Akan Datang!

Wednesday, August 8, 2012

Info: Pasaraya Maya TESCO Kini Di Korea & UK!

Di Korea, para pembeli tidak lagi perlu beratur panjang untuk membeli di pasaraya besar Tesco. Dengan populasi penduduk yang makin meningkat, Tesco memperkenalkan satu langkah baru untuk membeli barang. Kini, dengan adanya pasaraya maya, para pembeli hanya perlu scan barkod yang disediakan dengan smartphone (setelah mendownload aplikasi yang disediakan) dan barang yang dinginkan akan berada dalam senarai barang online shopping. Setelah mereka membayar secara online, para pembeli boleh terus pulang ke rumah dan barang akan tiba di rumah dalam masa yang singkat. Malah, pengguna juga boleh menunda masa barang untuk sampai ke rumah jika mereka mahu. 


Scan barkod, dan bayar online! 

Kaedah ini diperkenalkan pada 2011 oleh Tesco yang mana menjadi pasaraya kedua terbesar dan menampung pengguna yang ramai di Korea. Di stesen stesen keretapi, dan apa juga dinding di kawasan yang strategik, papan billboard yang memaparkan barang barang yang dijual dipasangkan dengan bersama barkod untuk discan oleh pelanggan. Inisiatif ini dikatakan telah mengurangkan kadar kesesakan di Tesco tetapi kadar pembelian masih meningkat kerana Tesco berada di mana mana. 

peti ais maya Tesco di Gatwick airport

Selepas kejayaan pasaraya maya ini di Korea, sekitar penghujung Julai 2012, UK juga mengambil inisiatif yang sama untuk membina Tesco versi pasaraya maya. Bilboard seperti di subway Korea dipasangkan Terminal Utara lapangan terbang Gatwick yang mana mensasarkan pada pengguna yang menggunakan pesawat udara. Di UK, billboard dibina dalam bentuk menyerupai peti ais yang mana terisi gambar keperluan keperluan harian masyarakat UK untuk disimpan dalam peti sejuk. Malah, bilboardnya kali ini lebih interaktif dengan fungsi touchscreen.


video pengenalan pasaraya maya Tesco.

Dengan idea pasaraya datang kepada pelanggan, pasaraya maya Tesco nampaknya sudah berjaya meningkatkan penggunaan smartphone untuk tujuan membeli belah. Pembelian juga menjadi mudah dan boleh dijalankan mana mana tanpa melawat pasaraya sebenar. Sebuah kehidupan baru yang sudah mula menular. Malaysia, mungkinkah akan tiba satu hari nanti?

Tuesday, August 7, 2012

Review: Man Sewel Datang KL

Macam tonton cerita drama tv Astro Ria kat panggung je sebenarnya kepuasan yang mampu diberikan Man Sewel Datang KL ni. Terlalu jauh untuk cerita ini berdiri setaraf sebuah filem komedi yang layak untuk sebuah layar perak. Entah bagaimana ada juga yang berani membentangkan tikar bagi laluan untuk filem murahan sebegini yang sepatutnya layak ada di kaca tv saja. Bukanlah cerita tu tak menarik, cuma ianya tak layak untuk sebuah pengalaman menonton sambil berbayar. 


Aku rasakan Shuib Sepah tak lah teruk mana. Malah, dia juga ada identitinya yang tersendiri. Berjauhan dari kumpulan yang pernah menaikkan dirinya dulu, Shuib nampaknya cuba buktikan yang dia mampu berlawak dalam single game yang sempurna. Ya, aku akui lawak Shuib menjadi walaupun filem ini tidak mampu untuk memaparkan lawak Shuib yang lebih ekstravaganza dan menawan. Aku lihat Shuib boleh berada dalam mud serius dan juga lawak. Itu bestnya Shuib. 
Malangnya, cerita ini bukanlah harapan yang sempurna untuk menaikkan Shuib. Dengan memegang watak Man Sewel yang taklah sewel mana pun, Shuib sekurang kurangnya boleh lah dikatakan jayanya membawa watak tersebut. Tetapi, dalam menekankan perangai Man yang sewel dalam tindak tanduknya, perlukah perlu berulang kali dinyatakan perkataan sewel terhadapnya? Rasanya tak perlu kot! 


