Akan Datang!

Thursday, February 14, 2013

Review: Juvana

Aku tak pernah tonton Juvana di tv. Bukan apa, aku bukan peminat drama bersiri. Sehebat mana pun drama bersiri itu, I am sorry, aku bukan jenis yang mudah terpengaruh untuk duduk depan tv. Tapi, bila drama tv itu disambung ke dalam sebuah drama panggung, ada minat untuk menonton kerana masa untuk menghayati hanyalah dua jam sahaja. Juvana memang kontinuiti dari dramanya, namun aku rasa tak ada masalah untuk menghayati. 

Well, aku rasakan rentak filem ini mengikut seperti mana Nur Kasih berjalan. Gayanya yang aku lihat tidak mempunyai cerita yang ada arah tuju tetapi sebaliknya hanya menunjukkan insiden yang melibatkan perubahan perubahan watak watak itu membuatkan aku berkata begitu. Dan aku simpulkan, Juvana bukanlah sebuah filem hiburan aksi sahaja tetapi lebih bermotif untuk menyuarakan sesuatu iaitu semangat anak muda. 

Bukan hanya semangat anak muda dari satu sisi hitam, Juvana bersifat membawa reality satu sisi budak nakal dalam keadaan sejujur jujurnya. Dipisahkan dua jalan cerita yang melalui liku liku hidup tersendiri dalam keadaan berbeza. Daim dipisahkan masuk ke dalam dunia kebaikan manakala Botak pula dibawa masuk ke dalam dunia kejahatan yang baru. Jadi, apa yang berlaku adalah tindakbalas karakter terhadap persekitaran yang mereka huni.

Pada aku, kisah hidup Daim dipegang sebagai sisa yang tertinggal dari drama tv sahaja. Paparannya tidaklah menampakkan apa apa yang penting bagi menjana plot Juvana. Sekadar hanya untuk bergabung di akhir filem, aku rasakan plot Daim itu seperti sia sia. Terlalu kecil untuk dijadikan sebuah kisah kontinuiti. Tetapi, aku faham sebab pemberatan Juvana filem ini lebih terarah kepada watak Botak yang sedang mengalami perubahan dirinya. 

Kisah Juvana hitam. Yes. The visual itself membawakan perasaan mengerikan, menakutkan dan juga penuh kotoran. Visualnya hebat dalam membawakan kesan kotor dengan cantiknya. Segalanya divisualkan dengan cantik dengan niat untuk memberikan perasaan takut, sedar dan juga ngeri kepada penonton. 

Zahiril Adzim biasa biasa. Lakonannya seperti biasa. Aku rasakan juga Johan Asari juga sebagai Botak berjaya seperti mana lakonannya dalam drama tv (sebab aku tak tonton drama tv, masa tu aku banyak dengar nama Botak dibibir rakan rakan dan budak budak skolah). Namun, Sharnaaz nampaknya luar biasa. Watak Lan Todak yang mempunyai perwatakan pelik itu memang pada awalnya macam sukar je nak diterima tetapi lama lama ianya jadi sebati. Terbaik. 

Di tangan Faisal Ishak, memang tak payah cakaplah. Semuanya cantik. Dengan skrip Alfie Palermo yang memang memahami jiwa muda, aku rasakan semua ceritanya yang lebih terarah kepada isu perubahan memang menjadi. Cuma, aku rasakan secara peribadi, ending filem yang ada rusuhan tu agak terlalu besar dan tidak dijayakan dengan sempurna. Malah, visual rusuhan itu sendiri tidak kemas dan tak realistik. 

Apapun, Juvana memang kejam. Namun, di sebalik keganasan yang dipaparkan, main point utamanya hanyalah sebagai pengajaran. Tonton Juvana jika korang minat drama tvnya. Kalau belum tonton drama tv pun, aku rasa tak ada masalah untuk korang menangkap permulaan cerita ini yang bermula di sebuah tempat baru dan juga watak watak baru yang cool dan best. 

