Akan Datang!

Wednesday, September 5, 2012

Parody Gangnam Style Oleh Orang Malaysia!

Oppa Gangnam Style membuka mata penduduk dunia mengenali siapa PSY. Penyanyi Korea yang sudah menerbitkan 6 album ini bukan penyanyi baru, malah dunia baru mengenalinya, apabila Oppa Gangnam Style mendominasi dunia dengan tarian pelik tetapi unik. Dengan nafas dan aura Gangnam Style yang digilai muda mudi, tidak hairanlah PSY menerbitkan dua versi MTV Gangnam Style. Versi asal, yang diterbitkan sehingga menjadi fenomena menampilkan PSY sahaja dengan cameo beberapa artis popular k-pop. 


Tidak lama selepas itu, Hyuna akhirnya diundang sekali lagi kali ini bergandingan dengan PSY menyanyikan Oppa Gangnam Style dalam beat k-pop yang lebih seksi dan juga berbeza. Walaupun tarian hampir sama ditonjolkan, MTV kedua ini lebih seksi dan menampilkan ciri ciri MTV muzik k-pop yang lebih rancak, hangat dan mengujakan.


Sejak penghujung Julai 2012 yang lalu, demam PSY sudah mula melanda seluruh dunia. Malah, orang yang tak kenal siapa PSY pun dah buka mata memandang ke arah industri musik K-pop. Di Malaysia, macam macam versi parody untuk gaya tarian tunggang kuda ini dah dibuat. Stesen radio seperti Fly.fm dan juga Hitz.fm juga tidak ketinggalan membuat parodi. Malah, beberapa orang fanatik gangnam style di setiap negeri di Malaysia juga sudah muncul dengan Gangnam Style versi setiap negeri. Setakat ini, Negeri Sembilan dan Sabah sudah ada Gangnam Style parody mereka tersendiri.

Jom, admin dah kumpulkan beberapa Gangnam Style Parody yang menarik untuk ditonton. Disebabkan nak tampal semua video di sini mungkin akan menyemakkan paparan, jadi klik je link di bawah dan korang akan dibawa ke link Youtube parody tersebut.




Monday, September 3, 2012

Sneak Peek: Hanyut

U-Wei Haji Saari kini kembali dengan sebuah filem berdasarkan novel klasik Joseph Conrad, Almayer's Folly. Dipena dan diarahkan oleh U-Wei Haji Saari sendiri, filem ini mengisahkan bagaimana pedagang berbangsa Belanda, Almayer yang cuba untuk hidup di Malaysia pada era penjajahan. Impian Almayer adalah untuk mencari gunug emas nampaknya terganggu dengan pelbagai masalah yang menghimpit pada zaman tersebut.


Filem ini, yang mana siap sepenuhnya pada Ogos 2012. Namun, buat masa ini tarikh tayangan masih belum diketahui. Filem terbitan Tanah Licin Sdn. Bhd. ini dibintangi Peter O'brien, Sofia Jane, Khalid Salleh, Adiputra dan Diana Daniel disamping dibantu oleh Sabri Yunus, Bront Palarae, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Friday, August 31, 2012

Review: SAM

Inilah sebuah filem Malaysia yang paling selayaknya dilabelkan terbaik. Ternyata legasi baru Haslam ini membuktikan ada juga idea idea yang bukan calang calang yang mampu mengubah impak penonton filem tempatan. SAM bukan sebuah filem hantu ataupun seram biasa, ianya thriller Hollywood yang bernafas Malaysia yang berjaya digarap dengan sentuhan anak muda masa kini. Nah, sebuah karya paling hebat seumpamanya untuk genre psycho thriller. 


