Akan Datang!

Sunday, April 10, 2016

Review: Superman vs Batman - Dawn of Justice

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Zack Snyder
Pelakon | Hendy Carvill, Ben Affleck, Gal Gadot, Jesse Eisenberg

Dari Man of Steel sehinggalah sekarang, aku nampak DC Comics sebenarnya tidak menyasarkan kanak-kanak dan remaja dalam golongan penonton filem diorang. Filem Man of Steel sendiri memang agak berat dari garapan cerita dan memang bukan gaya Marvel. Jauh. Sangat jauh. Namun, selepas Superman vs Batman hadir, aku sebenarnya tertanya-tanya, adakah ianya satu naskah untuk menunjukkan yang jangan main-main dengan superhero DC? 

Mana tidaknya, Superman vs Batman memang sebuah filem yang lebih berat dan dalam. Walaupun ianya tidaklah berat sehingga kau tertidur macam kau tonton filem Cannes, filem ni perlukan pemahaman yang besar. Bagaimana filem ni digarap dengan cara Zack Snyder sendiri menjadikan hanya penonton filem Zack Snyder sahaja faham bagaimana filem ni bermula dan berakhir. 

Pada aku, Superman vs Batman sebenarnya ialah sebuah filem ‘say hello to Justice League’ yang biasa. Walaupun ianya dinaungi kegelapan dan penceritaan yang memang tak sesuai langsung untuk kanak-kanak, pada aku yang dewasa ni, filem ni masih boleh menangkap pada sesetengah bahagian. Cuma ialah, walaupun aku tak adalah mengantuk menonton filem ni, aku tidak nafikan filem ni tidak mampu segah promosinya. 

Watak Batman lakonan Ben Affleck memang nampak lain macam. Ben Affleck nampak macam fake benar seriusnya tetapi aku suka juga lama-lama. Dia antara watak Batman yang menjauhkan gaya biasa Batman. Namun, Snyder tidak memilih untuk melebihkan banyak perkara tentang Batman dan hanya membuatkan Batman kelihatan tidak menonjol pada penceritaannya. 

Tapi, aku akui yang filem ni dibesarkan kepada Superman. Lex Luthor juga antara perkara yang menenggelamkan Batman. Nampak benar walaupun Batman berada di tajuk, dia hanyalah tukang sampuk yang masuk campur dalam perihal Superman. Batman juga hanya melintasi jalan cerita Superman hanya untuk menunjukkan yang dia akan membentuk Justice League. Tak lebih dari itu. 

Aku suka bagaimana Superman dibincangkan sebagai seorang false God. Itu aspek besar yang aku paling suka dalam filem ni. Kita berharap kepada alien sedangkan ada superhero yang lebih baik daripada Superman! Aku suka. 

Namun, mimpi Batman yang seringkali masuk dalam cerita memang membuatkan aku frust. Aku sebenarnya berharap yang Batman benar-benar bergaduh di alam nyata dan bukannya kuat di dalam mimpi sahaja. Mimpi-mimpi ini dilihat sengaja untuk memanjangkan filem. Bukankah lebih baik ianya diletakkan tentang background Batman versi Snyder? 

Takkanlah dua hero yang superhebat ini bertarung dan kemudiannya terus baik. Ah, memang sangat-sangat senangnya Batman memaafkan selepas berdendam. Senangnya. Semudah ABC Batman boleh menjadi kawan Superman. Mengarut! Thankslah kepada Wonder Woman yang membuatkan filem ni nampak lebih enak untuk dikisahkan.

Malah, elemen cameo yang dipaksa dek kerana DC Comics tidak sempat untuk menunjukkan filem stand alone superhero seperti The Flash, Aquaman dan Cyborg juga antara perkara yang membuatkan aku terpukau. Selebihnya, ianya hanyalah sebuah pertarungan yang mengecewakan daripada aspek penceritaannya. 

Pada aku, filem ni ialah filem hiburan yang sengaja dipanjangkan. Ceritanya sedikit sahaja tetapi dilengahkan sehingga ianya menjadi meleret di awalnya, lalu dihimpunkan pula kepantasannya di hujung cerita. Ada emosi pada sesetengah babak yang menjadi. Contohnya, babak letupan ketika Superman diadili. Tetapi, terlalu banyak babak meleret yang mendukacitakan pendamba aksi superhero ini. 

3.5/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...