4/5

Tuesday, February 12, 2013

Review: The Impossible

Filem arahan Juan Antonio Bayona ini antara depiction yang agak baik dan begitu banyak bermain dengan emosi. Bagus. Dari satu aspek, aku lihat filem ini bukan sengaja mengangkat tsunami itu sebagai satu bahan hiburan tetapi lebih kepada satu peringatan terhadap peristiwa besar itu. Perasaan menonton The Impossible ini bercampur baur. Tragedinya menyentuh hati satu dunia. Namun, emosi satu keluarga yang dikisahkan ini, nampaknya amat mengharukan. 

Dikatakan diambil dari kisah benar sebuah keluarga Perancis yang menginap di sebuah hotel di Thailand semasa kejadian besar itu berlaku, kisah ini membawakan kembali malapetaka itu buat kali keduanya selepas filem Hereafter. Jujurnya, segala penataan kali ini dari segi penceritaannya, juga latar dan juga jiwanya amat hebat dan tidak mengecewakan. 

Visual saat tsunami menghentam Nampak sungguh realistik. Kemusnahan yang dipaparkan amat menjadi sehinggakan aku merasakan yang semuanya adalah satu pekara sebenar. Kesemuanya memang amat menakjubkan dengan visual air yang mengkagumkan. Memang itu satu perkara wajib yang patut dilihat tatkala anda tonton The Impossible. 

Ceritanya berfokus. Itu yang aku harapkan. Bukan apa, kadangkala filem bencana benar ini bersifat mencerita pelbagai watak sehinggakan hilang watak utama. Dan ianya tidak terjadi di sini. Gambaran bencana ini yang dibawa oleh lima orang watak yang mempunyai talian saudara ini digunakan sebaiknya untuk menggambarkan situasi sebelum dan selepas mencana. Mereka diisi dengan emosi dan juga alur cerita yang tersendiri yang cukup untuk membawa keseluruhan situasi. Cantik. 

Lakonlayar filem ini terbaik. Bagaimana penulisannya cuba untuk menangkap emosi penonton dan juga situasi yang terjadi. Lakonan Naomi Watts dan Ewan McGregor nampaknya tidak menghampakan. Kesemuanya termasuklah watak watak kecil yang dipaparkan amat membantu menghidupkan suasana ketika kejadian. 

Selain visual yang hebat, skor background filem ini banyak membantu penonton untuk membawa emosi ke dalam cerita ini. Aku rasa, ada lelaki yang boleh menangis melihat semangat juang kesemua karakter dalam filem ini dalam mencari orang yang tersayang. Ending akhir dimana Naomi Watts yang memegang watak Maria menangis melihat kemusnahan dari kapal terbang memang cukup membawa memori tahun 2004 itu kepada kita semua. 

Walaupun aku rasakan cerita ini sebenarnya satu tipikaliti filem disaster Hollywood semacam Deep Impact, Volcano dan lain lain, peristiwa yang ini, yang mana satu reality memberikan kesegaran dalam setiap pembawaannya. Lama agaknya Hollywood tak bawa kisah disaster sehebat ini pada zaman millennia ni. Yang akhir pun fiksyen 2012 je lah kan. Itu pun hanyalah fiksyen. 

Overall, lakonan mantap, visual yang memukau, memori, dan emosi menjadi resepi kehebatan The Impossible. Tidak dapat dinafikan filem ini mungkin akan membuatkan korang sebak. Atau.. mungkin aka nada yang menangis. Tonton filem ini dan ambil semangat yang dipaparkan. The Impossible adalah kisah benar yang sarat. Dan pastinya, ianya tidak akan mengecewakan. 

