Akan Datang!

Friday, May 18, 2012

Review: Mantera

Mantera oh Mantera. Aku rasakan kehebatan kau nampaknya hanya sedikit. Walaupun begitu, aku tabik pada pembikin pembikin yang berani membawakan agenda barat sebegini yang membuatkan filem ini dikatakan satu peniruan. Pada aku, peniruan tidak salah. Selagi peniruan mampu membawa kegembiraan pada si penonton, lantaklah apa pun. Penonton suka, korang kaya, aku tumpang glema! Tak gitu. Ha3. Pengalaman menonton Mantera, sebuah filem sci-fi berakhir dengan kata dua, tidak sempurna sebuah filem itu tanpa kritikan membina. Ada pro and kontra pada apa aku nak kata. Harap dapat terima. Menonton di Jitra Mall Cinema, jam 4 petang, hall 4 pada 18 Mei 2012. 


Ya, aku pun rasa Mantera nampak mirip filem robotik jepun. Ya, ada juga yang membandingkan ia dengan filem Transformers. Pada aku, filem ini memang tidak dapat lari dari perbandingan. Filem G.I Joe (pada setting markas Major Aiman), robot2 jepun (pada robot Azman), Tron (pada game yang Azman main) dan pelbagai lagi. Tetapi, kalau bab nk banding membanding ni filem mana pun tak akan habis kalau kita nak banding membanding. So, lets look at Mantera sebagai sebuah entiti tunggal dengan gabungan idea dari filem filem kebanyakan. 

Aku akui momentum Mantera bermula dengan gah. Dengan permulaan filem yang meyakinkan (aku pasti penonton akan mengaitkan naration awal filem ini dengan naration awal filem Transformers), filem ini bergerak dengan tunggak yang agak baik. Malangnya, dengan ketidak sempurnaan binaan scene by scene pada tengah cerita, filem ini nampaknya cuba menutup kemaluannya yang sudah terdedah dari zip yang terkoyak dengan kain pelbagai warna yang agaknya jelas tidak menjadi. 


Maksud aku, kemaluan ini tak ubah seperti satu penipuan. Itu negatifnya filem ini. Dengan permulaan perlawanan robot yang even CGInya gred B tetapi meyakinkan, filem ini nampaknya menyulam drama dengan agak lama dan juga lambat. Siput babi pun agaknya dah sampai ke tanah masa drama drama tengah berjalan tu. Dengan persembahan robotik, boleh dikira babak aksi robotik dalam filem ini. Malah, babak yang ditunggu tunggu (scene kejar mengejar di jalanraya) nampaknya terlalu pendek. Hah? Takkan itu saja kau mahu sajikan. Aku belum kenyang bro! 

Malah, jika anda perasan, filem ini menggunakan lokasi yang ‘low budget’ dan tidak meyakinkan. Tengoklah, adegannya kat tepi pokok (masa Kevin suruh Azman keluarkan motor dari lab), kat gelanggang kosong (Azman tunjuk kehebatan) dan jugak kat tempat parking kereta (masa Azman dibawa ke dalam pesawat khas). It seems that semua lokasi nampak kurang jelas. Malah, keyakinan untuk penonton berfantasi tentang dunia Mantera nampak terhimpit dan tidak dapat disentuh. 

Azman juga nampak seperti binaannya diterbitkan dari ‘tulang’ Sam Witchwicky. Sebuah faktor untuk menjadikan ceritanya ada aksi wow dan berbaur linangan air mata, Mantera membawa kita melihat Azman yang nerd dan computer freak. Azman juga mangsa buli dan selalu dipandang rendah oleh tiga ekor mamat yang entah apa punya motif tak tahu selalu membulinya. Aku cuba untuk mencari titik emosi Azman. Tatkala Azman cuba untuk membawa emosi simpati kepada penonton, perasaan itu terputus dek penceritaan yang tidak berapa baik. 


Susunan babak demi babak yang nampak berkecamuk dan entah apa apa entah melemahkan Mantera. Come on lah, bayangkan dah sejam masa berlalu, boleh lagi kau selit adegan mesra kat tepi pantai. Ah, mood rosak wei. Let just focus on Mantera, sebab cerita ni tajuknya Mantera. Keseluruhannya, plot agak lewah dan sesetengah babak tidak mampu sampai kepada penonton. Namun begitu, aku rasa Mantera ada juga sisi yang layak dipuji. Kebangkitan sebuah semangat untuk berumah, demi industri filem tanah air. 

Tahniah aku ucapkan kepada krew. Filem ini, punya adegan yang impak menarik dan tertarik. Terutama sekali, adegan final battle Azman yang agak gempak even nampak gred B. Aku bagi huge clap sebab berjaya membina adegan battle yang agak susah juga nampaknya untuk dihasilkan. Walaupun koreografinya nampak tidak jelas dek detail robot yang terlalu kecil, ada certain slow motion part yang nampaknya membuatkan aku berkata wow. 


Teruja dengan muzik skor yang agak baik dan luar biasa, meremang bulu roma dan menyentap jiwa juga apabila adunan skornya nampak ada gaya Steve Jablonsky yang stylo. Itu adalah perkara yang hebat dalam filem ini. Dengan sound yang tidak mengecewakan, penontonan Mantera seperti menontonnya karya hebat luar negara (jika anda menutup mata pada penceritaan dan plotnya). Percayalah, the music score memang awesome dan menakjubkan. 

