Akan Datang!

Sunday, August 10, 2014

Novel: Trilogi Syahadat Cinta (Taufiqurrahman Al-Azizy)

Novel ni tak lebih dari menekankan unsur ugama macam novel agama lain. Ibaratnya, korang membaca sebuah kitab agama tetapi disampaikan dalam format penceritaan. Dan sekali sekala terhibur dengan ceritanya, maka manfaatnya juga didapat. Syahadat Cinta ini ada dalam satu kompilasi trilogy. Justeru, membaca ketiga tiga trilogy serentak seumpama memenuhkan ruang otak dengan ilmu agama secara santai. 

Taufiqurrahman Al-Azizy nampak pandai membawa cerita dengan momentumnya tersendiri. Novel ini tidak hanya sekadar cinta biasa. Penulis bijak memaparkan suspensnya, juga dengan pelbagai persoalan agama melalui watak utamanya, seorang lelaki kaya yang mahu belajar agama. Nah, inilah yang menyebabkan tiga buku tercipta. Sebuah watak ‘freshie’ yang memberikan satu sisi baru novel agama. 

Membaca Syahadat Cinta, dari buku pertama hingga buku terakhir memberikan korang cerita cinta yang biasa. Persoalan tentang poligami semestinya dibincangkan. Namun, penulis bijak memaparkan masalah agama dalam setiap sudut masalah yang dibina. Malah, cerita di kubur, tak silap aku dalam buku kedua, adalah satu momen yang fiksi tetapi hidup. Sangat hidup! Rekomendasi bagi yang mahu mencuba. 

4/5

Tuesday, August 5, 2014

Review: CEO

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Razaisyam Rashid
Pelakon | Beto Khusairi, Remy Ishak, Christine Suzanne

Kau tahu, filem ni lebih cun dari Karipap Karipap Cinta, lepas dapat tahu yang penulis novel catchy tu yang menulis skrip cerita ni. CEO nampak macam kelibat filem biasa yang tak ada taring, tapi sekali layan baru aku dapat rasa yang filem ni dibikin oleh orang yang benar benar tahu tentang filem. Ada kuasa yang menunjukkan filem ni seharusnya menjadi ‘cikgu’ kepada filem lawak popular Adnan Sempit. Ya, inilah cikgu kamu, ‘Adnan Sempit’. 

Itu cina punya filem, yang ada itu Shaheizy Sam punya pelakon, sama itu Yana Samsudin, seharusnya menjadi sebegini. Inilah yang dikatakan sebuah komedi yang benar benar tahu komedinya. Tidak slapstick, tidak mengada ngada, cukup rasa, dan permainannya nampak ringan tetapi boleh terapung dengan situasi yang santai. CEO sah sebuah filem komedi yang punya kelainan, dalam ayat biasa. Ayat aneh sikit, macam coklat Cadbury. 

Bijak, kelakar, dan inovatif. CEO membuktikan yang filem korporat mampu menerima layanan komedi cara mereka. Apa yang Adnan Sempit 3 buat, tak silap aku, hanyalah macam hingus meleleh. Dan CEO, dah lap menjadi wajah yang centik. Filem komedi korporat yang tahu apa yang seharusnya diberi, tahu seharusnya penonton mahukan. Tahniah, Razaisyam Rashid. 

Kau tahu, Remy Ishak tidak berada pada tahap meluat seperti dalam Cun. Gayanya, cukup cukup rasa, lawaknya pula ada feel, dan tahniah pada skripnya yang bagus, beserta juga dialog yang sangat kena. Beto pula, amatlah cantik karakternya, dengan lakonannya yang selamba bersama gandingan gigirlnya Christina Suzanne, memberikan satu rasa kebudak budakan yang kena gaya. Bulls eye! 

Bagi yang rasa tak percaya, filem CEO hanyalah filem yang simple. Cerita si kaya jadi si miskin tetiba. Si miskin pula jadi si kaya tiba tiba. Dua kehidupan yang pada masa yang sama mengungkap sebuah perjalanan hidup. Dan cerita ini mengingatkan aku kepada filem Hollywood yang ringan dan tidak memerlukan kita untuk pecah kepala tetapi mampu untuk pecah urat perut untuk ketawa dengan gayanya. 