SAM bertitik tolak dari sebuah idea simple. Sepertimana filem filem psycho thriller Hollywood yang banyak menggunakan babak babak yang melambatkan penceritaan yang cepat, begitulah permainan filem ini. Sepanjang permainan anak muda ini dalam menukil SAM, penonton akan dibawa ke sana sini, mengimbas dan mengenalpasti siapakah dalang permainan yang memerangkap Sam dan Lisa. Kejutan tidak terlalu banyak, misteri, itu dos yang agak tinggi. 
SAM memang sebuah filem yang segar. Percayalah filem ini punya premis yang menjangkau pemikiran akal penonton Melayu yang sering dibuai cerita Hollywood setaranya. Ini masa kita uji adakah idea Hollywood berjaya di dalam filem Malaysia. Jawapannya, ya, ianya berhasil! Tak ada cliche untuk filem ini. Semuanya segar, kecuali beberapa babak yang nampaknya cuba untuk memberitahu kita yang filem ini filem generasi Haslam. 


Cukup berjaya! Jujurnya aku cuba seboleh bolehnya untuk meneka setiap twist yang ingin disampaikan. Malangnya aku gagal kerana terkejut apabila mendapati isu yang dibawa melebihi jangkauan minda aku. Saat terdedahnya siapa dalang di sebalik permainan Sam dan Lisa, bertepuk tangan sambil tersenyum. Ternyata ideanya luar biasa walaupun Hollywood sebenarnya sudah lama membawa isu isu yang diutarakan dalam filem ini. 

Ternyata, filem ini memang dikuasai misteri, kuasa karakter utamanya, dan juga aksi aksi dan adegan lasak dan ganas. Setiap masa berteka teki, tidak membosankan. SAM punya kekuatan dari semua aspek. Permainan kameranya jelas lari dari gaya Haslam dan juga Syamsul. Ini memang kuasa luar filem ini yang cukup menarik untuk dilihat. Gaya permainan visual filem ini setanding Hollywood. Walaupun beberapa inci filem ini mengingatkan aku kepada beberapa scene filem SAW. 


Kerja paling istimewa untuk ditonton penonton semestinya visual ala ala The Matrix yang pertamakalinya muncul dalam filem kita. Serius aku teruja melihat gambar yang tak ubah seperti filem Hollywood tu. Walaupun hanya sekejap, it still an x factor untuk filem ini. Dengan permainan jiwa kacau si pembunuh yang cukup realistic dan gila, SAM memang bukan idea yang tidak boleh dipandang ringan. Lagu lagu Jazz yang menghiasi babak Sam di rumahnya, jam loceng yang liat nak berhenti bunyi, itu semua mengHollywoodkan filem ini.


Namun begitu, beberapa perkara nampaknya seperti mencacatkan filem ini. Satu daripadanya adalah cermin yang pecah selepas Sam cuba lompat melalui cermin tersebut. Nampak jelas yang cermin itu dipecahkan dengan satu mekanisma tertentu tetapi agak lambat pada masa yang ditetapkan. Sepatutnya, bila bahu Sam mencecah saja cemin, cermin patut pecah. Malangnya, Sam dilihat menolak cermin dengan bahu, cermin tak pecah tetapi tertanggal dari bingkai, sebelum cermin sampai lantai, cermin pecah dengan tiba tiba. 

Lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sememangnya terbaik. Lisa Surihani dilihat didera habis habisan walaupun aku tahu, bukanlah dera betul betul. Shaheizy Sam pula ditonjolkan sebagai ‘wira’ dan kisah malam lamaran yang berakhir dengan tragedy ini memang cukup sifat dalam lakonan dua dua orang ini. Walaupun iya, aku rasakan lakonan manja manja Lisa dan Shaheizy Sam nampak kebudak budakan, sekurang kurangnya ia berjaya ditutup dengan thrill yang agak baik. 


Idea SAM sebenarnya pernah ada di Hollywood. Kisah kisah sebegini biasa bagi yang sudah biasa menonton filem Hollywood. Namun, adaptasi idea dengan olahan cerita versi Malaysia menjadikan SAM sebuah filem yang spesel dan luar biasa. Ternyata Khurafat si Syamsul Yusof pun tidak sehebat ini. SAM adalah sebuah pengenalan yang agak baik bagi penonton untuk kenal jauh mana pengarah muda generasi Haslam ini boleh pergi. Pada aku, budak Syafiq Yusof ini memang petanda baik untuk kemunculan filem di Malaysia dengan idea segar. 

