Kejadian James Holmes masuk ke dalam panggung dan menembak penonton yang sedang menonton filem terbaru Christopher Nolan, The Dark Knight Rises bukan yang pertama terjadi. Filem Hollywood banyak memberikan inspirasi kepada penjenayah dalam membina jenayah mereka. Jom, inilah dia 23 filem yang menjadi inspirasi para pembunuh psycopath dalam menjalankan misi membunuh mereka.
THE DARK KNIGHT RISES (2012)
Dunia dikejutkan dengan tragedi mengerikan di Colorado, Amerika Syarikat pada 20 Julai yang lalu apabila seorang pemuda bernama James Holmes telah memecah masuk ke dalam sebuah pawagam yang sedang menayangkan filem "The Dark Knight Rises" dan menembak para penonton dengan membabi buta, menyebabkan kecederaan pada 58 orang awam dan mengorbankan 12 nyawa.Ketika dia ditangkap, Holmes yang berambut merah dilaporkan mengakui dirinya The Joker, dan menyebabkan media membuat spekulasi bahawa dia merupakan seorang lagi manusia psikotik yang terpengaruh dengan filem yang ditontonnya.
NATURAL BORN KILLERS (1994)
Aneh sekali, apabila filem ini sendiri sebenarnya diinspirasikan daripada kisah pasangan jenayah sebenar, Charles Starkweather dan Caril Anne Fugate. Namun selepas penayangan filem ini, ia menjadi sumber begitu banyak kes jenayah melibatkan pasangan kekasih.
Antara kes yang popular ialah jenayah yang dilakukan pasangan Sarah Edmonson dan Benjamin Darrus. Edmonson dan Darus telah membunuh dua orang mangsa selepas menonton filem tersebut beberapa kali dan mengambil dadah jenis LSD. Ia juga mempengaruhi para penembak dalam kes pembunuhan besar-besaran di Columbine pada tahun 1999 apabila para penyiasat menemui jurnal Eric Harris dan Dylan Klebold yang tertulis "Going NBK" yang menandakan permulaan serangan mereka. Sementara itu, dalam sebuah pita audio, pembunuh Jeremy Steinke mendakwa bahawa penyembelihan ibu bapa dan abang teman wanitanya merupakan pembuktian cintanya seperti dalam filem tersebut.
Selain tiga kes ini, ia juga mempengaruhi beberapa kes jenayah seperti kes Nathan Martinez yang membunuh ibu dan kakaknya selepas menjadi obses dengan filem tersebut, Angus Wallan dan Kara Winn yang telah membunuh rakan sebilik mereka dan Eric Tavulares yang membunuh rakannya Lauren Aljubouri ketika mereka sedang menonton filem tersebut.
SET IT OFF (1996)
Dua orang wanita dan tiga remaja perempuan ditangkap pada tahun 1998 dan disabitkan kesalahan merompak. Selepas menyoal siasat tertuduh, polis mengesahkan yang kumpulan ini telah terinspirasi untuk melakukan rompakan seperti yang berlaku dalam filem Set It Off, sebuah filem yang dibintangi Queen Latifah, Jada Pinkett Smith dan Vivica A.Fox. Kumpulan itu dikatakan telah menonton filem itu sebanyak beberapa kali sebelum cubaan merompak. Polis menemui salinan filem tersebut di rumah mereka selepas geledahan di buat.
WEDDING CRASHER (2005)
Amat pelik apabila sebuah filem komedi pun tersenarai dalam filem filem yang menjadi inspirasi pembunuhan. Sebenarnya, kejadian ini terjadi secara tidak sengaja akibat meniru satu adegan dalam filem tersebut. Olga Louniakova, seorang pelajar Oxford School of Hair Design di Conneticut telah mencampurkan minuman dengan Visine (seperti yang ditunjukkan Owen Wilson dalam filem ini) yang mana menyebabkan diarrhea dan juga keracunan.Malangnya, disebabkan dia telah tersalah gelas sehinggakan menyebabkan penyelianya keracunan, dia disabitkan kesalahan dan didenda dua tahun di bawah tempoh percubaan. Beberapa insiden juga banyak berlaku apabila pelajar melakukan prank terhadap rakan rakan mereka.
FIGHT CLUB (1999)
Taksub dengan adegan akhir filem ini, seorang remaja bertindak di luar jangkaan apabila membuat sebiji bom dan meletupkannya di depan kedai Starbucks. Malangnya, bom yang dibuat tidak cukup untuk mencederakan. Bom tersebut hanya mampu merosakkan beberapa buah kerusi panjang yang berada di situ saja.