Aku tak nafikan, setiap babak dalam filem ni tidak ada pun yang macam bawang goreng yang sengaja ditabur atas nasi goreng untuk sengaja kasi hiasan. Setiap babaknya, ada lawaknya tersendiri. Berantai pula tu. Dan ianya pertama kali aku gelak, hanya dengan menonton lawak yang berulang ulang tapi dalam situasi yang berbeza. 

Oh, jatuh cinta dengan filem ni. Alangkah baiknya kalau filem macam nilah yang menghiasi industry. Ini lawak yang tidak kosong, tidak syok sendiri, dan tenang dalam penyampaiannya. Oh, CEO, ruginya tidak menonton di pawagam! 

Adnan Sempit dengan sedikit sentuhan yang mengingatkan aku kepada Hollywood dan French! Itulah CEO. Dan aku tak rasa bersalah jika aku kata, siapa sajalah yang memegang genre komedi, dan sedang membikin filem komedi yang syok sendiri untuk ditayang dipawagam, untuk belajar dengan mamat yang bikin filem ni. Karya ringan, komedi yang cantik. Ternyata, komedi yang seringan ini, bukanlah diambil ringan ketika skrip dibikin. Tahniah untuk CEO! 

4.5/5

Thursday, July 31, 2014

Review: Guardians of the Galaxy

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | James Gunn
Pelakon | Chris Patt, Zoe Saldana, Bradley Cooper, Dave Batista, Vin Diesel

Guardian of the Galaxy ni nampak seperti The Avengers. Cuma, apa yang jauh bezanya, setiap karakter dalam filem ni tidak datang dari filemnya tersendiri. Guardian of the Galaxy lengkap dengan history setiap karakter, cerita setiap karakter, sehinggalah penghubung kepada dunia Marvel yang sebelum ni dikisahkan dalam filem filem Marvel yang sudah keluar. Menambahkan citarasa, filem ni bercampur aduk dengan gaya Star Wars/ Star Trek dan sentuhan 80s yang menjadikan si finya rasa janggal. 

Sungguh, menyaksikan sebuah filem si fi bersuperhero sebegini memang mengingatkan kita kepada Star Trek mahupun Star Wars. Apa lagi tatkala Gomora itu sendiri sudah hijau bak The Hulk yang mengingatkan aku kepada watak Star Trek. Variasi karakter pelik alien pula tak ubah macam sebuah dunia asing yang sungguh tak terjangkau akal. Wah, besar sungguh dunia Marvel sekarang. Sudah menjangkau Bima Sakti! 

James Gunn yang sebelum ni menulis lakonlayar Scooby Doo (2002) dan mengarah beberapa filem dan tv series yang aku rasa kurang dikenali termasuk muvi separa lucah Movie 43 nampak cuba untuk meniru gaya Iron Man 3; cuba menjadikan sebuah filem superhero nampak unik dan pelik. Maka, terjadilah sebuah filem superhero si fi yang dipenuhi dengan lagu lagu 80an dan juga punch line lawak yang sangat berderet sehingga kadangkala menjengkelkan. 

Memang benar, aku akui kekuatan dan keunikan filem ni ada pada keberanian James Gunn menjadikan filem ni sebagai tribute kepada lagu lagu 80an termasuklah sedikit perbincangan tentang Footloose dan Kevin Bacon. Korang akan rasa agak pelik dan luar biasa bila lagu klasik berputar saat situasi dan environment filem ni tidak membenarkan lagu lagu sedemikian berkumandang. Dan sumpah, rasa kepelikan itu antara kekuatan! 

Malangnya, James Gunn dan Nicole Perman nampaknya terlalu banyak bermain dengan komedi sehinggakan keseriusan cerita ini hilang. Memang ya, kita perlukan punch line yang baik untuk sekali sekala tertawa, tapi kalau the whole film dipenuhi dengan babak babak yang cuba berkomedi, aku rasa Guardian of the Galaxy tidak lebih dari sekadar filem lawak yang bersituasi di angkasa. 

