Akan Datang!

Tuesday, April 9, 2013

Novel: Hilang (Dayang Noor)

Hilang
Penulis: Dayang Noor
Penerbit: Fixi

Bila aku tengok writer ni pompuan namanya, aku tak menyangka dia ada jiwa lelaki dalam setiap penyampaian tulisannya. Mungkin dalam erti kata lain, dia memahami kehendak lelaki dalam membaca sesebuah novel. Hilang punya 80% misteri, 19.9% gangster, dan 0.01% seks yang mana menjadikannya adunan yang cukup lengkap untuk sebuah novel penyiasatan. Let just say Hilang ni mengikut format penyiasatan Hollywood tapi setting dia kat Malaysia. 

Penulis nampaknya tidak melengah lengahkan masa untuk membuka cerita. Terus helaian pertama, ternampak Shariman yang sibuk membuat sesuatu yang mana disembunyikan motifnya beberapa ketika sehinggalah helaian helaian seterusnya diselak. Hilang terus! Memang tiba tiba saja kita berada di tengah konflik sedangkan apa puncanya tidak diberitahu pun. 

Namun, nampaknya penulis ni ada gayanya tersendiri. Masalah yang terus bermula itu dibawa terus ke hadapan sambil berselang seli dengan satu lagi plot yang jauh gila dari cerita yang pertama. Dalam seratus muka surat pertama macam tu, korang akan rasa tertanya tanya apa kaitan plot Khairani dengan plot kehilangan Ikhsan. Tiada satu pun point yang menunjukkan dua plot ini ada kaitan. 

Apa yang menariknya, dua plot ini memang bercantum. Plot Khairani itu yang disettingkan sebelum kejadian kehilangan Ikhsan disusun berselang seli sehinggalah dalam page seratus lebih macam tu, watak Ikhsan mula muncul dalam plot Khairani, dan Khairani pula muncul dalam plot kehilangan Ikhsan. Gila babas punya tricky! 

Positifnya, the idea sebenarnya berjaya hold kemisterian tu sampai nafas terakhir. Unpredictable plot yang menarik. Namun, aku rasa konflik antara Ikhsan dan Shaziman tu hilang macam tu. Itu yang tak menarik tu. Kenapa tiba tiba Shaziman ni cari Ikhsan. Yang lagi pelik, kenapa tiba tiba je Shaziman tu drug Jo suka suka hati tanpa buat pape? Papepun, sikit je tuh. Tak ada papepun. 

Cadangan aku, bagi yang belum membaca, perhatikan watak Khairani yang memang dibina dengan dark side yang memang cukup buat aku geram. Budak tu bunuh orang kot. Dia bunuh bapak dia kot! Dia terbunuh Mona, ok that’s fine! Dan dia pun bunuh Zed!!! And still, she still survived from the police?! Memang watak ni best! Luarbiasa gitu. 

Overall, aku suka cara penceritaannya. Ianya berjaya simpan misteri tu sampai habis helaian. Dengan gaya bahasa yang memang santai dan juga rileks, kisah Shaziman dan Jo serta Khairani ini memang padat dengan misteri yang memang hebat. Kalau baca setengah buku pasti takkan faham. Sebab kefahamannya akan sampai bila chapter chapter terakhir dibaca. 

4/5

Friday, April 5, 2013

Review: The Croods

The Croods memang super duper lawaknya. Filem yang memang menampilkan setting ala ala kartun Flinstone ini nampaknya ada kekuatannya yang trsendiri. Karya Dreamworks memang tak dapat dinafikan lagi memang punya kekuatan yang tersendiri. Walaupun pada akulah, The Croods tidak mengikut formula biasa sesebuah filem komedi macam ada watak jahat dan baik yang jelas dan ending yang besar, The Croods tetap ada keistimewaannya tersendiri. 

Pengarah Kirk De Micco dan Chris Sanders yang terkenal dengan filem sebelum ini, How To Train Your Dragon membawa satu kisah prehistoric yang memang agak sukar dibayangkan dengan kepala hotak. Justeru, memang kalau tonton The Croods, toksah pikirlah logik akal korang untuk diserap dengan babak babak yang luar biasa dan melawan reality dalam filem ni. 

