Akan Datang!

Thursday, May 10, 2012

Review: Jangan Pandang Pandang

Sebuah filem entah apa apa dari Ahmad Idham. Dengan pengaruh Apa Celop yang melugai anak tekak, edisi seram komedi Ahmad Idham kali ini nampaknya membosankan walaupun ideanya bolehlah tahan. Dengan idea yang tak menjadi, cliché dan juga tidak digarap kemas, Jangan Pandang Pandang adalah sampah yang dibuang kepada penonton. Aku x dapat nak makan sampah ini. Sekadar melihat dan menghidu untuk mengenali tekstur dan bagaimana sampah ini boleh sampai ke sini. 
Keseluruhannya, aku rasakan Jangan Pandang Pandang jatuh dengan tidak bermaruah. Dengan dialog Zizan yang agak tidaklah kelakar mahupun gedik, aku rasa bom jangka Zizan tidak meletus. Aku gagal merasai serpihan dan luka luka emosi, juga beberapa elemen senyum tawa filem ini. Nampak terlalu nak cepat nak habis, dan twist yang baik namun simple sangat persembahannya. 


Apa motif Ahmad Idham membawakan lagu Apa Celop yang kononnya mahu dibudayakan itu ke dalam filem ini. Come onlah, aku kenal lagu itu dari drama bersiri di tv3, kau masukkan identiti itu dalam filem ini, hasilnya, filem ini telah meminjam identiti drama tersebut. Dalam ertikata lain, identiti filem ini di mana? Entahlah. Carilah sendiri. Sekadar memimik lagu skor indiana jones dan kononnnya mahu membawakan sebuah Malaysian style punya Indiana Jones, itu agak jauh tersasar. Iya, aku yakin itu faktor komedi yang mahu dibawakan. Malangnya, aku rasakan komedi itu gagal dan tidak berapa baik untuk filem ini. 

Lakonan Zizan agak mendatar. Entah kenapa, komedinya hilang. Tidak seperti Hantu Bonceng, lakonan Zizan tenggelam. Dengan Sara Ali yang pada aku tidak lah berapa sesuai gandingannya, filem ini memberikan komedi yang amatlah gedik dari aspek lain. Mana lagi kalau bukan dari hantu nyah dan hantu lawak versi Ahmad Idham tu. Maaflah, aku tidak mampu untuk ketawa melihat hantu tersepit jari, hantu pondan dan lain lain. Terlalu mengarut. 

Hanya memandang kepada hiburan, aku rasakan aku menyukai part lagu Wassini tu masa aku menonton trailer. Tetapi, bila aku tonton filem ini sendiri, babak itu semacam ada sesuatu yang tidak kena. Mana taknya, sampai dua lagu berjalan serentak. Mesti sound editor malas nk cut off lagu skor sementara. Perasan atau tidak, kadangkala ada scene yang lagunya kucar kacir. Malas dan sambil lewa kerjanya. 


Apapun, dari segi ceritanya, aku rasa Meor Shariman sudah memberikan twist yang baik. Tetapi malangnya, pengarahan Ahmad Idham nampaknya tidak mampu menterjemahkan segalanya dengan baik. Lompang plot nampaknya jelas kelihatan. Memang kita akan persoalkan diri kita, bagaimana orang asli itu tidak menolong mereka masa Yaya dan Ajib sesat? Apakehal pulak ada satu puak sedang menunggu artifak di kawasan terpencil itu? Malah, polis boleh tiba dalam sekelip mata di kawasan yang tiada liputan GPS. Malang sungguh. 

Jangan Pandang Pandang bercerita tentang komedi Ahmad Idham yang makin lemah lagi melemahkan. Artifak nampak besar bunyinya, tetapi, apa kegunaan artifak, dan bagaimana si pensyarah boleh pulak ada kuasa dan tukar Ajib jadi beruk tak ada penjelasan yang munasabah. Ending yang agak mengecewakan walaupun aku rasakan ideanya menarik. 

Jangan Pandang Pandang memang mengecewakan. Janganlah pulak ada yang mempertikaikan babak2 perkataan Hello kat baju Zizan yang kadangkala jadi HELL tu ya. Filem untuk hiburan tak payah nak buat benda serius. Sebuah filem ringan yang gagal menambat hati aku. Dengan Zizan yang memberikan lakonan yang agak kurang menyerlah, Jangan Pandang Pandang gagal di mata aku. Sebuah ‘Hantu Bonceng’ yang rebah dalam hutan. 

2/5

2 comments:

Hafiz Abdul Tahir said...

agree what you say about it, jangan pandang2 rasa mcm nak tengok... tapi bile habis... alamak cite ape ni? adoi.... just certain2 part je ada humor.... yang lain, X MASUK AKAL.... dengan azhar sulaiman tetiba hilang nye....

JaNnaH said...

ermmm.. agaknyer filem melayu mmg cam tu kot..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...