Akan Datang!

Sunday, July 21, 2013

Review: Pacific Rim

Pertama, filem ni filem kaiju. Menatang apa filem kaiju tu? Filem kaiju tu macam filem ultraman. Filem monster besar besar, pastu bertarung atas set rumah dan bukit bukau palsu. Budak budak terngaga tengok walaupun mereka bulat bulat kena tipu. Pacific Rim bergerak dengan konsep yang sama. Tapi sudah namanya Hollywood, apa saja yang kita nak, mereka boleh reka. Dari Guilermo Del Toro, lelaki di sebalik Hellboy, Pacific Rim satu lagi level baru filem kaiju. 

Ini bukan filem seperti filem ultraman ataupun Godzilla yang dalam versi jepun. Filem ni memenuhi ruang hiburannya dengan memberi satu perspektif baru sebuah dunia yang dipenuhi monster. Filem Pacific Rim mensasarkan manusia dewasa untuk berasa kagum. Mungkin yang dah muak melihat lelaki dalam kostum berlagak macam monster dalam filem kaiju jepun, filem ni memenuhi impian penonton untuk melihat kaiju versi visual efek. 

Ternyata, dunia dalam Pacific Rim jauh lebih hebat berbanding dunia kaiju Japanese. Semuanya adalah imaginasi luar batasan yang sangat mengagumkan. Dengan visual pertarungan yang sarat dengan visual efek yang berat, penonton dapat merasai bagaimana Jaeger tersebut dikawal dengan visual kawalan Drifting yang sangat mengagumkan. Jika anda rasa pengalaman melihat Tony Stark dalam suitnya mengagumkan, melihat manusia mengawal Jaeger dalam filem ini dua kali ganda lebih dari itu. 

Pacific Rim terletak kekuatannya pada visual efek. Malah, aku juga rasakan beberapa babak emosi antara kekuatan dalam filem ni. Cerita Mako Mori adalah kekuatan terbaik untuk mengekalkan emosi dalam masa penonton sibuk melihat pertarungan. Semuanya disatukan membentuk sebuah filem pertarungan gergasi tergempak untuk 2013. Bunyi ngaumannya, dentumannya, efeknya dan juga pertarungan luar batasan memeriahkan dunia filem ni. 

Masa mula mula filem bermula, aku agak terkejut sebab filem ni tidak membariskan pelakon pelakon yang agak terkenal sebagai pemain utama. Dari awal hingga akhir, Idris Elba dan Ron Perlman sahaja yang aku kenal. Pada mulanya, ianya sangat menampakkan murahnya filem ni. Yalah, penerbit habiskan duit untuk efek dan abaikan kekuatan lakonannya. 

Tetapi, secara keseluruhannya, aku nampak pelakon itu popular atau terkenal atau tidak bukanlah satu perkara utama dalam hiburan Pacific Rim. Kekuatan pada plotnya, dan juga pertarungan dah oh ya, komedi dua mamat yang aku tak kenal tetapi sangatlah best walaupun sangat cemerkap dan gopoh gapah. Ada momentum yang sangat deras sehinggakan minit filem ni tidak meninggalkan ruang untuk penonton berehat. 

Pacific Rim memang filem kaiju untuk orang dewasa. Dengan penaik tarafan kaiju menggunakan CGI, Pacific Rim memberikan ruang untuk kita melihat pertarungan yang lebih bagus dan tidak terjangkau akal. Ternyata, pada aku, jika harga tiketnya mahal sedikit pun, aku sanggup bayar. Penggunaan audionya menyeluruh dimana setiap masa berisi dengan music skor yang cantik dan ngauman raksasa yang membingitkan. Itu aku suka! 

Mungkin bagi orang yang tak sukakan efek dan bunyi bising yang banyak akan mendapati visual filem ni sukar untuk ditonton. Sudahlah pertarungannya dalam hujan pada waktu malam, monster pula besar besar. Jadi, apa yang aku kata ada yang suka dan ada yang tidak suka. Justeru, terserah pada korang untuk menilai filem ni. Pada aku, aku suka filem ni. 

Pacific Rim memang khas untuk peminat filem aksi yang dahagakan aksi tanpa henti dengan visual efek yang hebat. Skripnya yang mantap dan simple, dan dimeriahkan dengan emosi yang dibina agak baik, ditambah pula dengan robot raksasa yang mengagumkan membuatkan Pacific Rim adalah filem kaiju tergempak pernah aku saksikan. Bersedia untuk terlopong menyaksikan manusia melawan raksasa. Ingat, kali ni Ultraman bukan lagi hero! 

4.5/5

2 comments:

Shahrul Yusof said...

Aku tak berkesempatan menonton filem ni di panggung. Kemungkinan akan membeli versi DVD nya nanti. Daya penarik pada filem ini, adalah pada pengarahnya, Gullermo del Toro, sebab pada aku, dia bijak menggunakan CGI bila perlu berbanding dengan Michael Bay yang suka sangat main explosion sampai pening aku nak follow plot filem dia.

nuranne said...

the only thing i like pasal movie ni ialah robot2 tu. the jokes, pelakon, emotional part, totally lame.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...