Macam sebelum ni aku kata, aku kurang memahami keseluruhan cerita Pecah. Tetapi, aku dapat tangkap beberapa plot yang aku dapat simpulkan secara keseluruhannya. Novel itu agak susah ditangkap. Kini, menonton Pecah versi filem pula. Arahan Black ini nampak sedikit ringan dan sebagai seorang yang sudah membaca novelnya, Pecah versi filem memberi sisi baru yang lebih mudah difahami untuk cerita Khairulnizam Bakeri ini.
Keseluruhannya, filem heist sebegini memang kalau nak dibandingkan dengan heist Hollywood memang jauh panggang dari apilah. Melihat adegan rompakan dalam filem secara visual tidak memberikan gambaran sepertimana penulis novelnya gambarkan dalam novel. Namun, sebagai filem Lightbulb yang sebelum ini telah ‘mengecewakan’ aku dengan Bisikan Syaitannya, Pecah antara filem yang menunjukkan ‘kami bikin filem bukan main main’.
Ada kurang ada bagus tentang filem ni. Masing masing naik turun sepanjang filem ni berjalan untuk mencapai garis penamat. Pertamanya, saat permulaan filem ni yang mana sangat memberikan satu tanda tanya menjadi. Visualnya sangat baik dengan skor muzik dan suasana yang membentuk. Ternyata ianya momentum yang bagus untuk satu permulaan. Malangnya, aku tak rasakan kredit title itu perlu. Bagi yang belum membaca novel, kredit title tu macam buang masa. Bagi yang dah baca, mungkin itu kali pertama korang akan lihat watak divisualkan.
Rompakan itu! Ergh. Aku nak tak nak terpaksa terima saja kekurangan yang kita ada. Aku harapkan visual itu tenang dan tidak tergesa gesa. Tapi biasalah, bila cerita melayu, aksi yang nak ganas perlulah dilengkapkan dengan jeritan dan juga kekalutan yang tidak kenal apa itu ‘objektif’. Kesian benar disepak terajang pelakon ekstra itu untuk dapatkan ekspresi muka sakit yang real. Tambahan pula, kesian benar bila jonkong emas nampak macam balutan coklat Cadbury!
Abaikan. Yang pasti, rompakan itu telah trigger satu cerita jalan pertama (jalan kedua, Bakar, tidak aku pedulikan) yang akhirnya membawa kita kepada inspector polis yang sangat best! Suka gaya Fizz Fairuz walaupun gaya cemasnya bila dia terkejut dapat tau berita sangatlah dibuat buat. Nampak plastik benar saat dia arahkan pegawainya dalam keadaan terjerit jerit.
Mungkin yang tidak membaca, filem ni akan sedikit menimbulkan tanda tanya. Tetapi, objektif untuk menjadikan Pecah sebagai dua lidah berbeza adalah perkara yang bagus. Pecah filem lebih mudah difahami. Pecah novel macam aku katalah, agak sukar bagi aku (secara peribadi. Berada di dua dua lidah memudahkan lagi pemahamannya.
Lakonan Tony Eusoff amatlah kurang meyakinkan. Apa yang aku nampak Shoffi Jikan amatlah sangat memberansangkan. Wataknya yang sedikit pelik membantu menghidupkan Alan dengan baik. Malang sungguh bila watak doktor tu macam ‘malas’ je nak berlakon. Haish! Layu je aku tengok. Pujian untuk Fizz Fairuz juga walaupun wataknya hilang tanpa berita apabila filem ini alih arah untuk ke plot yang tak de kaitan dengan polis tuh!
Apa yang aku lihat di sini, Pecah ada beberapa sisi yang aku kurang suka. Penulisannya cantik. Malangnya, aku tidak rasakan penulisannya tenang untuk mengajak semua rakyat yang tak kira baca atau tidak novelnya untuk bersama sama. Pecah seperti arahkan, “kau baca novel, then tonton filem! Kalau tak, siap kau!”. Gayanya pada awal awal tu bagus. Tapi, semakin ke tengah, gayanya sudah seperti tergesa gesa. Banyak elemen penting ditinggalkan dan dibiarkan kekal dalam buku! Which is for me sangatlah tidak bagus untuk sebuah filem yang memerlukan detail yang lebih untuk misterinya.
Keduanya, aku agak salute kepada skornya. Walaupun nampak murahan, ianya menjadi. Malangnya, kat mana skor tu ditempatkan sangatlah mengundang tawa. Yalah, babak Alan pandang Lidya pun muzik cam ape tah! Aku harapkan babak itu kosong tanpa muzik untuk elakkan penonton sangkakan ada something between them. Tapi, lain pula jadinya. Haish.
Overall, orang muda mungkin akan kata filem ni best! Orang tua pula akan kata filem ni perosak akhlak. Orang macam aku pula akan kata, Pecah antara karya luar kotak yang memeriahkan. Tak kira baik atau buruk filem ni, sekurang kurangnya Lightbulb boleh bangga yang filem ni tidaklah seteruk filem Bisikan Syaitan tuh! Dari novel Fixi, Pecah antara cubaan yang agak bagus walaupun aku rasa kita boleh pergi lebih jauh dari ni kalau banyak aspek dikemaskan semasa bikin filem.
3/5
3 comments:
Sopi jikan best! watak dia memang hidup bak ang. jalan cerita yang menarik.. adaptasi novel fixi. awesome!.
aku baru lepas tgk filem ni..cerita best.. cuba bikin luar dari pada kotak....usaha org yg terlibat dalam filem ni amat membanggakan..patut cerita ni buat 120minit baru dapat moment2 yg ada dalam novel... tapi apa pun kualiti melibatkan masa..masa melibatkan kos/wang .. apa yg ada dalam filem pecah ni kira ok la kalu nak banding cerita2 yg bajet juta2
cerita ok filem ni ..respen la org yg terlibat..bajet pun 650ribu (tertgk website finas) tolak campur anp..print jadi 200ribu..pada filem yg juta2 tu ..
kualiti tu masa..masa tu kos/wang..kalu depa ni dapat bajet mcm cerita2 lain yg juta2.. lain jadinya.. ni depa yg bagi duit tu roti canai punya harga dapat roti canai la...cer depa bagi pizza punya harga..dapat la pizza..
Post a Comment