Akan Datang!

Tuesday, March 7, 2017

Review: Logan

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | James Mangold
Pelakon | Hugh Jackman, Patrick Stewart, Dafne Ken

Akhirnya, pengakhiran kisah Wolverine sudah tiba. Kalau kau tanya aku berapa lama dah filem pasal Wolverine ni ada di pawagam, ianya semenjak aku berada di darjah enam lagi. Bermakna, dengan watak yang tidak tua itu, Wolverine merentas masa dan menjadi filem superhero yang keluar masuk dalam dunia X-Men yang sangat-sangat penting dan menarik. 

Logan dikhabarkan menjadi sebuah filem pengakhiran untuk Hugh Jackman sebagai Wolverine. Katanya, sudah cukup sudah, sampai di sini saja, dia tidak mahu watak yang dipegangnya jadi bosan dan bosan. Dia mengharapkan yang Wolverine itu akan jadi segar semula jika ianya ada kembali lalu orang lain yang memegang peranannya. 

Seriously, this movie bukan untuk keluarga. Malah, aku rasa, ada juga yang akan tutup mata bila tonton babak filem ini yang agak gore dan violence. Aksinya memang tip top tanpa potongan, jika anda menonton di pawagam dan ianya akan memberikan kau rasa yang sangat-sangat best jika kau antara peminat filem sebegini. 

Dengar katanya, Hugh Jackman sanggup untuk dipotong gaji gara-gara nak realisasikan filem ini menjadi seganas ini. Fuyooo! 

Jika kau menonton watak Wolverine sejak muncul dalam trilogy asal X Men sekitar awal milenia, kau akan rasakan ini ialah antara filem yang layak untuk Wolverine ada. Treatmentnya nampak sangat realistik sehinggakan Logan kelihatan wujud dalam dunia biasa tanpa dibayangi wajah adiwira dan juga kuasa jahat yang cuba nak tawan dunia. 

Plotnya ringkas, serius dan mudah. Namun, ianya kelihatan lancar untuk meraikan ucapan selamat tinggal bagi Hugh Jackman punya Wolverine dan Patrick Stewart punya Prof X. Ada pengakhiran untuk sesuatu bukaan luas plot baru. Tapi, perlu kau ketahui juga, jika kau nak cuba untuk link beberapa point dalam filem ni sebagai kontinuiti dari filem lalu, maka ianya akan jadi sedikit complicated! 

Part tengah filem ni agak slow dan berat. Banyak bercakap tentang falsafah dan keinginan. Tentang apa yang terjadi di masa lalu, dan apa yang terjadi sekarang. Tentang kenangan mereka sebagai adiwira dan banyak lagi. Jika kau faham betul dan memang follower tegar filem X-Men, maka kau akan sedar yang apa yang dikatakan mampu buatkan kau sebak juga kadangkala. 

Untuk peminat filem Marvel, kau kena letakkan sedikit rasa kecewa kerana filem ini tidak banyak komedi dan juga aksi. Tetapi, di sebalik keseriusannya, komedinya masih ada satu dua yang menjadi. 

Bercakap tentang penjahatnya, aku rasakan filem ni lebih kepada penjahat yang tenggelam timbul. Entah kenapa, aku rasakan watak jahatnya kurang memberikan rasa dan hanya seperti watak jahat biasa yang tidak menjanjikan apa-apa yang baru. Ianya hanya berdiri sebagai pelengkap yang menjadikan Logan sebuah filem aksi. Itu sahaja! 

Apa aku boleh cakap, kalau kau pernah hidup dengan X-Men, membesar dengan X-Men dan melihat Wolverine dari dulu hingga sekarang, Logan ialah sesuatu filem yang harus kau tonton. Mungkin kau akan kecewa sebab Logan masih tak kenakan suit kuningnya macam dalam komik, tapi untuk sebuah filem aksi yang betul-betul tunjukkan cakarnya beraksi dengan brutal, this is the movie! 

Menyaksikan X23 yang bakal meneruskan legasi juga sesuatu kepuasan. Budak ni, memang tak banyak cakap, tapi aksinya memang sangat bisa! Tapi, walaupun ianya ialah generasi baru X Men yang bakal menjadi penyambung legasi Logan, ianya masih tidak dapat membawa aura kuat X24 a.k.a Wolverine! Apapun, both son and dad memang lakukan yang terbaiklah!

Sebuah pengakhiran Wolverine yang menarik untuk ditonton. Heavy, brutal dan juga realistik. Eh, apesal pula aku yang sedih ni! Waaaa…. 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...