 4.9/5

Sunday, August 26, 2012

BONGKAR: Neil Armstrong Peluk Islam Cerita Palsu?

Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejak kaki di bulan meninggal pada usia 82 tahun pada tanggal 25 Ogos 2012. Beberapa minggu lalu, Armstrong ada menjalani pembedahan jantung. Berdasarkan Yahoo News, mendiang dipercayai meninggal akibat komplikasi dari pembedahan tersebut. Wira yang memang memecah tradisi sains pada eranya ini memang akan menjadi satu lagi tanda pada sejarah dunia.



Umat Islam, pastinya merasakan satu persoalan cliche, adakah Neil Amstrong ini muslim? Atau adakah pendaratan di bulan itu benar atau sekadar penipuan? Jawapannya sudah aku duga lama. Sedih melihat ada yang percaya. Teliti artikel ini dan percayalah wahai muslimin, anda semua sudah ditipu dengan cerita pengislaman Neil Armstrong.

Vivian White, pembantu kepada Neil Armstrong menafikan kenyataan Neil memeluk islam dengan menyatakan bahawa "... beberapa penulis di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara menulis laporan ini tanpa pengesahan. Kami memohon maaf tentang artikel tersebut." Namun, artikel ini tidak pernah menjadi bahan search Google kerana pembaca di Malaysia khasnya terlalu gembira dan bersyukurnya Neil Armstrong 'memeluk Islam' dan hanya menyebarkan risalah itu tanpa mengetahui sahih atau tidak.

Cerita ini sebenarnya bermula pada tahun 1996. Dari mana sumber cerita ini tidaklah diketahui, namun, jelasnya, berita Neil Armstrong peluk Islam telah mula tersebar di radio pada tahun itu atas kejahilan manusia yang tidak tahu bahawa ada dua insan bernama Armstrong di dunia ini. Pertamanya, adalah Neil Armstrong si angkasawan. Keduanya, Louis Armstrong si penyanyi jazz. Maka, dengan hanya nama Armstrong, cerita itu mula berantai rantai ditokok tambah.

Dalam cerita itu, Armstrong dikatakan ke tanah arab dan mendengar azan sekali lagi. Asas idea ini sebenarnya direka atas kebenaran. Memang Armstrong berada di Lebanon. Tetapi, autanya ialah Lebanon bukannya terletak di Middle East tetapi sebenarnya berada di Midwest America. Jelas bahawa penggunaan frasa Middle East sebenarnya menjelaskan cerita ini ditulis oleh orang Asia. Tapi, siapa tak lah diketahui.

Armstrong menafikan sekeras kerasnya yang dia tidak memeluk Islam demi untuk memberikan fakta sebenar. Menurut laporan di artikel ini, Armstrong ditekan untuk memberikan kebenaran fakta itu dari pelbagai organisasi agama. Kerajaan US menghantar satu surat kepada semua konsulat dunia Ismamik meminta cerita ini dihentikan.


surat dari US State Department meminta fitnah ini dihentikan.

Kenyataan ini kemudian disiarkan dalam sebuah majalah Arabia. Korang klik sini untuk baca helaian majalah tersebut. Malangnya, walaupun kenyataan sudah dikeluarkan, khabar angin ini masih lagi tersebar jauh sehinggalah ke saat ini. Cerita ini bukan hanya tersebar dari mulut ke mulut, malah melalui media massa juga. Walaupun ada orang Islam yang mempercayai cerita pengislaman Armstrong ini adalah palsu, masih ada yang tekad mempercayainya bulat bulat.

Maklumat di atas diambil dari laman web answering-islam.org. Untuk lebih maklumat lanjut dan pemahaman yang lebih jelas, baca keseluruhan artikel di laman web tersebut. Pengajarannya, setiap cerita janganlah kita percaya bulat bulat. Ada satu lagi cerita yang lebih kurang macam ni, pengislaman Mark Zuckenberg. Benarkah? Jawapannya di sini.