Anggap saja The Croods filem komedi yang gila gila. Yes, memang gila sebab The Croods mengisahkan bagaimana satu family yang kuat dan juga gembira terpaksa mengembara apabila rumah mereka yakni gua tempat reka huni musnah akibat perubahan dunia pada zaman tersebut. Well, honestly, aku agak tak boleh nak hadam idea perubahan dunia macam tu sebab it is beyond my imagination. 

Nah, the adventures akhirnya yang secara perlahan lahan membuka mata The Croods yang agak terkebil kebil dan ada perasaan ‘wow, tu apa?!’ akhirnya membawa kepada komedi komedi yang disajikan. The Croods tidak membina komedinya dengan watak watak jahat dan baik. Dalam filem ini, kesemuanya watak adalah watak yang baik. Apa yang menjadi penghalang mereka ialah dunia mereka sendiri. 

Jalan ceritanya kadangkala boring jugak. Tapi, bila disongokkan dengan adegan yang agak ceria pada awalnya, permulaan filem ni berjaya membawa penonton bergembira dengan geng The Croods ini yang luar biasa skillnya. Yelah, jatuh sana sini tak sakit. Tak mati. Tipikallah bagi kartun. Then, bila dah ke tengah,filem ni dibawa ke alam yang agak aneh untuk menggambarkan sebuah zaman prehistoric. Tetapi, untuk sebuah zaman prehistorik fantasi, acceptable.

Kesemua pergerakan plot berdasarkan kepada imaginasi sebenarnya. Hampir kesemuanya adalah imaginasi kreatif yang kalau kita tengok dalam reality, confom tak boleh buat. Namun, aku tabiklah sebab entah kenapa aku rasa macam fun dan agak excited melihat journey diorang walaupun diorang sedang membohongi aku dengan adegan adegan yang tak logik langsung. 

But yea, itulah animasi. The Croods tidak bercakap dengan lawak yang kosong. Apa yang filem ni nak sampaikan ialah tentang perubahan. Ya, dunia berubah. Dan manusia juga perlu berubah. Keseluruhannya, apa yang adventure ni nak sampaikan hanyalah tentang perubahan. 

Walaupun aku rasakan suara Nicholas Cage tidaklah sebagus mana dalam membawa watak Grug, filem ini taklah cacat. Cuma aku rasa macam kekok je Nicholas Cage dalam menuturkan dialog dialognya. Pelakon yang lain menarik dan menjadi. Papepun, The Croods memang pengembaraan komedi slapstik yang memang lucu dan kelakar. Walaupun bukanlah antara filem paling kelakar, namun The Croods taklah teruk. Still acceptable. 

3/5

Thursday, April 4, 2013

Novel: Ngeri (Gina Yap Lai Yoong)


Ngeri
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Penerbit: Fixi
beli novel di sini

Karya Gina Yap Lai Yoong ini menepati ciri ciri thriller slasher yang aku mahu. Bagaimana penulis ini membina settingnya yang realistik dan juga sesuai dengan jalan cerita menjadikan Ngeri antara karya slasher yang agak hebat. Pada aku, persembahan Ngeri itu sendiri sudah luar biasa. Ianya mengingatkan aku kepada format Salmon Fishing in The Yemen tulisan Paul Torday. Dalam novel tu, penceritaan adalah menggunakan dokumen. 

Dalam Ngeri, penggunaan emel untuk menunjukkan kesinambungan antara satu insiden ke insiden yang lain menghilangkan rasa bosan dan membentuk satu jalan cerita yang agak pantas dan cemas. Dengan penulisan sebegini, ianya berjaya membentuk sisi baru genre thriller. Amat suka!i 

Watak Samuel diletakkan sebagai ‘deception’ yang digunakan untuk memutar belitkan cerita. Yang bestnya, penulis meletakkan satu cerita yang nampak lurus, terutama apabila sampai kepada babak pengakuan Samuel, yang mana berjaya membina satu penipuan pada jalan ceritanya. Pembaca ditipu dan kemudiannya berjaya digemparkan dengan satu twist baru pada hujung helaian terakhir novel ini. 

Kegilaan ini memang buatkan ngeri gila babas punya best! Ending yang berjaya memberikan kejutan yang sempurna. Dengan penulisan yang agak simple dan senang difahami, Ngeri memang mewujudkan John Kramer versi Malaysia. Red herring yang diberikan memang sempurna. Cerita ni tentang pelajar filem nak ke Hollywood. Sebenarnya, Hollywood tu dah dibawa ke sini. 