James Gunn gagal menekankan penceritaan sebenar yang harus ditekankan, contohnya cerita Peter Quill sendiri, Gamora, hubungan Groot dan Rocket, dan kisah silam Drax. Kita disajikan dengan terlalu banyak plot yang kecil kecil mungkin atas alasan mereka tidak sempat bercerita dalam filem mereka masing masing, dan apa yang korang lihat hanyalah karakter yang berlawak dari masa ke masa, tanpa ada keseriusan yang nyata. 

Terpulanglah peminat komik nak cakap apa, tapi bagi aku Guardian of the Galaxy lemah pada kekuatan ceritanya, cliché, tipikal Marvel dan melebih lebih dalam lawak seolah olah mahu jadikan karakter marvel ini sebagai clown di universe Marvel! Kurang suka. 

Guardian of the Galaxy juga menunjukkan yang Marvel sudah lemah dalam casting. Aku lihat, Guardian of the Galaxy tak ubah seperti sebuah reunion pelakon yang mana menyesakkan dan menyemakkan. Glen Close, Benicio Del Toro, antara pelakon pelakon yang aku rasa kurang sesuai dengan watak mereka, namun diberi peluang untuk beraksi. Namun, pada pandangan peribadi aku, mereka tidak layak untuk berada dalam dunia Marvel. 

James Gunn hanya menampilkan sebuah cerita yang simple dan tidak ada apa apa yang baru. Macam aku cakaplah, too much jokes sampai lupa matlamat cerita. Malah, jokes yang kadang kadang tak sampai nampak meloyakan dan membuatkan aku meluat. 

Aku harap hubungan Rocket dan Groot ditekankan dengan lebih dalam. Malah, Drax, lakonan Bautista yang agak mengejutkan mungkin harus ditekan dengan lebih dalam. Malangnya, sebab ada pelbagai plot yang nak diceritakan dalam satu filem, semua kisah kecil tu hanyalah ada sikit sikit sahaja tanpa dikuatkan dengan sempurna. 

Filem ni tak harus jadi sebuah filem badut angkasa Marvel! Ianya harus jadi sebuah filem yang membesarkan dunia Marvel dengan baik. Tapi, itulah, fikir fikir, inilah filem badut dari Marvel yang lawaknya overdose, tapi ceritanya biasa biasa. Juga disalut mesej untuk budak budak yang biasa. Kerjasama, persefahaman, bla bla bla. Pada aku, Guardian of the Galaxy entertaining dan tidaklah buruk. Cuma, aku tak rasa ada sesuatu yang baru dalam filem ni selain dari tipikal Marvel, dan keterujaan untuk menunggu babak pre dan post kredit. 

3/5

Wednesday, July 23, 2014

Review: The Family

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Luc Besson
Pelakon | Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Tommy Lee Jones

Filem ni lebih dari sekadar keluarga mafia. Ianya menghiburkan. Punya sisi sebuah filem keluarga yang sempurna. The Family yang juga dikenali sebagai Malavita ini seperti sebuah filem yang meriah dengan warna rasa. Ada sedih, cinta, sayang namun ada komedi, aksi dan gangster. Aku tak dapat nafikan yang aku jatuh cinta dengan filem ni walaupun aku rasakan peluang menonton filem ni datang agak lambat dari perancangan. 

The Family bukan filem family biasa. Ianya bercerita tentang gangster. Namun, Luc Besson melalui adaptasi asal novel Tonino Benacquista ini menceritakan sisi keinsafan gangster, dan halangan halangannya. Bak kata pepatah, sekali jadi gangster, maka selamanyalah kita akan jadi gangster. Maka, apa yang bakal korang saksikan ialah kisah keluarga Manzoni yang berhadapan dengan situasi sukar apabila kisah lampau masih mengejar. 