Saturday, August 25, 2012

Storyboard/Previsualization: Endhiran The Robot

Hari ini, admin nak bawa korang semua menonton previsualization untuk sebuah filem terlaris Rajinikanth, Endhiran The Robot. Jom admin bawakan bagaimana visual efek dalam filem ini dibina, dan juga lihat sendiri bagaimana idea setiap scene yang dibina dari previsualization sehinggalah ke final masterpiece. Bukan kerja senang juga ya untuk membina kisah hidup Chitti ni.

Previsualization untuk adegan keretapi.

Previsualization untuk adegan samseng parang.

Previsualization untuk adegan pre-climax filem ini.

Previsualization untuk scene Happy Diwali.

Hebat bukan? Perancangan untuk membuat Endhiran dirangka dengan begitu teliti untuk membina setiap babak babak hebat filem ini. Semua kerja previsualization sehingga ke penambahan visual efek dilakukan di Firefly Studio yang mana berpusat di Hyderabad. Studio ini banyak membekalkan visual efek untuk filem India Selatan seperti filem ini sendiri, Magadheera dan juga Arundhati. Lebih banyak visual efek untuk filem Tamil dan Telegu, boleh tonton di sini.

Previsualization adalah satu term yang mana kadangkala disingkatkan menjadi pre-vis merujuk kepada memvisualkan scene/babak yang kompleks dalam sesebuah filem. Selalunya, pre-vis akan dilakukan dalam bentuk storyboard yang mana berbentuk seperti komik strip. Dari situ, idea dapat diterjemahkan sebelum divisualkan menjadi babak sebenar dalam sesebuah filem. Namun, previsualization juga kadangkala dilakukan menggunakan model animasi 3D seperti di atas.

Saturday, August 18, 2012

Review: The Expendables 2

This is what I called a great movie! The Expendables 2 memang memenuhi selera filem aksi yang sudah lama ditinggalkan. Seingat aku, filem bergenre aksi real sebegini, yang mana selalu dilihat dalam filem home entertainmnent jarang benar muncul di pawagam beberapa tahun ini. Nampaknya otai otai ini bergabung dalam memenuhi selera peminat filem aksi, dan ya, inilah ia… permintaan dipenuhi. Sebuah filem aksi yang memang khas ditujukan buat peminat aksi! 


Dengan casting yang agak besar dan juga berganda dari filem pertama, The Expendables 2 cuba sepenuh penuhnya untuk menfokuskan kepada aksi aksi yang cukup lasak. Boleh dikatakan kengerian juga bagi penonton yang tidak menyukai pembunuhan beramai ramai. Pada aku, filem ini cukup senang dinilai. Ianya sebuah filem aksi, tanpa apa apa tujuan menasihat ataupun double meaning. Cukup sekadar duduk melihat aksi otai bergaduh. That’s it! 

Itulah sebuah filem Stallone. Rambo 4, jika anda masih ingat juga mengekalkan formula yang sama. Aksi yang cukup ganas dan juga letupan sana sini. Tidak perlulah dipertikaikan lagi lakonan lakonan bintang bintang aksi yang cukup gah dan terkenal. Apa yang penting, penonton mahu melihat bagaimana kesemua bintang bintang otai ini berada dalam satu filem seperti sebuah reunion. 


Perlu diketahui, Jet Li memegang watak yang agak sikit juga dalam filem ini. Malah, kehadiran Chuck Norris, Bruce Willis dan juga Arnold Schwarzennegger bukanlah dalam aksi yang besar. Mereka adalah cameo yang hanya bertindak menggerakkan cerita. Apa yang akan disaksikan adalah lebih banyak tertumpu kepada karakter Stallone dan juga Statham yang lebih banyak berbicara. Ludgren juga diisi komedi walaupun sekadar biasa saja. 