4/5

Wednesday, April 3, 2013

Novel: Sitora Harimau Jadian (P.Ramlee)


Sitora Harimau Jadian
Penulis: P Ramlee
Penerbit: Fixi Retro
beli novel di sini

Si Tora Harimau Jadian memang buatkan aku bangga dengan P. Ramlee. Tulisan asal dari filem yang sudah hilang entah ke mana ini memang membuktikan yang P Ramlee sebenarnya hebat dalam menghasilkan karya karut + sains yang agak mendalam isinya dengan persembahan yang ringan dan santai. Pengalaman membaca tulisan ini menyimpul bahawa P. Ramlee amatlah hebat kerana idea ini memang tidak pernah dilihat dalam filem zaman itu. 

Dr. Affendi memang aku amat akui punya sifat yang jauh dari akal fikiran. Dilihat sebagai satu hero yang cuba untuk menamatkan kepercayaan tahyul, bagaimana perkembangan watak ini memang cun. Ini yang membuatkan aku melekat membaca buku ni sampai tak boleh nak berhenti. Bukan apa, Dr. Affendi ini ibarat hero yang teraniaya kerana balasan dendam dan usahanya yang sentiasa dihalang. Tok Dukun pula mungkin mewakili satu sisi benar masyarakat kita. Kepercayaan kepada tahyul dan sebagainya. 

Tok Dukun juga macam aku tengok, digambarkan cuba sedaya upaya merampas kepercayaan yang sudah berpusing apabila Dr. Affendi datang. Perancangannya yang agak kemas dan menyukarkan dan mengaburkan pihak polis menunjukkan bahawa Tok Dukun bukan seorang yang boleh dianggap main main. 

Overall, plotnya pantas. Aku tak perlu baca word by word untuk faham. Tetapi untuk bergerak dari babak ke babak, baca dialog dan beberapa kerat huraian tindakan dalam beberapa perenggan pun dah cukup. Garapan yang pantas dan insiden yang baru dari masa ke masa menyebabkan aku rasa naskah yang hilang ini sesuatu kerugian bagi kita semua. 

P. Ramlee tidak memberatkan cinta Dr. Affendi dan Naemah. Itu yang baiknya. Cinta mereka hanya dijadikan sisi untuk menyuntik sedikit emosi di hujung hujung cerita. Apa yang aku nampak, wtak Mutalib memang sangat berat dan sinis memerli kepercayaan bomoh. Kuat sangat! Dengan bahasa yang berani, P Ramlee tidak ragu ragu menggunakan watak ini untuk membina sisi orang yang tidak percaya mistik. 

Namun, watak Dr. Afendi pula dibina dengan satu perubahan. Memang Dr. Afendi memang tipikal Hollywood. Doktor yang mulanya tak percaya kemunculan harimau jadian beralih dan menjadi harimau jadian sendiri apabila dia sendiri disumpah. Dan, Dr. Afendi ini adalah peluang P Ramlee untuk bercerita yang mistik itu wujud dan tidak semua mistik itu karut dan bohong. 

Bukan apa, idea yang diambil dari The Wolfman yang diadaptasi dan dijadikan satu kritikan budaya ini memang amat padat dengan seram dan luar biasanya. Jika manuskrip ini difilemkan kembali walaupun taklah sesempurna asal, ianya mungkin mengembalikan semula separuh naskah yang hilang ini untuk tatapan mata penonton yang sempat menonton filem ini yang dikhabarkan pernah ditayangkan sekali di RTM sebelum filemnya hilang begitu saja. 

4.5/5

Tuesday, April 2, 2013

Review: Cerita Kita

Potongannya cantik. Tak ada menunjukkan tipikaliti filem filem MIG langsung. Pengarahan Pierre Andre amat berlainan sungguh dalam filem ini. Cerita Kita menjadikan satu lagi aras baru bagi filem filem MIG. Bukan aku nak cakap, 2013 nampaknya menunjukkan kompani ini mula berevolusi dengan filem filem out of box di samping filem filem biasanya. Dan aku respek Cerita Kita sebab ianya punya visual yang amat lain dari filem filem MIG lain. 