Fasa pertama filem ini nampak seperti Mr. Bean Holiday punya style. Tetapi style Man Sewel lebih murahan seperti mana menonton drama tv3 mahupun astro. Pada fasa ini, lawak lawak ditumpukan pada adegan adegan Man yang cuba buat kelakar dengan segala tindak tanduknya. Malangnya, fasa tersebut makin lama makin jatuh mendatar dan membosankan sehinggalah munculnya Julia Ziegler yang memainkan watak Nadia.  

Aku rasakan Man Sewel datang KL nampaknya tidak dirapikan dengan sempurna. Bayangkan bagaimana kekasih Man Sewel boleh pula terlepas lari dan hilang begitu saja tanpa ada konfrontasi untuk membina emosi? Yang paling tak boleh blah, tindak tanduk perompak yang merompak kedai urut tu paling teruk sekali. Entah bagaimana simple sangat adegan itu dilakar sehinggakan macam tak berbaloi je adegan itu untuk member klu terhadap rakan Man Sewel yang mana seorang penjahat. 


Twist yang tidak dijayakan dengan sempurna dan juga dengan pendekatan ambil mudah menjadikan final scene filem ini paling haprak. Serius aku rasakan kalaulah diselitkan emosi untuk Man Sewel dan rakannya, Salim, pastinya ending tu dah jadi kesempurnaan. Filem lawak bukanlah hanya perlu berpaksikan lawak semata mata, sekali sekala jika beremosi tu kan lebih sempurna? Apapun, serius ending filem ni spoil gegiler.  

Apapun, satu pujian untuk Shuib Sepah yang menjayakan lakonannya dengan baik. Punchlinenya yang agak menarik dan juga diulang ulang menjadikan watak Man Sewel satu watak yang boleh diingati orang ramai. Walaupun ceritanya masih biasa biasa tahap drama tv, Man Sewel adalah penciptaan karakter yang sempurna. 


Keseluruhannya, Shuib Sepah berjaya. Tetapi, dengan idea yang tunggang langgang dan plot plot yang tidak digabungjalin dengan sempurna, Man Sewel Datang KL hanya menjanjikan pengalaman menonton drama tv saja. Malah, lebih kurang sama seperti menonton filem yang pernah dikeluarkan dalam VCD suatu ketika dulu yang tak laku. Apapun, tonton jika anda suka dan nilaikan sendiri. Pada aku, Man Sewel datang KL memang bukan filem yang layak dipanggil filem. 

2/5

Monday, August 6, 2012

Esklusif: Jin Ganggu Perbualan Telefon Di Talk Show!


Sebuah video berkenaan jin yang telah mengganggu seorang penelefon yang sedang berbicara dengan seorang ustaz dalam sebuah rancangan agama di luar negara sudah berlegar legar di Youtube semejak tahun lepas lagi. Video yang berdurasi selama 7 minit itu memaparkan bagaimana seorang pemanggil, yang mana seorang perempuan mula merasa seperti tercekik cekik pada pertengahan ucapannya apabila dia cuba bercakap tentang masalahnya.


Masalah menjadi lebih rumit apabila jin tersebut dikatakan telah muncul dengan mengeluarkan suaranya yang garang dan menakutkan di corong telefon dan ini menyebabkan ustaz tersebut berbicara dengan jin secara LIVE. Rata rata penonton penonton video ini di Youtube mengklasifikasikan insiden yang terjadi ini antara insiden berdialog dengan jin yang paling realistik dan menakutkan pernah dirakam. Tonton video di bawah:


Rancangan talk show tersebut bernama Roadside2islam, sebuah rancangan bual bicara agama di Iqra TV, sebuah stesen televisyen di UK. Sejauh mana kebenaran video ini, tiada siapa dapat menjelaskan. Namun, kewujudan jin, iblis dan syaitan sememangnya tak perlu diragui lagi. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

p/s: penonton yang ingin menonton diminta menonton atas risiko sendiri.