Awal filem sudah diledakkan dengan aksi aksi dari gabungan otai otai ini, sekaligus menjadi penutup kepada beberapa kelemahan screenplay yang nampaknya tidak begitu memberansangkan. Pada pandangan aku, plot kali ini nampaknya lebih teramat simple berbanding dulu. Malah, dengan usaha habis baik si Stallone menulis skrip dengan tujuan untuk memasukkan cameo cameo, nampaknya kecacatan dalam beberapa adegan tidak dapat dielakkan dek kerana cameo Chuck Norris dan Arnorld Schwarzenneger dimasukkan dengan tidak sempurna. 

Scene Chuck Norris muncul entah dari mana, juga situasi dalam gua yang juga tidak berapa meyakinkan, disertakan dengan keganasan si penjahat Van Damme yang agak luar biasa tetapi tidak terlalu jelas motifnya, The Expendables 2 punya plot hanyalah sebagai jambatan aksi saja. Abaikan segala persoalan siapa sebenarnya Chuck Norris dalam filem ini. Abaikan saja apa saja unlogika dari babak babaknya. Let focus untuk berhibur dengan aksi yang lebih hebat dari filem James Bond ni. 


Walaupun skor muzik agak hebat, beberapa aspek CGI nampaknya tidak dilakukan dengan sempurna. Hal ini menjadikan efek dalam filem ini sesetengahnya kurang meyakinkan. Seperti sebuah filem gred B yang terlepas ke pawagam. Namun, sekali lagi, apa yang penting bagi filem ini adalah aksi, aksi dan aksi. Aspek lain itu hanyalah jambatan. Sebuah filem yang memang tidak mementingkan plot, efek dan lain lain melainkan aksi semata mata. 

Totally full of action. Serius filem ni cukup lasak. Seperti mana anda lihat The Expendables yang pertama, kalikan saja dengan dua, maka anda akan dapat The Expendables 2. Cuma dibandingkan pada plot, yang pertama adalah lebih baik dan juga berpijak pada reality. Namun, dengan Van Damme sebagai ketua jahat, pastinya pertarungan Stallone dan Van Damme sebuah pertarungan yang tak mungkin harus dilepaskan. Mungkin untuk The Expendables 3, Stallone tak patut menulis lakonlayar dan skripnya. 

4/5

Thursday, August 16, 2012

Review: Momok Jangan Cari Pasal

M. Jamil yang tak habis habis dengan filem perasan popular dan kualiti terbaik tahap perasan habis habisan rasanya patut berhentilah dari buat filem. Malah, jika ada yang bercita cita untuk meneruskan legasi Momok, aku cadangkan cukup cukuplah membutakan mata dan melihat dunia industry filem kita. Nazak beb kalau Momok dok mengacau industry kita dengan pakaian putih balut mayat dan juga adegan loncat loncat tahap filem zaman 90an tu. Momok, diamlah kau dalam hutan. Jangan keluar lagi. 
Momok: Jangan Cari Pasal memang sengaja mencari nahas. Serius aku tak tahu apa sebenarnya motif saudara M. Jamil menghulurkan filem ini untuk ditonton segenap pelusuk manusia yang berada di Malaysia. Apa sebenarnya Momok: Jangan Cari Pasal mahu tonjolkan? Come onlah, ini zaman filem seram yang dah makin tenggelam. Malah, perkataan momok itu sendiri sudah tenggelam. Buat apa kau basahkan tangan korek kubur nak bawa naik kembali momok? Aduhai. 


Sedih sangat sangatlah aku melihat kualiti Momok: Jangan Cari Pasal ni. Untuk pengetahuan pembaca, filem ini adalah filem ketiga Momok yang dilakonkan, diarahkan dan ditulis oleh M. Jamil. Bila combo tiga di itu berada dalam satu jasad, maka sebenarnya terus terang ini adalah filem syok sendiri. Dan, kalau menjadi, mungkin penonton bertepuk tangan gembira. Malangnya, Momok: Jangan Cari Pasal hampas pun tak ada. Gagal segagalnya, dan tidak ada apa yang hendak dibanggakan. 