CHILD'S PLAY (1988)
Kisah tentang anak patung pembunuh itu telah mempengaruhi pembunuh bersiri Australia yang bernama Martin Bryant, apabila dia membunuh 35 orang awam dalam satu kejadian di Port Arthur pada tahun 1996. Dilaporkan Bryant menjadi obses dengan karakteristik keanak-anakan patung tersebut dan pakar psikiatri telah melaporkan bahawa filem tersebut menjadi satu daripada faktor yang menyebabkan kes di Port Arthur tersebut.
Manakala pada tahun 1992, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Jamie Bulger maut apabila dibaling dengan batu oleh dua peminat filem tersebut yang berusia 10 tahun di Liverpool. Di Manchester pula, seorang gadis berusia 16 tahun bernama Suzanne Capper diseksa sebelum dibakar oleh pelaku yang terus-menerus mengatakan, "I’m Chucky. Chucky wants to play" ("Saya Chucky. Saya nak bermain.")
MAGNUM FORCE (1973)
Di tangan yang salah, idea yang baik boleh mengundang bencana. Bahan pencuci Drano agak baik kesannya apabila disimbah ke dalam paip saliran untuk mencuci paip tersebut. Tetapi, apabila William Andrews memaksa mangsanya meminum Drano, kesannya amatlah dasyat. Selepas Andrews mengetahui yang bahan tersebut tidak mampu membunuh mangsanya, dia telah membunuh dengan kejam. Andrews disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman suntikan maut pada tahun 1992.
QUEEN OF THE DAMNED (2002)
Akasha, yang dilakonkan oleh mendiang Aaliyah dalam filem ini adalah seorang vampire yang menguasai tentera dan pengikutnya. Scot Alan Menzies, penggemar filem telah obses sehingga mengakui Akasha adalah ratunya dan menyatakan Akasha telah hadir dalam kehidupannya beberapa kali. Ketaatan itu akhirnya melampaui batasan apabila dia telah menyembelih rakan baiknya, orang yang telah memperkenalkan filem tersebut. Dikatakan darah rakannya itu diminum sebagai satu ritual penyembahan dengan harapan dia akan bertukar menjadi seorang vampire.
CLOCKWORK ORANGE (1971)
Selepas filem ini ditayangkan pada tahun 1971, terlalu banyak jenayah yang berlaku dan dikaitkan dengan filem ini sehingakan pengarahnya, Stanley Kubrick sendiri telah menarik filem tersebut dari tayangan di Britain.
Antara jenayah yang telah mengambil inspirasi dari filem ini berlaku pada tahun 1973. Pertama, beberapa orang pemuda berusia 16 tahun meniru babak dalam filem ini dengan menyerang seorang gelandangan, memakai pakaian seragam yang sama dengan watak-watak dalam filem ini dan menikam seorang budak yang lebih muda daripada mereka. Sementara itu, di Lancashire, seorang gadis Belanda diperkosa secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki yang menyanyikan lagu "Singin’ in the Rain", lagu yang dinyanyikan oleh watak Alex dalam satu babak filem ini.
AMERICAN HISTORY X (1998)
Mungkin filem ini boleh dikatakan sebagai filem yang banyak menggambarkan racism dan neo-fascism dalam erti kata yang sukar untuk ditelaah oleh penggemar filem. Beberapa adegan dalam filem ini kurang difahami penonton dan satu daripadanya di mana seorang mangsa buli skinhead diarah untuk melakukan sesuatu telah menjadi inspirasi untuk remaja remaja German Neo-Nazi membunuh rakan sekelas Yahudi mereka.
THE DEER HUNTER (1978)
Filem ini bukanlah menginspirasikan pembunuhan ataupun jenayah. Ianya telah menginspirasikan bunuh diri. Plotnya yang senang yang mana mengisahkan seorang askar Amerika yang ditangkap tentera Viwt Cong dipaksa untuk bermain Russian roulette. Nick, yang mana seorang tahanan telah memilih untuk tinggal di dalam tahanan untuk bermain permainan itu untuk wang. Malangnya, dia akhirnya ditangkap kerana menipu dalam permainan.
Russian roulette memang sebuah permainan yang menakutkan. Namun, banyak yang cuba menjadi seperti Nik. Mickey Culpupper satu daripadanya. Dia tertembak dirinya sendiri setelah bermain Russian roulette seperti dalam filem tersebut. Beberapa kes yang sama juga dilaporkan terjadi di Filipina, Finland dan Lebanon. Pada 1980 juga, seorang lelaki telah ditangkap dan diseksa seperti apa yang terjadi dalam babak seksaan oleh Viet Cong dalam filem ini.
THE BASKETBALL DIARIES (1995)
Dalam “The Basketball Diaries”, Leonardo DiCaprio melakonkan watak pemain bola keranjang berbakat yang semakin jatuh akibat ketagihan heroin. Dalam satu babak filem ini, DiCaprio bermimpi di mana dia memakai kot trench hitam dan memasuki sebuah kelas dengan sebatang senapang dan menembak rakan sekelasnya.