Sunday, August 5, 2012

Kesan Khas Dalam Pembikinan: Duologi Don


Korang ingat tak dalam Don pertama, dimana ada adegan Shah Rukh Khan mengangkat Shah Rukh Khan yang sedang pengsan, yang mana dijadikan twist cerita tersebut? Ingat tak bagaimana adegan adegan luar biasa sekuelnya yang tak ubah seperti filem Hollywood tu? Yang Hritrik jadi Shah Rukh Khan tu macam mana diorang buat ek? Kalau anda semua nak tahu, visual efek Don dan juga Don 2 dibikin oleh dua buah syarikat visual efek gergasi yang berbeza.


Visual efek filem Don dibikin oleh syarikat Red Chillies VFX manakala Don 2 pula dipertanggungjawabkan kepada Pixion VXF Studios. Kedua dua syarikat ini sudah membekalkan visual efek yang mengujakan untuk filem filem Bollywood. Untuk hari ini kita tonton dua video di sebalik pembikinan visual efek Don dan Don 2. Pastinya akan teruja dengan cara mereka melaksanakan adegan adegan tersebut. Jom tonton!

VFX breakdown untuk DON (tanpa sound)

VFX breakdown untuk DON 2


tonton juga:
kesan khas dalam pembikinan: Ra.One

Friday, August 3, 2012

'Janji Ditepati' Tiru Lagu Kristian 'Serukan NamaNya'?

Sebuah website, The Malay Insider, melaporkan yang lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim kini menerima kecaman seterusnya. Daripada isu DISLIKE di laman youtube lebih banyak daripada LIKE sehinggalah isu lirik tulisan Datuk Seri sendiri yang nampak seperti mengungkit ungkit janji, serangan diteruskan lagi. 


Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi hubungan dengan gergasi Asia Tenggara itu. Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahawa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”.

Terbaru, website tersebut melaporkan yang mana lagu ini adalah diambil dari sebuah lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dinyanyikan oleh True Worshipper yang bertajuk Serukan namanya. Sama ada ini ketidak sengajaan atau kebetulan ataupun disengajakan, jawapannya ada pada siapa yang mencipta lagu Janji Ditepati tersebut. 

tonton lagu True Worshipper di bawah:

Pandangan admin, lagu Serukan Namanya dan juga Janji Ditepati ada persamaan pada lirik awal lagu sahaja.Sukar untuk menidakkan lagu Serukan Namanya dan Janji Ditepati ada persamaan, tetapi, selagi lirik Janji Ditepati tu tak memuja apa apa agama, boleh lah diterima. Sekian.

p.s: pos ini sekadar untuk info, dan bukannya bertujuan politik.

Thursday, August 2, 2012

Review: Baik Giler!

Inilah satu lagi filem syok sendiri yang boleh pulak terselak masuk dalam senarai filem Malaysia tahun 2012. Aku tak tahulah bagaimana penerbit filem ini sanggup membenarkan dirinya berhabisan duit untuk melabur atas sebuah filem yang kualitinya hampeh dan juga teruk. Malah, dilihat pada idea filem ini yang terlalu simple dan tak layak untuk berada sama ada di taraf drama tv ataupun filem, skrip filem ini patut berada di dalam tong sampah dari membiarkan penonton buang duit tonton filem ini seperti buang duit dalam tong sampah. 

kesilapan dalam filem ini di sini:

Daripada syarikat yang selalu menerbitkan drama tv, Baik Giler! Amatlah baik pada kualiti visualnya. Pertamanya, dalam sebuah produksi baru yang entah tidaklah dikenali namanya, kualiti visual yang memuaskan ini sesuatu yang memberansangkan. Ada beberapa sudut editing yang aku rasa cukup baik dalam filem ini. Walaupun editingnya agak sederhana setaraf drama tv dan tidak ada satu pun visual yang artistik, visualnya boleh diterima. 