Yana Samsuddin kembali kali ini dengan watak yang berbeza. Ika nampak amat comel dan juga sangatlah memberi perasaan ‘sweetnyeeee’ kepada penonton terutamanya sekali kepada penonton penonton muda. Pada aku, lakonannya menjadi. Mungkin disebabkan oleh kecomelannya, dan juga skrip yang agak meyakinkan, watak Ika tidaklah menjadi terlampau gedik dan juga meluat. Cukup cukup rasa. 

Pekin pulak antara persembahannya yang agak memberansangkan selepas Bunohan. Melihatnya dalam watak yang agak komersial dan simple macam ni menampakkan lagi sisi sisi pelakon ini. Lakonannya memang selamba dan realistik. Punya nadi yang cukup untuk membuat penonton merasakan reality yang cuba dipaparkan. Lakonannya memang ada keunikannya tersendiri. 

Fezrul mungkin agak kurang menyengat bagi aku. Mungkin aku sendiri kot yang agak kurang biasa melihat lakonannya dalam karakter sebegitu. Namun, lakonannya memang agak boleh tahanlah sebab dialognya agak membantu dalam perkembangan wataknya. 

Pada ceritanya, aku yakin bagi yang dah menonton akan mengatakan ceritanya memang simple. Cerita dua lelaki merebut seorang perempuan. Cliché! Tetapi garapan romantic gaya Pierre Andre memang memberikan nafas baru dalam story yang agak simple dan boleh diagak ini. Garapannya membolehkan penonton terutamanya muda mudilah dalam feeling lentok punya bila tonton filem ni. 

Aku suka visualnya. Kamera yang shaky shaky tu memang cool lah dan memang beri roh yang baru kepada filem romantik sebegini. Walaupun aku rasakan ada beberapa part yang tak wajar di’shaky shaky’kan visualnya sebab mengganggu fokus, keseluruhan visualnya hampir lari sangat jauh dari filem filem MIG lain. Pendek kata, ini karya Pierre Andre yang lain dari yang lain. 

Membandingkan filem filem Pierre Andre dari 9 September hinggalah terkini, pengarahan filem Cerita Kita adalah yang paling sempurna dalam filem filem Pierre Andre. Pendekatannya yang nampak lebih reality dan juga memberikan nilai estetikanya tersendiri memberikan filem ini sebuah pakej baru dalam senarai filem filem MIG. Seni yang selalu ditinggalkan dalam filem filem MIG diisi sebagai satu nafas baru kepada filem filem MIG. Dan, ya, ianya membanggakan. 

Dengan dialog yang memang cukup sweet dan kreatif serta buat orang yang bercinta tersenyum simpul, Cerita Kita adalah sebuah filem simple yang boleh dijangka endingnya. Tetapi, dalam cerita sebegini, rasanya ending tidak menjadi focus utama. Apa yang penting ialah bagaimana usaha karakter dan juga konflik diantara karakter yang dekat dengan hati yang pernah mengalaminya. 

Cerita Kita pada aku, secara peribadi amat menarik. Lakonan Pekin, Yana dan Fezrul memang sesuatu yang berbeza dan wajar dilihat. Ini bukan sebuah filem MIG biasa. Ianya lebih dari itu. Sebuah garapan Pierre Andre yang agak cantik dan terbaik. 

4/5

Novel: Antologi Jiwa Kacau


Antologi Jiwa Kacau
Penerbit: Alaf 21
beli novel di sini


Antologi Jiwa Kacau adalah himpunan kisah thriller terbitan Alaf 21. Ada lima cerita pendek yang dimuatkan dalam antologi ini dari lima penulis. Reviewnya adalah seperti di bawah:

1) Tragedi Di Lampu Isyarat (Elee Mardiana) 

Tipikal. Sebuah cerita yang pada aku permulaannya menarik. Ada keterujaan sebab setting awalnya di New York. Kemudian, dengan watak Rita, cerpen ini membawa kepada persoalan tukar agama, dan sedikit selitan persepsi orang bukan islam tentang islam. Kemudian, ke tengah cerpen, kita dibawa ke Malaysia dan kisah rasuk rasuk tipikal bermula. Twistnya tak umph! Mengingatkan aku kepada The Eyes, sebuah filem. Overall, sederhana.

