Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Wally Pfister
Pelakon | Johnny Depp, Rebecca Hall, Paul Bettany
Sebuah skrip yang sangat lurus namun dalam kelemahan yang ada, love story yang ada menjadi satu satunya bukan kekurangan dalam filem ni. Transcendence seperti sebuah kepelikan yang cantik, namun dalam setiap sisinya ada kekurangan yang sangat memerlukan jangkauan akal yang tidak mampu dicapai. Senang cerita, apa yang dipaparkan seperti berada pada sebuah dasar percaya yang menjangkau akal. Dan senang cerita, ianya tidak mampu dimengerti dengan logik.
Filem arahan Wally Pfister yang sebelum ni adalah pengarah sinematografi ni berjiwa besar. Cerita tulisan Jack Paglen ni cuba bercerita tentang kuasa teknologi yang menjadi Tuhan. Namun, dalam penceritaannya, ada love story, harapan dan keinginan, serta persoalan tentang sejauh mana pemahaman manusia pasal benda yang tidak mereka fahami.
Secara jujurnya, filem ni terlalu besar untuk dijelaskan. Namun, Pfister hanya memberikan layanan yang mudah terhadap ceritanya. Namun, kegagalan skripnya yang agak lurus dan tidak menjanjikan kekuatan yang skala tinggi tidak mampu memberikan Transcendence sebuah keajaiban yang tersendiri. Dengan erti kata lainnya, Transcendence hanyalah filem biasa yang tenggelam dalam impian untuk menjadi besar. Tiada sesuatu yang menakjubkan. Predictable!
Korang akan perasan yang cerita ni lebih kepada ‘yes’ dan ‘yes’. Setiap tingkahlaku tiada penolakan dan kelihatan seperti tiada halangan yang membentuk cerita ke arah jalan yang lebih susah.
Namun begitu, aku suka filem ni. Even filem ni sebenarnya flop semasa tayangannya, aku rasakan Transcendence mampu memberikan kekuatan pada sisi cerita isi hati, cinta dan kemanusiaan. Walaupun cerita cinta Will Caster dan Evelyn kelihatan cliché dan tidak mampu menjanjikan sesuatu yang baru, kekuatan Johnny Depp, even dia ni sekejap je muncul di skrin bersama Rebecca Hall, mampu memberikan cerita cinta yang cantik.
Bagi yang mengharapkan aksi tanpa henti, mungkin mengharap seperti Eagle Eye gamaknya, filem ni tidak mampu memuaskan anda. Kekuatan pada aksi memang tiada. Malah, Pfister tidak menekankan kekuatan cerita, secara peribadilah. Apa yang aku nampak hanyalah penekanan terhadap visual efek dan sinematografi yang menakjubkan.
Walaupun filem ni biasa dan predictable, aku secara jujurnya menyukai filem ni. Elemen yang menjadi kekuatan filem ni ialah pada kisah pasangan kekasih Will Caster dan Evelyn. Aku tak nafikan cerita mereka sebenarnya kekuatan sebenar. Maka, Transcendence tidak menjadi sebagai sebuah filem sains yang bercerita tentang benda besar, tetapi menjadi sebagai sebuah filem sains yang bercerita tentang cinta.
Predictable! Too simple! Namun berjaya pada kisah cintanya. Transcendence mungkin flop pada kutipannya, namun pada aku, boleh juga rasa touchingnya. Untuk lebih pengalaman dengan kisah si finya, Transcendence tak mampu berikan itu. Sebuah filem yang tidak mampu memberi kepuasan pada sains fiksyennya, especially yang mengharapkan aksi besar dalam filem tentang kepintaran buatan sebagai Tuhan.
3/5
No comments:
Post a Comment