Tetapi, merugikan sangat sangat korang meletupkan sebuah kereta dan memasukkan adegan Yank Kassim melompat ke dalam semak semasa kereta itu meletup tetapi tidak develop ceritanya bermula dari situ. Pada mulanya, melihat flashback, aku rasakan mungkin kegilaan Fiq dalam kisah ini bermula dari kisahnya dilanggar kereta itu dan dimasukkan ke hospital, hilang ingatan, seterusnya jadi gila. Tetapi, apa yang aku nampak, yang kena langgar adalah si budak kecil itu, yang tidak membawa apa apa makna dalam kehidupan Fiq. 

Lakonan Zizan sekali lagi dibunuh dengan tidak bermaruah dengan skrip yang agak teruk. Dengan babak babak yang makin lama makin membosankan walaupun aku rasakan Zizan sedaya upayanya memberikan yang terbaik. Malang sungguh tak ada tongkat untuk Zizan bangun dan membantu aura filem ini untuk naik. Justeru, yeah, bersetuju yang filem ini punya kebosanan yang agak hebat! Awie meloyakan. Esma Daniel masih ok walaupun percubaan buat lawak nampaknya tak berapalah. Namun, ok sikitlah dari lakonan melebih lebih Awie dalam usaha nak bagi orang tergelak tu. 

Percayalah, jika korang menonton Baik Giler! hanya kerana mahu melihat artis baru jadi pelakon si Farawahida mempersembahkan lakonannya, baik hentikan niat. Lakonan Farawahida lebih kaku dari lakonan kekakuan pelakon pelakon lain. Dia seperti terlalu amatur untuk sebuah filem. Namun, aku tahu, mungkin dengan latihan yang tidak cukup sempurna, kaku Farawahida tidak dapat dilentokkan sekaligus menyaksikan dirinya dipermainkan di sebelah lakonan lakonan gaik pelakon pelakon lain. 


Yang paling aku tak bleh blah adalah kisah ini yang hanya berkisar tentang kalau Fiq dengar perkataan Baik Giler, dia akan marah. Hah? Itu saja? Motif pada tajuknya yang agak huduh kedengaran dan juga menggambarkan ceritanya yang cukup huduh dalam pembinaan. Namun, cerita cinta dalam filem ini boleh tahan, walaupun nampak sangat kaku.

Tak ubah seperti sebuah filem zaman Gila Gila Remaja, tak pun zaman Azura. Masihkah ada yang mahu melihat dialog dialog yang agak skema sebegini? Rasanya orang dah tahu menilai. Jadi, silap siapa semua ni terjadi. Aku tundingkan jari kepada siapa saja yang membuat filem ini kaku dan tidak ada roh. Aku rasakan Zizan dan Farawahida bukanlah gandingan yang baik. Dengan postur badan Farawahida yang nampak dewasa, tak sesuailah nak digandingkan dengan Zizan yang kurus kering tu. 

Apapun, tabik spring jugalah atas usaha yang dilakukan untuk semuanya berjaya. Bukannya aku nak menghina filem ini. Tetapi, seperti mana terjadinya filem Uncle Usin yang pernah aku ceritakan dulu, seperti inilah filem ini terjadi. Baik Giler! tidak padat dengan ceritanya yang hebat untuk sebuah filem. Ini semua idea yang cukup terlalu santai malah kalau dibuat cerpen pun tak ada siapa nak baca. Mana mungkin hanya kerana semantiknya frasa ‘Baik Giler!’, semua kisah ini terjadi. Mengarut! 

2/5

Wednesday, August 1, 2012

Renungan: Malapetaka 15 Ramadhan 1433, Benar Atau Palsu?