Aku menyukai permulaan awal yang agak meyakinkan (walaupun selepas itu tenggelam dalam pembinaan adegan yang agak kucar kacir). Pada awal filem, penonton dibawa ke Dubai, Russia dan juga Arab which dalam ertinya, aku boleh katakan filem ini internasional punya bajet (sekali lagi, jika anda menutup mata pada penceritaan dan plotnya). Seperti anda menonton sebuah Mission Impossible ataupun James Bond (sekali lagi, jika anda menutup mata pada penceritaan dan plotnya). 

Persembahan Azman nampak tidak sampai. Aku rasa, sisi hidup Azman tidak berjaya dinaikkan. Kalau berjaya, gamaknya Azman bakal mendapat emosi Sam Witchwicky dalam filem dot dot dot (comeonlah, takkan nak asyik bandingkan dengan filem tuuuuuuttt tu jer!). Lakonan Tomok nampak biasa, tetapi oklah. Meyakinkan pada sesetengah babak, tetapi masih tidak mampu melahirkan emosi kepada penonton pada sesetengah babak. Apapun, aku suka watak abang yang bantu Azman bersilat. Lagaknya dan suaranya menarik dan baik! 


Apapun, sekali lagi, buat kali terakhir, jika anda pejam mata pada plot dan penceritaannya, Mantera mampu berdiri sebagai genre baru di samping animasi tempatan. Malah, Cicakman boleh terkubur jika Mantera sempurna. Malangnya, kesempurnaan tidak hadir dalam filem ini. Tunggak utama sesebuah filem, ceritanya tidak dijayakan dengan babak yang kemas dan memberi emosi. Maka, Mantera rebah pada tiangnya yang utama. 

Dengan CGI yang agak ok dan meyakinkan (mari lihat skop animasi dalam industri filem Malaysia je, jangan dok banding dengan CGI hollywood yang gempak tu), Mantera punya bonus. Namun begitu, plot yang tidak digarap baik mungkin menyebabkan bonus tu hanyalah angan angan. Apapun, terserah pada anda untuk menilai. Mantera pada aku boleh dikategorikan sebagai sederhana (dalam skop genre filem sci-fi tempatan). Lets hope that kegagalan dan kecacatan filem ini dapat diperbaiki dalam filem sci-fi yang muncul di masa akan datang. 


Malaysia sebenarnya mampu. Kita sebenarnya perlu semangat untuk terus naik dan naik dan naik lagi. Ambik yang positif dan buang yang negatif, improvekan apa yang patut, let see apa Malaysia akan kata bila suatu hari nanti genre sci fi bakal menjadi antara genre box office di masa akan datang. Sekali lagi, Malaysia boleh lakukannya. Mantera hanyalah sebuah kebangkitan, walaupun kekalahannya kerana enjinya tidak sempurna pada tunjang utama. Sebelum akhiri, aku nak cakap, aku suka dengan logo FlareStudio dan SpaceToon yang mirip gaya Tron tuh. Gempak kot! 

2/5

8 comments:

Takde Name said...

ape yg ko tulis tuh aku pon setuju gak....cume nk ckp sket ade some scene yg x perlu pakai cgi...e.g. babak mase kejar mengejar kt highway tuh bole kiranyerr 100% cgi...jadi nmpk cam x cantik sket la....apapon ia satu percubaan baik bagi filem malaysia...harap2 mereka bleh buat yg ledih baik pada masa akan dtg XD

heid said...

Aku stuju..tp for idea..mayb ko kene think sikit..walaupon ade ala ala transformer pada azman..tp the idea is WOW! U xmenyangka x motor transform dengan manusia??? That's why I say..tiru but not bulat bulat..maybe babak transform tu mmg adat kene tiru dlm transform..

And for the storytelling..ehem ehem..let's start with the end of this story..the story like ade sambungan..that's why this story detailed sungguh dengan adegan perwatakan azman..latar belakang..then ianya wajib la utk penonton tawu sapa azman..org xleh nk focus kt Mantera sahaja sbb nnt org akan pertikaikan jugak pasal kisah azman..

Untuk permulaan dlm bidang CGI malaysia..aku bangga dari pembikinan filem ni..malah aku smpai bleh lpekan hasrat impian aku utk tggu cicakman 3 (kalau ada) aku skg tgh tggu sambungan mantera sbb aku yakin dorg pasti akan baca setiap kali ape yg org kritik or kutukan..hope membina utk majukan filem industri malaysia di antarabangsa..or maybe hollywood? Haha..harap lpas ni team mantera xkan menghampakan ktorng ag

Akhir kata aku sgt stuju pasal scence kejar mengejar..sekejap sgt..baru aku nk bayangkan highway tu pecah ke or explosion yg dasyat ke..upenye stakat tu je..

Tp pepepon good job for MANTERA

The Joker said...

Rebiu yg cukop bernas + jujor. Izinkan wa betolkan spelling - SAM WITWICKY. Adios

KhairulZamanKhobin said...

izinkan untuk admin betulkan jugak... jujur ye.. bukan JUJOR... :-)

Pisyek K said...

aku rasa sedih sangat sebab cite ni tak meet expectation aku. huhuhuhu.

Korn Ahmad said...

hohoho... x tgk lagik cter ni... tapi berdasarkan ape yang aku bace review ni, rase mcm nak tggu cd kuar nnti bru tgk... bukan pe, kalo tgk wayang mcm x berbaloi jer.. huhu

khys said...

filem jenis camni kena tengok kat wayang, skrin besar, baru nampak segala detail. sebab apa nak tunggu dvd

AzianKhalil said...

saya sgt suka filem ni...suka sgt...pemilihan pelakon berganda ganda lebih baik drpd filem2 razak mohaideen...keadaan kampus digambarkan dengan lebih bersahaja berbanding dengan kuliah cinta **uweekkk...CGI yang lebih cantik drpd filem Libas,

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...