Akan Datang!

Saturday, November 21, 2015

Review: The Hunger Games - Mockingjay Part 2

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Francis Lawrence
Pelakon | Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Donald Sutherland

Mana penghujung yang sangat mendebakan dan epik tu ? Itu yang menjadi persoalan apabila selesai sahaja aku menonton The Hunger Games: Mockingjay Part 2. Aku bertanya soalan tu bukan kerana aku rasakan aku tak faham. Tapi, aku bertanya kerana sebagai sebuah bahagian akhir kepada siri The Hunger Games, aku tidak jumpa satu penghujung yang betul-betul meyakinkan dan juga berat untuk membuatkan penonton rasa sebak meninggalkan trilogy yang sudah berakhir ini. 

Sedikit kecewa. Itulah yang aku dapat luahkan apabila menonton Mockingjay Part 2. Bahagian yang seharusnya menjadi sangat epik dalam perjalanan Katniss dan Peeta ini memang gagal untuk menghabiskan ‘permainan’ yang bermula dengan gempak dan membuatkan penonton puas. Justeru, aku hanya mampu lega yang aku berjaya menghabiskan sisa penontonan siri The Hunger Games walaupun gagal mendapatkan rohnya yang sebenar. 

Apa yang aku jangka dari Mockingjay Part 2? Senang sahaja. Sebagai sebuah buku yang dibelah dua, seperti Twilight misalnya, aku mengharapkan skripnya dan ceritanya seharusnya lebih kuat dan bersemangat dalam bercerita. Maklumlah, menjadikan sebuah buku kepada dua filem bukan sebuah perkara mudah. Apabila Twilight berjaya melakukannya, The Hunger Games pula berada di pihak yang gagal. 

Mockingjay bermula dengan baik. Aku hanya mahu melihat Katniss itu bangkit dan membawa kepada adventure yang lebih baik. Keyakinan Katniss seolah-olah terselindung dengan pelbagai masalah yang nampak naik turun sekaligus menghalang Katniss dari menonjol. Aku sendiri kurang memahami kenapa Katniss seperti berada di belakang ‘permainan’ sedangkan dia seharusnya lebih menonjol. 

Adventure apabila geng Katniss sampai je kat Capitol nampak energetic . Cuba untuk membandingkannya dengan The Maze Runner, ya, Hunger Games dah mula kalah. Namun, aku rasakan bahagian-bahagian itu sahaja sehinggalah diserang mutan itu adalah momen-momen yang mendebarkan dalam filem ini. Selebihnya, sehinggalah pembunuhan beramai-ramai itu hanyalah pelengkap sahaja. 

Ending filem ini nampak tergesa-gesa. Mungkin bagi yang bakal menonton, jangan melepaskan saat-saat akhir filem sebab ianya sangat confusing kalau korang miss. Ending filem ni macam bullet train tetapi korang tak rasa pun keindahan sebuah ending yang epik. Bila ending tu jadi, aku macam cakap ‘tu je ke?’ dan cerita pun berakhir. Kasihan. 

Nampaknya The Hunger Game: Mockingjay Part 2 berakhir dengan sisa-sisa yang tidak mampu untuk membuatkan aku rasa kagum. Ya, aku terima sahaja filem ni sebagai penutup tetapi aku rasakan Katniss harus lebih gah dan epic daripada sekadar hanya berbekalkan panah dan busur serta emosi macam orang tengah haid. Huh! 

Capitol dan seluruh isi alamnya nampaknya terpaksa menerima semuanya yang terjadi. Aku juga nampaknya terpaksa menerima walaupun sedikit kecewa dengan pengakhiran ini. Sungguh, aku mahukan sebuah pengakhiran yang gah dan mampu buat aku teresak-esak meninggalkan dunia Panem. Tapi, malang sungguh, aku sedih sebab Twilight lagi best Part 2nya dari The Hunger Games. Kasihan. Sob3. 

3/5

1 comment:

Kakak Cantik said...

oo yeke? nak pi tengok tapi tkde geng. yg mocking jay part 1 tu best. tapi dgr tak best mals plak nk tgok. tgu online je la huhu

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...