintangi Danielle Panabaker, Matt Bush, David Koechner, Chris Zylka, dan ramai lagi nama nama yang tak berapa nak tip top di telinga penonton Malaysia.  Filem ini akan menampilkan seksi tahap extra juga ngeri tahap jangan buka mata. 

Kisah ini membawa kita setahun selepas kejadian serangan Piranha prehistorik di Tasik Victoria. Kini, Piranha itu berhijrah memasuki saluran pengairan dan akhirnya masuk ke sebuah kawasan taman tema air yang baru dibuka, Big Wet. 


Dijadualkan untuk ditayangkan pada November 2011, namun disebabkan beberapa masalah, filem ini dianjak tayangannya ke 1 June 2012. Di Malaysia, filem ini akan mula ditayangkan mulai 31 Mei 2012 dan diedarkan Nusantara Edaran Filem Sdn. Bhd. Ibu bapa, jangan bawa anak anak anda bawah 18 untuk menonton filem ini. 

2 comments:

~~oOpEt~~ said...

teringin nk tgok :P

Elih Japahar said...

Terlalu bahaya utk kanak-kanak bawah umur ni..ada yg tak bertapis ni, tapi filem ni mmg terbaik..