3/5

2) Menari Dalam Duka (Attokz Dikulgai) 

Aku suka story ni. First, yang menariknya sebab writer banyak pakai istilah istilah yang lebih menggambarkan dunia pengedaran dadah. Itu cukup best sebab dari situ, aku nampak yang writer ni memang ada buat research dalam membina sebuah kisah tentang operasi pengedar dadah dalam filem ni. Agak menarik pada awalnya. Kisah Tria, Ghazeem dan Arzam yang bersahabat menjadi musuh dalam selimut. Komplot sana sini yang menarik. Cuma, endingnya, tipikal terbitan alaf 21.

3.5/5

3) Dendam Bunga Dahlia (Lyn Dayana) 

Serius ini baru tahap jiwa kacau. Kisahnya simple tapi memang agak saspen dan penuh keterujaan. Ada rasa macam membaca kisah yang datang dari Hollywood. Memang ceritanya agak baik dan juga best! 

4/5

4) Buru Bayangan Luka (Dhiya Zafira) 

Cerita ni awesome. Mungkin cerita paling gempak dalam antologi ni. Kisahnya yang memang dibina dengan kemas memang agak memberikan unsur thriller dengan baik. Watak Azalea memang agak best sebab pembaca dibawa antara percaya atau tidak cerita yang diceritakan kepada Adha. Cerita yang agak best sebab konfliknya agak besar dan juga beyond imagination. Tabik spring!

4.5/5

5) Cinta Berdarah (Salina Salleh) 

Yang ni memang antara cerpen paling pelik dalam buku ni. First of all, terlalu banyak kata kata kesat dalam cerpen ini. Keduanya, level of violence memang tahap gaban. Ketiganya, ceritanya paling gila dan juga biadap. Dan ya, ianya menepati kejiwa kacauan novel ini. Perasaan geram dengan ending mungkin memberikan kegilaan kepada pembaca. Namun, jujurnya, aku hanya nampak sumpah seranah dan kebiadaban sehinggakan tenggelamnya cerita yang mahu diceritakan.

2/5

Monday, April 1, 2013

Review: Dua Kalimah

Dengan Dua Kalimah, MIG telah meletakkan satu lagi anjakan pada genre filem filem agama terbitannya. Ternyata, filem ini menampilkan idea dan juga sisi sisi baru genre agama dari penerbit yang terkenal dengan filem filem simple kelakar dan horror ini. Dua Kalimah bukan lagi another Syurga Cinta, or tipikal 7 Petala Cinta, ianya sesuatu yang segar dan lebih berat daripada itu. Berharap untuk sebuah cinta dengan ayat ayat romantik, Dua Kalimah bukan filemnya. 

Pertama, aku nak cakap kesan solekan mayat mayat tu gempak! Menjadi! Hasrat Eyra Rahman selaku pengarah nampaknya besar. Dalam Aku Terima Nikahnya, walaupun ianya nampak satu aura wanita dipersembahkan dalam sebuah filem romantik, kali ini, Dua Kalimah menunjukkan bahawa dia bukan seorang yang hanya tahu bermain dengan permainan cerita yang simple simple. Dua Kalimah sebuah cerita yang berat. Ada intipati yang besar mahu disampaikan di dalamnya. 

Mungkin meminjam aura filem Bunohan, Dua Kalimah nampaknya berhati hati dalam setiap penataan visualnya. Visualnya agak tenang. Meyakinkan untuk sebuah filem agama yang padat mesejnya. Pada aku yang agak membenci ke’tipikal’an filem filem MIG yang apabila habis je logo Metrowealth muncul dengan bunyi yang agak membisingkan itu lepas tu muncul pulak skor muzik yang mula dan tak reti nak henti henti tu, Dua Kalimah buat aku kata, “yes, inilah yang aku mahu”. 

Secara peribadinya, Dua Kalimah, pada pembukaan filemnya memberitahu kepada penonton yang filem ni bukan biasa. Dan bersedia untuk menakrif apa yang cuba disampaikan secara tersirat dan tersurat. Di awal mula yang mana memaparkan suara azan subuh dan pandangan watak Aiman lakonan Shaheizy Sam yang memandang cermin sambil lap songkok itu menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya yang akan diberikan dalam filem ini. 


