Akan Datang!

Saturday, May 23, 2015

Review: Spy

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Paul Feig
Pelakon | Melissa McCarthy, Jason Statham, Jude Law

Aku sebenarnya agak terkejut dengan filem Spy. Filem Paul Feig kali ni nampak ketara berbeza dan memang filem yang memuaskan dari filem yang menampilkan Sandra Bullock, The Heat. Spy memang sebuah filem yang ringan tetapi pada masa yang sama menyajika banyak moment komedi yang berjaya. Even aku rasa dalam memparodikan filem spy (lebih khususnya James Bond), Kingsman lebih menyerlah, Spy juga ada sesuatu yang menyegarkan. 

Di sebalik Melissa McCarthy yang sangat mencuit hati, filem ni memang memberikan sisi Statham, si pelakon aksi yang berbadan sasa dari sudut berbeza. Filem ni memang takkan membenarkan penonton untuk tengok Statham sebagaimana korang tengok dalam filem Transporter mahupun Expendables. Korang tahu, rupanya mamat ni pandai juga berlawak. 

Walaupun kehadiran Statham dalam filem ni sangat sebenarnya hanya untuk memeriahkan suasana, aku rasakan Statham ialah pak sibuk yang berjaya. Nasib baik kelakarnya menjadi walaupun wajah tegasnya memang tetap ada. Al amklumlah, dia bukan the real pak lawak. Thanks to the great dialogue yang memang buatkan penonton rasa nak muntah dan menjadikan Statham seolah-olah mampu melawak dengan baiknya. 

Di sisi ceritanya pula, Spy memang sebuah parody James Bond yang jelas dan nyata. Memang filem ni cuba untuk menjadi parody filem James Bond namun, ianya hanyalah lawak CIA yang dipaparkan nampak dihuni oleh orang-orang yang nampak dungu dan bodoh tapi tak boleh dipandang rendah. Nak mencari misi undercover dalam filem ni, yeap, ianya ada. Tapi, tak lah penting sangat undercover tu! 

Komedi filem ni tidak menjengkelkan. Pada certain part, McCarthy memang berjaya menjadi dirinya sepertimana korang tonton dalam filem-filem terdahulu. Babak McCarthey bawa motor ada bumbung tu mungkin antara moment kelakar yang best. Namun, ending filem ni yang memperbodohkan watak Statham dilihat antara komedi yang sempurna dan juga baik! Oh ya, tak lupa juga babak Susan Cooper nak kejar bom dalam beg Rick Ford! 

Filem ni dipenuhi dengan ‘journey’. Watak McCarthy dilihat memaparkan cliché Hollywood yang biasa. Macam filem-filem yang korang biasa lihat, orang yang tidak pernah dijangka akan melakukan misi yang memang tak sesuai untuknya. 

Spy juga banyak menggabungkan muzik-muzik popular yang sering kita dengar. Ianya menjadikan filem ni meriah dengan muzik. Komposisi lagu memang memuaskan dan memang menghiburkan suasana! 

Kesimpulan ringkasnya, kalau korang tanya akulah, aku akan rasakan Spy memang filem komedi spy yang ok. Tetapi, disebabkan Kingsman ‘lahir’ pada tahun yang sama, aku lebih rasakan Kingsman berjaya menjadi filem parody spy yang lebih power dan semulajadi. 

Spy memang menghiburkan. Namun, elemen spynya kurang. Aku hanya rasakan filem ni hanyalah sebuah filem komedi yang biasa namun menghiburkan pada masa yang sama. Spy menggabungkan twist yang unpredictable bagi penonton biasa, namun bagi yang banyak menonton filem, korang akan dapat rasakan plot cerita ini mampu diagak. Sebuah filem yang menggabungkan kekuatan lakonan komedi yang sempurna. Statham dalam rasa yang baru!!! 

3.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...