Pada tahun 1996, Barry Loukaitis telah memasuki sebuah kelas dengan kot trench berwarna hitam yang menyembunyikan pistol, peluru dan senapangnya sebelum menembak pelajar yang berada di dalamnya, menyebabkan tiga mangsa terkorban.
THE FISHER KING (1991)
Adegan ketidak puasan hati di sebuah kafetaria sehinggakan menyebabkan insiden tembak menembak ini telah menjadi inspirasi penonton filem, George Hennard untuk menembak mangsanya di sebuah restoran di Texas. 22 orang pelanggan terbunuh termasuk Hennard sendiri.
THE MATRIX (1999)
Selepas "The Matrix" mendapat sambutan ramai, ramai juga orang gila yang cuba untuk mencipta semula babak dalam filem ini dalam realiti. Ramai pembunuh merasionalkan bahawa orang yang mati bukanlah manusia sebenar. Contohnya, selepas menyembelih tuan rumahnya, pelajar pertukaran asing dari Sweden bernama Vadim Mieseges memberitahu polis bahawa dia telah 'termasuk ke dunia Matrix'. Seorang lagi penyewa bernama Tonda Lynn Ansley juga telah membunuh tuan rumahnya dan menganggap kejadian itu sekadar mimpi kerana percaya dia berada dalam Matrix.
Sementara itu, seorang remaja bernama Lee Boyd Malvo menjadi pembantu John Allen Muhammad dalam serangan penembak hendap di Washington pada tahun 2002. Dalam sesinya bersama ahli psikitari Dewey Cornell, dia telah menonton filem tersebut lebih daripada 100 kali.
MONEY TRAIN (1995)
Seorang peminat filem telah cuba membina semula babak pembunuhan dalam filem ini dengan meletakkan bahan pencucuh dalam terowong keretapi seperti yang dilakukan dalam filem ini. Cuma yang berbezanya, dalam filem ini karakter tersebut selamat. Tetapi, di realitinya, peminat tersebut meninggal dunia kerana tidak sempat menyelamatkan diri.
TAXI DRIVER (1976)
Antara kes yang paling popular, John Hinckley Jr. telah cuba untuk melakukan pembunuhan terhadap Presien Amerika Ronald Reagan pada tahun 1981 bukan sahaja kerana obses dan inginkan perhatian pelakon Jodie Foster, malah kerana dia merasakan watak lakonan Robert De Niro memiliki keadaan yang sama dengannya.
Dalam filem itu, watak De Niro, Travis Bickle cuba untuk membunuh seorang calon presiden untuk menarik perhatian seorang gadis. Hinckley yang sememangnya berangan ingin memiliki Jodie Foster ketika itu membuat keputusan untuk melakukan hal yang sama. Malangnya dia gagal apabila Ronald Reagan selamat dalam misinya. Hinckley didakwa dengan pelbagai jenayah tetapi didapati kurang siuman, menyelamatkannya dari hukuman penjara.
THE COLLECTOR (1965)
Sebuah filem British yang mengisahkan tentang pengumpul rama rama yang jatuh hati kepada Miranda. Apabila dia ada cukup duit untuk membeli rumah, si psikopath ini merancang untuk menculik Miranda dan menjadikannya salah satu koleksinya dalam usaha untuk membuatnya jatuh cinta.20 tahun selepas filem ini ditayangkan, beberapa kejadian culik dan bunuh yang berinspirasi dari filem ini terjadi. Antara yang terkenal adalam pembunuhan bersiri oleh Leonard Lake dan Charles Ng. Lake dalam diarinya menulis sesuatu yang dikenali sebagai Operation Miranda yang mana menggambarkan proses penculikan dan penyeksaan Kathy Allen dan Brenda O'Connor. Dua orang psikopath tersebut telah membina bunker untuk mengurung dua orang mangsa tersebut untuk tujuan seks.
Dua penjenayah ini juga merakam setiap perlakuan dalam sebuah pita video yang dilabel sebagai 'M Ladies'. Apabila semua usaha mereka tidak berhasil, mangsa dibunuh. Ng ditangkap semasa membeli belah manakala Lake pula membunuh diri.
ROBOCOP 2 (1990)
Sekuel kepada filem "RoboCop" ini bukanlah filem yang dianggap berjaya malah menerima banyak kritikan oleh penggemar filem. Namun kisah polis cyborg ini menjadi ilham gila seorang pembunuh bersiri bernama Nathaniel White yang telah melakukan banyak pembunuhan ketika berada dalam tempoh parol pada awal 90-an. Dia membunuh mangsa pertamanya, seorang wanita hamil bernama Juliana Frank dengan cara yang sama dengan babak dalam RoboCop.