Dan ya, seterusnya, filem ni memang menampilkan babak babak yang ya, memang menepati elemen sebuah filem agama. Remember yang filem ini adalah filem agama. Jadi, bersedia untuk kena tempias jika korang adalah antara yang di kalangan yang telah melakukan sesuatu seperti apa yang watak Aiman lakukan. Walaupun iyalah, jujurnya filem Dua Kalimah tidaklah menepati 100% karya islami sebab masih ada babak sensual yang rasanya tidak sesuai dimasukkan, ianya bolehlah dimaafkan. 

Honestly, apa yang Eyra Rahman sampaikan adalah sesuatu yang sama macam filem 2 Alam yang korang tonton (tu pun kalau korang tonton..) dan juga Tanah Kubur. Cuma, bagaimana pengarah wanita ini membawakan kisah tentang kematian yang menggerikan disebabkan dosa dosa watak tersebut dijalinkan dalam cara yang agak berbeza yang mana sekaligus menjauhi perbandingan dua filem tadi. 

Eyra membawakan Aiman, lakonan Shaheizy Sam dan watak lakonan Nora Danish itu sebagai satu tali yang merantai subplot subplot lain yang digarap secara flashback. Tiga flashback seperti kisah pengamal ilmu hitam, kebiadapan anak dan kisah pelacur dipaparkan sebagai satu sindiran terhadap watak utama yang sedang dalam perjalanan menuju ke kampungnya. 

Dalam perjalanan dari flashback ke flashback, watak Aiman dicuit dengan takdir 'hoi, sedar sedarlah dan bertaubatlah sebelum kau jadi macam mayat mayat tu!' yang pada aku boleh dikatakan menyindir hidup Aiman yang menyembunyikan dosa dosa besarnya secara sedar. Ya, digambarkan Aiman sedar tentang takdir yang mencuitnya untuk mengubah dan berubah, namun dia tidak mahu peduli. Tiga watak utama lakonan Yana Shamsuddin, Nora Danish dan Shaheizy Sam punya pertalian storyline yang bagus! Sukakannya! 

Cuma negatifnya, mungkin aku rasakan yang beberapa adegan dalam filem ini tidak digarap dengan kemas dan memenuhi kelogikan yang dimahukan. Contohnya babak rumah Azlan Komeng terbakar yang agak unrealistic sebab penduduk boleh tetiba saja lepaskan si bomoh tu pergi dan masuk dalam rumah. Lagi, hujan turun tiba tiba dalam panas yang tidak realistik dan sesuai dalam flashback Mikael Andre. Namun, semuanya letak tepilah. Fokus ceritanya. 

Lagi satu, mungkin lakonan veteran veteran dalam filem ini agak kurang impaknya. Malah, jujurnya, Shaheizy Sam, Nora Danish dan Yana Samsudin nampak teruji dengan watak watak ini namun ditangani dengan sekadar biasa biasa saja. Kurang impak tapi menyerlah. 

Pada pendapat aku, aku lebih menyukai ending dimana watak Aiman mendapat pembalasannya dan tidak sampai kepada satu keinsafan. Ianya lebih layak sebab dosanya agak besar dan boleh tinggalkan impak. Namun, Eyra nampaknya kembali menggunakan happy ending yang meminjam formula Aku Terima Nikahnya. Sekaligus, setelah dua filem, pengarah ini mewujudkan satu trademark dimana di ending filemnya, pasti ada monolog dan dua watak memandang ke satu arah membelakangi kamera. 

Mungkin bagi yang nak filem cinta komedi, Dua Kalimah bukan untuk korang. Filem ni agak berat. Dan don’t expect korang akan dapat lihat love triangle Yana Samsuddin, Shaheizy Sam dan Nora Danish dalam filem ni. Eyra tidak memfokus kepada itu. Sebaliknya, mesej yang berat dan juga pengajaran tentang takdir yang sudah tertulis untuk setiap manusia menjadi paparan Dua Kalimah. Setelah menonton, korang akan perasan yang Dua Kalimah bercakap tentang balasan tuhan itu ada bagi yang tidak mengendahkan pengajaran dari insan terdahulu. 

Terima kasih kepadapihak Metrowealth atas jemputan atas tiket blogger menonton filem ini di Sunway Carnival Penang pada 31 Mac 2013 jam 2.30 ptg! Filem ini berada di pawagam 4.4.13 ini!.

4/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...