Keluarga Manzoni terpecah kepada empat. Keempat empat ahli keluarga ini, si ayah, si ibu, si gadis dan si anak lelaki mempunyai cerita mereka sendiri. Kita akan dibawa menyusuri empat kisah yang punya lifenya yang tersendiri. Namun, pada masa yang sama, kes besar yang lead kepada main event dalam filem ni tidak dilupakan. 

Luc Besson selaku pengarah tidak melayan filem ni seperti sebuah filem biasa. Kisah ini disulam dengan kekeluargaan, yang pada aku agaklah pelik kalau disebatikan dengan genre gangster. Namun, itu yang terjadi. Ianya menyuntik emosi, tentang cerita untuk menjadi baik namun tidak semua niat untuk berubah itu mampu membuatkan kita berubah. 

Pendek kata, aku gemarkan The Family secara peribadinya. Ianya tidak membawa gaya gangster yang dark dan ganas, tetapi sebaliknya ianya sebuah cerita sisi lain yang sempurna. 

Robert De Niro ialah factor sempurna yang membuatkan filem ni nampak hebat! Tambah pula ada Tommy Lee Jones! Even dua orang pelakon ni dah tersangat veteran, mereka berdua masih hebat dalam persembahan mereka. Robert De Niro nampaknya deliver lakonan dengan tersangat memuaskan. Senang cerita, tersangatlah sesuai dengan usianya, dan gayanya juga. 

Luc Besson juga bijak memparodikan filem gangster dalam filem ni. Skrip yang bagus kelihatan sangat jelas mengingatkan kita kepada filem Robert De Niro sebagai mafia seperti Goodfellas, The Godfather dan Kasino. Sebuah filem tentang kembalinya pelakon ini ke dalam filem mafia bila usianya dah semakin menjengah senja. 

Pendek kata, filem ni sangat menghiburkan. Komedinya sebati dengan mafia dan aksinya. Seperti menyaksikan parody filem mafia yang berjaya! Dengan lakonan, skrip dan gaya persembahan yang memuaskan, The Family memang akan menyebabkan korang menyukai filem ni. Bukan apa, kita jarang melihat filem mafia dari sudut komedi yang sempurna. Ini kalilah, kesempurnaan itu ada! 

4/5

Review: Under The Skin

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jonathan Glazer
Pelakon | Scarlett Johansson, Jeremy McWilliams, Lynsey Taylor Mackay

Dah lama agaknya tak layan filem pelik yang sangat membosankan tapi artistic. Orang cakap, filem yang penonton biasa rasa bosan, itulah filem yang sebenar benarnya filem. Macam filem Under The Skin ini, yang padanya tidak ada satu plot yang betul betul menghiburkan walaupun mengenengahkan Scarlett Johanson sebagai pelakon utama. Oh ya, melihat dia bogel sebenarnye menyerlahkan dirinya yang semula jadi. Pendapat peribadi, dia tidaklah secantik mana tanpa seurat benang. 

Adaptasi dari novel tahun 2000 tulisan Michel Faber ini nampak seperti sebuah filem yang sangat dipenuhi dengan imej yang bersimbol dan juga persembahan yang agak disturbing dan pelik. Bagi yang hanya menonton kerana Scarlett, maka filem ini pasti membuatkan anda rasa bodoh bila korang melihat sebuah filem yang korang akan tertanya tanya, ‘what the f is all this, man?’. 

Walaupun filem ni menerima respon positif dari pengkritik kerana gayanya yang penuh dengan kepelikan, filem ni pada aku tidak mampu untuk membuatkan mata aku terbuka untuk menonton sampai habis. Gayanya mungkin nampak indie dan keindiean itulah yang menjadikan ekspektasi filem ni jauh meleset apabila saat menontonnya. 

Namun, aku tak nafikan beberapa visual yang agak berani ditonjolkan dengan gaya pengarah ini yang sangat unik. Jonathan Glazer menggunakan simbol dan caranya tersendiri untuk menggambarkan nafsu seks alien bersarung kulit manusia lakonan Scarlett Johansson yang mana sekaligus memberikan satu faktor yang sempurna untuk persembahan tersebut. Selainnya, mungkin agak biasa dan kurang menjadi perhatian aku. 