Jelas White, "Wanita pertama yang saya bunuh sama macam dalam filem "RoboCop". Saya tengok dia mengelar leher seseorang dan kemudian menolak pisau itu ke dada dan perut mangsa lalu meninggalkan mangsa dalam satu kedudukan. Dalam pembunuhan pertama saya, saya lakukan hal yang sama."
THE LAST SEDUCTION (1994)
Filem tahun 1994 itu yang mana dibintangi oleh Linda Fiorentino yang memegang watak seorang yang tinggal di New York yang berpindah ke sebuah pekan kecil selepas mencuri wang suaminya yang mana seorang penagih dadah itu juga pernah dijadikan inspirasi pembunuh. Pada tahun 2007, Seorang penari bogel yang telah membunuh tunangnya, Kent Leppink dengan mempengaruhi kekasih gelapnya, John Carlin telah mengikut plot filem Hollywood thriller ini. Dikhabarkan yang motif pembunuhan adalah kerana Linehan mahukan wang insurans milik tunangnya.
SAW (2004)
Benjamin Scott, seorang penagih dadah telah dipenjara kerana membunuh rakannya dengan cara yang diinspirasikan dari filem brutal ini. Dia telah dituduh menyiat dan menikam mangsa, Gary Betch sebanyak 12 kali di mata, kepala, muka dan belakang selepas satu pertengkaran. Dia yang telah dibebaskan telah tinggal di rumah kekasihnya, Amy Perrin dan bersama anaknya.
Scott ada memberitahu Perrin yang dia akan lakukan sesuatu yang gila untuk masuk semula ke dalam penjara. Miss Perrin, yang mana berada di tempat kejadian menyatakan kepada hakim yang kejadian itu tak ubah seperti adegan filem Saw. Scott mengakuinya. Polis yang mengeledah flatnya menemui DVD siri filem tersebut dalam koleksinya.
SCREAM (1996)
Filem ini diterbitkan sebagai satira kepada genre horror. Malangnya, ianya juga telah menyumbang kepada pembunuhan yang terinspirasi daripada filem tersebut. Dua orang remaja dari Yorkshire dikatakan tela terpengaruh dengan adegan berdarah dalam filem itu yang mana menampilkan pembunuh yang dikenali sebagai Ghostface. Pada hari kejadian, mereka dikatakan telah menonton filem tersebut di rumah seorang pengedar dadah. Selepas berada di bawah pengaruh dadah, mereka dikatakan telah cuba untuk membunuh rakan masing masing berulangkali dengan menikam seperti adegan akhir filem ini. Polis menyatakan bahawa mereka menjumpai banyak lakaran Ghostface di dalam buku sekolah mereka semasa siasatan.
Satu lagu kes pembunuhan yang diinspirasikan dari filem ini ialah kes Thierry Jaradin, seorang pemandu truck yang membunuh jirannya, Alisson Cambier. Mangsa dikatakan telah ditikam sebanyak 30 kali oleh pembunuh yang berpakaian seperti Ghostface.
THE PROGRAM (1993)
THE TOWN (2010)
Filem ini juga telah menyebabkan beberapa siri bunuh diri terjadi. Dalam filem ini, watak utama telah berbaring di tengah jalan untuk menggambarkan kegilaannya. Dalam dunia realiti pula, Michael A. Shingledecker Jr. telah meminta bantuan rakannya untuk membaringkan dirinya dalam pakaian gelap di jalanraya Philadelphia pada waktu malam. Mereka kemudiannya dilanggar oleh truck yang tidak nampak mereka pada ketika itu.
Michael mati di tempat kejadian dan rakannya cedera parah. Beberapa insiden lain juga dilaporkan terjadi di Long Island dan New Jersey yang mana menyebabkan ketua polis, George Moyer membuat kenyataan, 'dalam filem tu, kamu lompat tingkap dan berjalan senang hati. Tapi dalam realitinya, kalau buat macam tu, kami yang kena kutip mayat kamu'.
Apabila pihak berkuasa menahan Eddie Lamont Solomon, Lee Roger Lubin dan Kay E. Dauphin selepas cubaan merompak bank, mereka terkejut apabila mengetahui yang ketiga tiga penjenayah ini terinspirasi daripada filem Ben Affleck ini. Lubin mendapat idea untuk merompak Florida Bank of America selepas menonton babak filem tersebut dimana sekumpulan perompak memakai topeng Halloween. Dia beritahu idea itu kepada rakannya dan cuba untuk meniru babak tersebut. Malangnya, hidup di dalam filem tak sama dengan realiti apabila mereka ditangkap dalam cubaan tersebut.