Minta maaf pada semua kru yang membaca, saat aku menonton filem ini, aku cuba mencari di mana plot yang mahu diceritakan. Momok The Movie sekurang kurangnya ada cerita, malah Momok Jangan Panggil Aku pun ada cerita yang disampaikan. Walaupun lakonan M. Jamil yang perasan bintang tu amatlah teruk berbanding lakonan Syamsul Yusof, dua filem Momok terdahulu masih boleh dinikmati sebab ianya bercerita. 

Momok: Jangan Cari Pasal bercerita tentang apa? Mana ceritanya? Mana plotnya? Mana kualiti sebuah filem? Semua jawapan di atas pastinya tiada. Mungkin sinopsisnya bercerita tentang kisah M. Jamil yang kononnya nak buat sebuah filem dan ini adalah diari sepanjang perjalanan penggambaran. Tetapi, we need the conflict, we need the solution, we need something yang boleh dikatakan plot. Menangis dowh kalau bayar duit tonton kat wayang cerita ni. 

Dengan memperkotak katikkan krew produksi untuk dijadikan pelakon, memang nampak sangat M. Jamil sudah malas nak buat filem. Tetapi dia buat jugak. Sebab apa? Sebab perasan orang masih mahukan hantu yang pakai kain ela berjela jela tu. Come onlah, kami tak mahu Momok lah. Kalau nak berikan Momok pun, berikan sesuatu yang berkualiti. 

Tak layak digelar filem mahupun drama tv, Momok: Jangan Cari Pasal juga hancus dari segala kerja produksi. Pertamanya, syot syot yang agak simple dan tak ubah seperti drama juga boleh lah dimaafkan walaupun syotnya patutnya boleh diperbaiki. Keduanya, visual efek menghancurkan keadaan. Visual rangka keluar masuk tak tentu pasal memanglah menggambarkan kegilaan M. Jamil. Mungkinkah M. Jamil sudah terdesak untuk memasukkan visual efek walaupun keadaannya tidak sesuai? 

Ketiganya, beberapa syot nampak sungguhlah kantoi. Babak krew produksi main bola dalam hujan sebelum kilat memanah manah cukup gagal. Jelas kelihatan sumber air dari paip bomba disembur ke arah krew. Malah, dalam beberapa syot juga, boom mic jelas kelihatan tertonggek tonggek bontotnya mahu keluar dari atas frame. Hancus! 

Keempatnya, beberapa aspek blocking untuk karakter memang tahap lemah gila. Aku rasakan, untuk sesebuah filem yang bertaraf pembikinan professional, benda ini sepatutnya tidak terjadi. Blocking yang gagal mengganggu penonton untuk melihat karakter karakter penting menyampaikan dialog. Aduhai M. Jamil, kau reti buat filem ke tak ni? 


Lakonan memanglah tertumpu kepada M. Jamil sahaja. Al maklumlah ini filem syok sendiri yang dia buat. Nak nampak pelakon terkenal, ah, jangan haraplah. Ruminah Sidek pun hanya dijadikan pelakon undangan. Semua pelakon pelakon yang tak ada nama. Justeru, jika tiada nama, buat apa hadirkan diri di panggung. Tiada nama maknanya tiada magnet untuk penonton. Adakah M. Jamil nampaknya menjatuhkan maruahnnya sendiri seperti kelapa melepaskan buahnya?Banyak aspek Momok: Jangan Cari Pasal yang teruk lagi hebat keburukannya. Layakkah ianya dipanggil filem? Pada aku, tidak sama sekali. 

Momok: Jangan Cari Pasal hanyalah sampah yang terkutip oleh seseorang dan tertayang di pawagam. Ditakdirkan pula tersiar di Astrofirst dan juga terterbit juga dalam DVD. Maaflah, tak perlu beli dan tonton, Momok Jangan Cari Pasal sengaja buat anda angin satu badan. Justeru, jika anda menonton, dan tidak dapat di mana plotnya bercerita., janganlah bertanya. Memang Momok: Jangan Cari Pasal tak ada apa apa. Ingatlah ianya seperti melihat berita di surat khabar buruk dalam tong sampah yang terkoyak separuh. Sekian. 

0.5/5 (berhentilah buat filem M. Jamil oi... )

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...