Kisah Olimpik London 2012 di bulan Ramadhan dan juga persembahan pembukaan yang dikatakan pemujaan dajjal yang tersembunyi (tengok sini) walaupun aku melihatnya hanya sebagai persembahan biasa yang gah dan menakjubkan membawa kepada penulisan penulisan baru. Paling menakutkan, ada yang menggunakan hadis yang mana menyatakan kiamat atau satu huru hara akan berlaku pada pertengahan Ramadhan 2012 yang mana jatuh pada hari jumaat. Persoalannya benarkah ia? 


Bagi yang pernah membaca Armagedon 2012, sebuah buku tulisan Muhammad Alexander, pastinya akan melihat hadis ini dihurai sehingga sebuku panjangnya. Dalam buku tersebut, hadis ini dihuraikan sepanjang panjangnya dengan detail. Namun, tidak pula dinyatakan tarikh kiamat dengan jelas. Hadis tersebut berbunyi...

“Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis) 

Dari hadis ini, maka berlegar legar dari email ke email, facebook ke facebook dan lagi lagi media masa meminta pembacanya melihat calendar 2012 yang mana 1 Ramadhan 2012 jatuh pada 20 Julai 2012 yang mana hari Jumaat. Malah 15 Ramadhan 1433 juga dikatakan jatuh pada hari Jumaat. Dan dari mesej berantai tersebut, dikatakan satu suara yang amat dahsyat akan didengar dari langit yang mana tidak dikatakan sebagai kiamat namun mampu menlenyapkan 2/3 dari umat bumi. Malah, disertakan juga sebuah kajian NASA yang mana tidak diketahui sumbernya tentang planet X yang mana akan melintasi bumi pada 21 Disember 2012 dan akan melenyapkan 1/3 baki manusia yang tertinggal di bumi.

Dalam fakta di atas, ternyata mesej berantai itu sendiri salah faktanya. Lihat saja kedudukan 15 Ramadhan 1433. Ianya bukanlah jatuh pada hari Jumaat tetapi sebaliknya hari Sabtu. Sepatutnya, aku sendiri, melihat kepada fakta yang jelas fake itu, tak perlulah berpanjangan bercerita, tetapi lebih baik kita kukuhkan pemikiran dengan semua yang ada di bawah ini.

Disebabkan ada yang meninggalkan komen di entry Illuminati Olimpik: Konspirasi Kita atau Mereka menggunakan hadis tersebut, lantas timbul minat untuk mencari sejauh mana penulisan tentang hadis tersebut sudah tersebar. Adakah kebenaran hadis ini benar benar tersokong? Atau adakah hadis ini dihukum sebagai palsu? Pencarian aku berakhir di sebuah laman milik Institut al-Qayyim (klik sini). 

Menurut penulis website tersebut, hadis ini dikatakan tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah. Blog tersebut memasukkan beberapa potong screen capture dari laman web islamweb.net yang mana berbunyi…  

"Hadith ini dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad (نعيم بن حماد) di dalam kitab al-Fitan (الفتن) daripada Ibn Mas’ud R.A. Di dalam sanadnya ada Ibn Lahi’ah (ابن لهيعة), dan ia adalah seorang yang lemah/dhaif, di dalam sanadnya juga ada ‘Abd al-Wahhab bin Husain (عبد الواب بن حسين), dan ia seorang majhul seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dan Ibn Hajar. Ada juga di dalam sanadnya rawi bernama Muhammad bin Thabit al-Banani (محمد بن ثابت البناني), beliau tergolong dalam individu yang ditajrihkan dan dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn Ibn ‘Adiy (ابن عدي), di dalamnya juga ada al-Harith al-A’war al-Hamdaniy (الحارث الأعور الهمداني ) dia termasuk pendusta hadith seperti yang dijelaskan oleh al-Sya’biy, Abu Hatim dan Ibn al-Madiniy. Abu Zur’ah pula berkata: “Tidak dijadikan hujjah dengan hadithnya.” 