Filem ni mengingatkan aku kepada Species, sebuah filem alien tahun 1995 yang mempunyai konsep yang sama. Namun, persembahan Species lebih kepada sebuah hiburan dan soft-porn yang penuh dengan visual yang jujur. Under The Skin tidak menunjukkan ‘kejujuran’ itu apabila setiap babak ‘itu’ dipersembahkan dalam satu visual yang punya simbol tersendiri. 

Ceritanya mungkin pada yang kurang faham, rasa macam tonton cerita entah apa apa. Ya, memang aku pun rasa macam tu! Hahaha. 

Muzik latarnya diminimakan. Sekaligus mengajak penonton menghayati visual yang dipaparkan. Namun, muzik latar yang diminima menyebabkan suasana jadi sunyi. Dan kesunyian itu sangat membosankan. Aku kurang suka, secara peribadi. 

Impression aku tentang Scarlett Johansson, bodynya tak cantik. Impression aku tentang filemnya, pelik dan mebuatkan aku tertanya tanya. Impression aku tentang anda, yang bakal menonton, korang mungkin sebab nak tengok Scarlett Johansson bogel. Aku tak rasa korang akan ambil ceritanya sebagai sebab utama korang menonton filem ni. Kan? (sambil kenyit mata nakal). 

2.5/5

Review: Beauty and the Beast (La bella y la bestia)

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Christophe Gans
Pelakon | Vincent Cassel, Lea Seydoux, Andre Dussollier

Beauty and the Beast ialah sebuah kisah fairy tale yang sangat terkenal. Rasanya, bagi yang menggemari kartun Disney, karakter love story ni sudah dapat ditangkap di kepala otak korang. Kali ini, cerita ni menerima sentuhan berat, seperti mana Hansel & Gretel, Snow White mahupun apa saja karakter fiksyen yang dimanusiakan. Daripada Christophe Gans, pengarah yang aku kenali melalui filem Brotherhood of the Wolf (2001), si cantik si hodoh menerima sentuhan baru! 

Apa yang aku kagumi ialah, pengarah ni membawakan kisah cantik hodoh ini ke satu tahap baru. Ya, kita akan nampak visual efek yang berat yang sekaligus menjadikan filem ni mirip Tim Burton namun dengan gayanya tersendiri. Dan aku tak nafikan permainan VFX filem ni mungkin antara focus point yang menjadikan filem ni ada aura tersendiri. 

Malangnya, dari penceritaan pula, aku tidak merasakan yang ceritanya sampai ke satu tahap yang betul betul mendewasakan. Beauty and the Beast tidak mampu untuk memberikan sebuah kisah cinta yang betul betul menarik penonton untuk merasa dan menjiwa. Kisah cinta cantik hodoh ini tidak mampu memberikan apa apa rasawalaupun penulisannya cuba untuk memancing penonton untuk merasakan cinta yang diberi. 

Tidak ada ruang yang mencukupi untuk Beauty dan Beast membuka sebuah cinta yang betul betul tragis walaupun endingnya happy. Malah, penceritaannya seperti terperosok dan tidak membawa penonton betul betul melihat kisah Beast dengan lebih dalam dan mencengkam. Kelihatan seperti sebuah cerita yang tidak diteliti dalam garapannya, disitulah kelamahan filem ni. 

Ceritanya yang digarap oleh Sandra Vo-Anh dan Christophe Gans sendiri tidak mampu dicambah dengan baik sekaligus memberikan cerita ini sekadar filem biasa yang hanya bercerita tanpa aura baru kepada kisah ini. Dalam erti kata lain, tiada apa yang spesel dalam ceritanya yang menyebabkan aku sedikit kecewa kerana mengharapkan ianya lebih besar dan berat dari apa yang sepatutnya ada. 

Aku tak nafikan solekan dan visual efek untuk CGI watak the Beast sangat meyakinkan. Namun begitu, aku berharap emosi Vincent Cassel lebih terserlah dalam karakternya sebagai manusia biasa. 