4/5

Monday, February 11, 2013

Novel: Untuk Tiga Hari (Ahadiat Akashah)

UNTUK TIGA HARI 
Penulis: Ahadiat Akashah 
Penerbit: Roket Kertas / Popular
beli novel di sini

Buku ini agak tebal. Berdasarkan apa yang ada dalam buku ni, aku paham yang versi ini diterbitkan atas dasar filem yang diarahkan Afdlin Shauki yang mana diadaptasi dari buku ini (yang mana sudah diterbitkan suatu ketika dulu). Filemnya aku sudah tonton. Garapannya menarik. Reviewnya anda boleh baca di sini

Pertamakalinya, aku tegaskan yang ini adalah pertama kali aku baca novel Ahadiat Akashah. Dan aku sebenarnya agak tertarik membeli buku ini sebab mahu membaca cerita asal sebelum diadaptasi jadi filem. Dan ya, buku ini yang menggabungkan Untuk Tiga Hari dan Tiga Hari Kemudian ini adalah complete set untuk aku ketahui apa sebenarnya terjadi kepada Zafrin, Ujie dan juga Juwita. 

Pada aku, penulisan Ahadiat nampaknya memang lain. Aku dapati chapter by chapter pendek pendek jer. Which is good for me sebab aku jenis yang suka baca dua tiga helai then stop (sebab banyak kerja lain nak dibuat). Namun, di sebalik tu, aku agak rasakan penulisan Ahadiat yang santai mungkin agak tak kena dengan aku punya pembacaan. Ayat ayat yang agak santai nampaknya tak dapat masuk tekak sebab kebiasaan aku sebelum ni membaca novel dengan ayat yang agak gebu. 

Ahadiat bijak membahagikan dialog kata hati, yang mana meluaskan lagi dunia tiga watak ini. Menyelami dalam hati setiap karakter yang mempunyai masa silamnya tersendiri agak menarik. Keunikan ini antara perkara yang menjadikan novel ni menarik. Dan, semestinya balancing untuk perbuatan dan balasan setiap karakter utama menjadikan wataknya stabil dan pengakhirannya juga tidak bertanda tanya. Kepuasan.

Ketebalan yang berganda, sampai seribu helai kot (sebab gabungan dua novel) memang berbaloilah. Kalau sempat, dapatkan buku ni yang aku rasa hanya ada di kedai buku Popular jer. Rasanya harganya untuk 2013 dah murah sikit. Aku beli ni tahun lepas. Masa baru terbit. Percayalah, persoalan di akhir filem Untuk Tiga hari akan dijawab. Dan endingnya, memang terbaik… 

4/5

Video: Persembahan PSY di Sambutan CNY Barisan Nasional!

Bagi yang tidak sempat atau tidak berpeluang menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional di Pulau Pinang, inilah persembahan yang sempat dirakam oleh seorang penonton (bukan admin) yang menghadiri majlis tersebut. Berbaloi atau tak 2 juta yang dilaburkan, anda renung renungkan.


Psy ‘Pukau’ 100,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 

GEORGETOWN – Penyanyi rap sensasi Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia sebentar tadi. Psy menyanyikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung yang membanjiri padang Kolej Han Chiang di sini, menanti kehadiran Psy sejak jam 9 pagi Isnin. Majlis ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

[terlepas tonton video Datuk Seri Najib Razak berlakon iklan ?? hah, tonton sini]

Saturday, February 9, 2013

Review: A Good Day to Die Hard

John McClane kembali dengan aksi terbarunya. Dan dalam siri kelima filem Die Hard ini, ceritanya masih membawakan format yang sama seperti dulu. Aksi tanpa henti dan juga letupan sana sini yang meriah. Memang arahan John Moore ini nampaknya dibantu dengan CGI yang mantap dan juga kehebatan watak John McClane itu sendiri. Malangnya, dengan tulisan Skip Woods yang agak sederhana garapannya, Die Hard kali ini nampaknya tidak sehebat Die Hard terdahulu. 

Aku sebenarnya pada dasarnya, sebagai seorang peminat filem aksi, amat menyukai filem ini. Dengan garapan aksi dengan durasi yang agak panjang, dan juga aksi yang memang jarang disaksikan dalam filem filem selain filem Michael Bay, sifat ke’Bay’an yang dibawa John Moore ini memang gempak. Jujurnya, aksi kejar mengejar pada awal sekuen dengan kereta yang begitu banyak, memang tidak mengecewakan. 