Berdasarkan website tersebut juga, Al Hakim mengatakan hadith ini ganjil. Al Zahabi dan Ibn Al-Jauzi pula menghukum hadis ini sebagai palsu. Dari sebuah blog lagi (klik sini untuk sumber) satu sumber yang dinyatakan berasal dari Bahagian Penyelidikan JAKIM menyebut… 

“Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan (SANGAT LEMAH) atau Maudu’ (PALSU) . Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas. Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. 

Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui. Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul). Wallahu ‘alam. Semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya. 

Bahagian Penyelidikan JAKIM 
Cawangan Akidah

Malah, dalam entry yang sudah banyak dipost sana sini dalam blog blog untuk menentang kebenaran hadis palsu ini, disertakan juga beberapa pandangan dari Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Bekas Mufti Arab Saudi, Prof. Dr. Shaikh Husam ‘Affanah, Prof. Fiqh dan Usul, Universiti al-Quds, Palestin dan Dr. Ash-Sharif Hatim bin ‘Arif al-’Awni, pensyarah Universiti Umm ul-Qura, Mekah. Ketiga-tiga ulama ini menjawab hadith-hadith seperti ini adalah sangat lemah, malah palsu. 

Apabila ditanya tentang hadith di atas, jawapan Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz ialah.. 

“Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang kebatilannya.” 

Shaikh Husam ‘Affanah pula… 

“Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang lemah, kerana di dalam sanadnya ada Muhammad bin Thabit al-Banani, yang dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajr: “Lemah”, dan di dalam sanad itu ada al-Harith bin Abdullah al-A’war al-Hamdani, yang dikatakan oleh al-Hafiz (Ibn Hajr): “Asy-Sya’bi berpendapat dia pendusta, dan dituduh sebagai Syiah dan hadithnya lemah.” 

Hadith ini disebutkan oleh penulis kitab Kanz ul-’Ummal dan telah mengisyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Nu’aim ini adalah hadith lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. 

Wujud riwayat-riwayat lain yang lemah-lemah belaka, seperti riwayat Abi Umamah tentang suara di pertengahan bulan Ramadan. Ibn al-Jawzi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Mawdu’at (Hadith-hadith palsu), dan berkata selepas menyebut sanadnya: ‘Hadith ini tidak sahih.’ Berkata pula al-’Uqaili: ‘Dia ini ditinggalkan hadithnya, iaitu tentang salah seorang perawinya.’ Berkata pula Ibn Hibban: ‘Dia biasa mencuri hadith, dan tidak boleh berhujjah dengannya.’ Berkata pula ad-Daraqutni: ‘Hadithnya Mungkar.’… [dan seterusnya]” 

Akhir jawapannya, Shaikh Husam berkata: “Dengan ini, zahir kepada kita bahawa hadith-hadith ini tidak sabit daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan orangramai mesti berjaga-jaga daripada menyebarkan hadith-hadith yang lemah ini, dan hanya merujuk kepadda hadith yang sahih daripada Rasulullah S.A.W” 

Dr. Hatim al-’Awni pula menyatakan… 

“Hadith ini mempunyai lafaz-lafaz yang banyak, dan riwayat yang berbeza-beza, dan semuanya tidak sahih belaka.” 

Berkenaan kewujudan Planet X, Nasa sudah menjelaskan yang tidak ada planet sebegitu buat masa terdekat, penjelasan lebih lanjut boleh dilihat dan ditonton di bawah: 


Jadi, semoga kita berhati hati dalam menyampaikan kebenaran yang tidak kita ketahui sejauh mana kebenarannya. Ini kerana nabi sudah bersabda, “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di Neraka” Adapun tentang 2012 yang banyak diperkatakan, ini adalah soal lain, dan perlu dikaji lebih mendalam, berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih, dan peristiwa-peristiwa dunia yang sudah, sedang dan akan berlaku. Apa yang penting bagi kita sebagai seorang Muslim yang takutkan tuhan, hanya bersedia pada bila bila masa dan ketahuilah kiamat itu pasti dan bila masanya itu bukan kuasa kita.

p/s: maklumat dan segala data dipetik dari pelbagai sumber dan bukan menggunakan pendapat admin sendiri.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...