Jonathan Liebesman tahu apa yang penonton mahu. Dengan kehebatan tuhan tuhan mitos itu, pengarah ini nampaknya menambah kebesaran aksi mega bagi sekuel kepada filem Sam Worthington tahun 2010 ini. Wrath of the Titans padat dengan aksi dan juga visual yang mengujakan sekaligus berada dalam filem yang layak ditonton, jika anda meminati Michael Bay dan juga aksi tanpa henti. Sungguh benar, Wrath of the Titans tiada masa untuk anda keluar masuk.
Aku yakin penonton pasti tak akan mengalihkan punggung (walaupun sudah cirit nak ke tandas sangat sangat) apabila cermin mata 3D melekat di mata. Wrath of the Titans dipenuhi dengan aksi yang besar dan lebih mega dari Clash of the Titans. Extravaganza aksi yang menggunakan CGI nampak begitu mempersonakan jika ditonton dalam 3D.
Pada pandangan aku, pengarah nampak bijak untuk bermain dengan seni 3D. Pelbagai cara digunakan untuk member kepuasan untuk penonton yang menikmati filem ini dalam 3D. Justeru, bayaran yang sedikit mahal nampaknya berbaloi dalam menghadapi tayangan filem ini yang hampir 1 jam 40 minit. Siapa tak kenal dengan kehebatan Jonathan Liebesman dalam membawakan Jason Statham punya identity. Dengan identity aksi itulah, filem ini diberi nafas dan membawa kepada aksi tanpa henti yang memang menggemparkan.
Bagi yang merasakan filem ini nampak sedikit tahyul, aku rasakan ianya bukan satu perkara untuk tidak menonton filem ini. Berbekalkan kisah kononnya si Tuhan, Zeus ditangkap oleh tuhan yang lain, dan menjadi tugas Perseus untuk mengembara ke Underworld dan menyelamatkan ayahnya, kisah ini memanglah bukan sebuah logika yang boleh diterima. Tetapi apa salahnya jika penonton melihat satu sisi tentang kasih sayang juga kisah anak dan ayah yang luar biasa ini.
Penterjemahan dunia dewa dewa nampaknya lebih menjurus kepda dunia bawah tanah yang lebih gelap dari filem pertama. Dengan visual Kronos yang menakjubkan, lagi menggerikan, filem ini masih punya ending yang hampir sama dengan filem yang pertama; makhluk Kronos senang sangat ditumpaskan seperti mana tumpasnya Kraken di tangan kepala medusa.
Dengan kehadiran Rosamund Pike sebagai Andromeda, aku rasa lakonannya bukanlah meyakinkan. Apapun, bolehlah jugak diterima. Sam Worthington nampak meyakinkan dan cukup hebat lakonannya sebagai Perseus yang kini bergelar bapa kepada seorang anak.
Secara keseluruhannya, Wrath of the Titans memang punya factor x dari segi visual. Dengan permainan 3D yang mengujakan, filem ini melumpuhkan pemikiran penonton yang berfikir secara logika. Logik atau tidak ceritanya, selagi visualnya mampu menenggelamkan persoalan penonton, ianya sebuah sumpahan sementara yang berjaya buat penonton. Pukauan imejan CGI yang mampu membuatkan nafas terhenti seketika; itu antara factor kenapa anda mesti tonton cerita ini.
4/5
3 comments:
aha! ada satu lagi character terbaik tertinggal.. agenor! watak paling cool! nice review ^^
wow, cirit pn takleh angkat montot? gerenti best ni
M bg 3/5 je citer ni.
Post a Comment