Namun, di sebalik aksi yang agak baik walaupun beberapa aksinya sudah punya pattern Die Hard punya aksi yang sudah boleh dijangka, ianya tidak disulam dengan penulisan plot yang baik. Die Hard kali ini aku rasa lebih twist dari dulu.Itu ok. Tapi, penceritaannya agak hambar dan tidak mampu memberikan peluang kepada penonton untuk merasa nikmat dengan pengalaman bersama ceritanya. Apa yang puas hanyalah aksinya saja. 

Jai Courtney yang membawakan watak Jack McClane, anak yang mungkin pada sekuel ke hadapan akan menjadi penyambung kepada watak ayahnya yang dibawa Bruce Willis nampaknya boleh tahanlah walaupun wajahnya nampak tidaklah sepopular Bruce Willis. Sebagai pengganti kepada watak yang dipegang Bruce Willis, aku rasa pertalian antara dua wajah karakter ni ada. 

Bruce Willis nampak macam tak larat je dalam filem ni. Nampak sangat yang dia sebenarnya tidak lagi sehebat dulu. Dengan sebab itulah aku rasakan watak John McClane itu dalam filem ini hanyalah menjadi sidekick sebuah legasi Die Hard. Dan aku rasa pertukaran akan mula terjadi dalam beberapa filem Die Hard akan datang. 

Apa yang kurangnya filem ni secara keseluruhannya ialah kekurangan dari segi penulisannya (seperti yang aku tulis awal tadi) yang mana telah mengganggu semua perkara yang menjadikan Die Hard kali ini terbaik. Pembinaan karakter anak John McClane itu sendiri tidak dibina dengan baik. Namun, aksi padat menutup semua kelemahan ini. 

Namun, di sebalik kurang dan lebih filem ni, sebenarnya cerita ini terbaik dalam menonjolkan hubungan bapa dan anak. Part ni aku suka walaupun aku rasa macam bodoh sikit bila hubungan sebegini dimasukkan dalam sebuah filem aksi. Ada rasa kejanggalan bila kadangkala John McClane berbicara tentang hubungan anak dan bapak. Erk! 

Bagi peminat Die Hard, rasanya ini mungkin filem yang tidak berapa nak hebat. Mungkin pada aku, aksinya telah berjaya tarik perhatian walaupun plotnya agak kurang menyengat. A Good Day To Die Hard mungkin ada aksi besar yang memang gempak! Itu conform! Bagi peminat aksi, memang kena tonton. Alah, pejam sebelah mata jelah plotnya tu. 

3.5/5

Iklan Tahun Baru Cina Najib Razak!

Kenal wajah separuh di dalam gambar di atas? Kalau tak kenal, pasti anda bukan rakyat Malaysia. Haha. Itulah wajah perdana menteri kita. Siap berlakon dalam iklan CHY lagi.

Jom tonton di bawah..

Hebat tak perdana menteri kita? Komen komen anda dialu alukan.

Thursday, February 7, 2013

Berwaspada: Spam Melayu Ketagih Follower & Likes Melanda Facebook!

SPAM yang sedang melanda Facebook dulunya dalam bahasa Inggeris. Nampak gaya sekarang ianya datang dari dari orang melayu sendiri yang tak bertanggungjawab pula. Jika anda jumpa post atau komen rakan-rakan anda seperti ini, jangan sesekali klik link yang tertera atau akaun anda juga akan terlibat sama memasarkan "spam" tersebut kepada rakan-rakan anda yang lain. Nampaknya, orang yang terdesak untuk mendapat followers sudah ramai. Paling memalukan, ianya dari orang kita, Melayu...


Psst: Kepada yang telah dijangkiti, boleh ubah password FB anda atau semak balik sebarang apps yang telah anda approve. Jangan lupa juga untuk report as spam kepada Facebook. Janganlah perhimpunan gelombang biru ini menular di wall Facebook korang.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...