Mungkin, bagi yang mengharap ceritanya mirip kisah asal, filem ni mampu memberikan anda kepuasan. Namun, dalam menghayati keseluruhan cerita, ada sesuatu yang kurang dalam sebuah kisah cinta abadi sebegini. Cinta, emosi dan juga halangan yang tahapnya tinggi patut muncul. Namun, apa yang ada hanyalah sebuah cinta yang biasa yang disulam dengan CGI yang sangat cun dan gempak. 

Kesimpulannya, Le Belle Et La Bete a.k.a Beauty and the Beast hanyalah filem tentang cinta si cantik hodoh yang bercerita dalam emosi yang tidak mampu terserlah. Boleh layan tanpa ekspektasi yang tinggi. 

3/5

Wednesday, July 16, 2014

Review: Sabotage

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | David Ayer
Pelakon | Arnold Schwarzenneger, Sam Worthington, Olivia Williams, Terence Howard

Inilah wajah Arnold Schwarzennegger yang betul padan dengan usianya. Sudah sampai masa untuk penonton melihat dia berlakon dalam filem filem yang lebih pada dramanya, emosinya dan juga jiwa. Pada usianya yang sudah tua itu, menjadi pelakon aksi tidak lagi mampu memberi apa apa. Dan Sabotage ibarat soket dan plug, memberikan lakonan hebat pelakon lagenda ini sebagai satu santapan yang memuaskan. 

Sabotage memberikan Arnie satu sisi untuk dia bermain dengan apa yang kita jarang nampak pelakon ini bawa, emosi. Sabotage tidak menjanjikan pelakon ini satu filem aksi yang besar dan gah. Ianya sebuah filem yang sangat tenang dan memberi peluang untuk pelakon ni masuk ke dalam lakonan yang betul betul sangat sesuai dengan usianya walaupun peminat mahukan dia segah lakonan dalam Predator ataupun apa sajalah filem lakonannya dulu. 

Maka, aku boleh katakan yang Sabotage menampilkan lakonan Arnold Schwarzennegger yang paling sempurna selepas dia mengakhiri kerjayanya sebagai ahli politik! 

Namun, disebalik lakonan Arnie yang terserlah, filem arahan David Ayer yang sebelum ni terkenal dengan End of Watch dan Street Kings mungkin agak kurang menggembirakan hati bila bercakap pada keseluruhan ceritanya. Filem ni kelihatan seperti ingin menjadi filem slasher, namun pada masa yang sama mahu jadi filem polis jahat dan pada masa yang sama juga mahu jadi filem misteri. Dan dalam campur tolak darab bahagi, filem ni gagal menjadi superhebat! 

Ketika cerita mula bergerak, ceritanya jadi macam siput sedut. Agak lambat dalam memberikan keterujaan, dan kadangkala meninggalkan sebuah kesempurnaan filem misteri tanpa apa apa hiasan, iaitu misteri itu sendiri. Sabotage tidak mampu memberikan suasana misteri yang sempurna walaupun misteri itulah yang sebenarnya harus menjadi keutamaan. 

Walaupun plotnya agak lambat, aku tidak nafikan kengerian filem ni adalah pada tahap tertinggi. Filem ni mengandungi violence yang mencukupi, darah yang berkati kati yang memerahkan filem ni. Dan melihat Arnie dalam filem sebegini memang sesuatu yang baru. Segala kengerian filem ni memberikan ruang untuk Sabotage kelihatan seperti sebuah filem dark yang cantik namun gagal melengkapkan kecantikannya dalam treatment cerita. 

Aku tak nafikan yang lakonan Arnold Schwarzennegger yang sangat kena pada tempatnya amat membantu filem ni untuk jadi lebih baik dari teruk. Sekurang kurangnya, kengerian yang maha dasyat, dan Arnie yang sangat baik lakonannya menaikkan Sabotage kepada tahap filem yang biasa biasa. Misterinya mungkin sesuatu yang ditunggu tunggu. Namun, dalam garapan yang agak lemah, Sabotage hanya menjadi tidak lebih dari sekadar filem misteri yang terlalu biasa. 

3/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...