Akan Datang!

Friday, April 13, 2012

Review: Battleship

Sebagai seorang peminat filem aksi padat, aku rasa Battleship berjaya memenuhi elemen elemen yang aku mahu saksikan dalam sebuah filem aksi. Semuanya ada dalam filem ini. Dari pengarah Peter Berg dan juga penerbit Hasbro, Battleship sebenarnya adalah filem aksi hebat yang setanding filem Tranformers. Walaupun gaya dan penceritaannya jauh beza, aku sendiri tidak mampu untuk lari dari membandingkan Battleship dengan Transformers. 


Perasan atau tidak, kisah ini bermula dengan idea yang sama. Kisah bagaimana alien yang datang disebabkan planetnya yang sudah tidak aman, mencari penempatan baru dan akhirnya berperang dengan manusia yang tidak mahu bumi ini dijajahi. Idea itu nampaknya digarap dengan baik namun disebabkan kisah ini bernama Battleship, garapan penjajahan makhluk asing sedikit terpadam dan tenggelam kerana focus kepada kapal perang yang menjadi tajuk filem. 

Apapun, abaikanlah. Dengan aksi padat sepanjang masa selepas hampir setengah jam drama dan romantika disulam pada awal filem, Battleship menggambarkan aksi tanpa henti yang menakjubkan. CGI filem ini mengagumkan dengan persembahan tembakan demi tembakan yang cukup gah walaupun lakonan pelakonnya kadangkala goyah. 

Peter Berg nampaknya cuba untuk melakar satu lagi bencana yang kononnya bumi adalah dunia yang kaya yang menjadi rebutan. Mengingatkan aku kepada Syline (2011), filem yang gagal memberikan definisi tersebut namun, Dark of the Moon pun boleh tahanlah. Battleship hampir menjadi seperti nasib filem Skyline namun garapannya cuba seboleh bolehnya untuk lari dari situ. Pemfokusan hanya di Hawaii dan juga Hong Kong dan juga perisai yang dibuat makhluk asing memberikan cerita satu skop yang kecil dan terkawal. 


Namun, aku sedar ada beberapa perkara yang nampaknya terlalu memakan masa sehinggakan menunggu terlalu lama (walaupun x lah lama mana) untuk ke perperangan alien. Adegan perlawanan bola sepak tersebut nampaknya terlalu lama dan tidak perlu sangat aku rasa. Sekadar untuk menunjukkan bagaimana Japan melawan Amerika yang mana jika anda perasan ianya ironi kepada peristiwa Pearl Harbor (rujuk buku sejarah), adegan tersebut terlalu lama. 

Sedar atau tidak, Battleship tidak menunjukkan Amerika sebagai sebuah kuasa super yang boleh menyelamatkan dunia. Hopper tidak berdiri sebagai adiwira penyelamat dunia dalam filem ini. Dia menunduk kepada Nagata, yang mana boleh diterjemahkan sebagai tabik hormat terhadap apa yang terjadi dalam sejarah hubungan dua negara itu. Perhatikan bagaimana Nagata memerli Hopper ketika Nagata menawarkan diri untuk menggunakan taktik perang Jepun. Hopper tunduk dan memberikan peluang. Dalam tafsiran ringkas, Tulisan Battleship cuba menunjukkan bahawa kuasa dunia bukan Amerika tetapi adalah kita semua.

Malah, Peter Berg sebenarnya juga sudah mengabaikan pihak yang satu lagi yang mana menjadikan fokus cerita ini hanya bertumpu kepada kapal perang dan bukannya kepada alien dan juga sebab musabab mereka datang. Perasan atau tidak, visual alien bukanlah menjadi fokus utama dalam filem ini. Kebanyakan perperangan dalam filem ini berlaku antara kapal dengan kapal. Pengabaian ini aku rasa tak ada masalah. Dah nama pun Battleship. Lainlah kalau namanya Alien vs. Predator kan? 

Perasan atau tidak, adegan bebola api memusnahkan kem tentera udara dan juga lebuh raya nampaknya ditinggalkan begitu saja. Apa motif jalanraya dirosakkan pun tak tahu. Apa yang terjadi kepada kem tentera udara terus diabaikan begitu saja. Aduhai.



Battleship sebenarnya bercakap tentang alangkah baiknya kalau alien tidak turun ke bumi. Cerita ini menggunakan ayat Stephen Hawking sebagai satu perumpamaan untuk menggambarkan bagaimana akan terjadi jika alien turun ke bumi. Jujurnya, Battleship sebenarnya bercakap tentang salah manusia sendiri. Manusia yang mencari masalah dengan memanggil alien. Namun, selepas panggilan dibalas, petaka pula jadinya.

Kehadiran pak cik pak cik veteran dalam filem ini, in the end of the film nampaknya mengubah plot. Ketawa jugak sebentar sebab terkejut tetiba pak cik pak cik ni boleh interfere dalam plot. Nampak sangat Hopper tidak ditulis untuk menguatkan filem sekuat kuatnya. Hopper bukanlah ketua segala galanya. Gambaran yang jelas tentang sifat sama rata dan merendah diri. Gambaran tentang kerjasama dan hormat menghormati dan juga gambaran pengetahuan boleh dipelajari dari pengalaman. 

Alien yang mirip seperti karakter permainan Halo juga kurang jelas asal usulnya. Idea untuk menjadikan alien mirip manusia nampaknya boleh diterima. Pembaharuan namun dengan tanpa ada dialog dan juga babak babak yang membolehkan kita mendalami dunia alien dari Planet G ini, Battleship tak mampu untuk memberi penonton perasaan alien dalam filem ini. 


Taylor Kitsch rasanya hanya memberikan persembahan yang sederhana. Walaupun komedinya ada, sebenarnya skrip itu yang membantu. Lakonannya tidak lebih sekadar hanya membantu menggerakkan cerita. Aku rasakan, watak sampingan Nagata (tentera jepun) nampaknya lebih baik. Namun, Nagata campur Hopper menjadikan perjalanan kisah ini mencemaskan dan juga menarik. Rihanna tenggelam. Tak nampak gah dan tak ada apa yang boleh dibanggakan. 

Kisah Battleship straigh to the point, ringan dan hanya menggunakan aksi dan juga drama untuk membawa penonton ke segenap ceritanya. Walaupun aku rasakan Battleship bukanlah terbaik dalam memberikan drama dan paparan kemusnahan alien terhadap Hawaii, aku rasakan aksinya memang sesuatu yang memenuhi kemahuan. Dengan adegan perperangan yang cukup mengujakan, dan juga sedikit gegaran elemen Dark of the Moon yang digubah dengan lebih baik, Battleship disyorkan untuk peminat filem aksi tanpa henti. Sebuah adaptasi permainan kanak kanak Hasbro yang menakjubkan pada aksi. 

4.5/5

8 comments:

careno said...

baru jer balik tgk battleship... menarik utk ditonton... 4/5 saya bg...

ciksukaberangan said...

cite ni best wooo :D lagi best dari transformer kot :D

Yu. Chekgu LK said...

sy x tgk lg..esok nak g tgk la ^^..

Pit Kassim said...

tudia org perlis menulis nohhh hahaha bangga belajhaq kat perlis ni haha
weh dgaq kata terbaek cita nih...tapi aku tak tgk lagi....

Unknown said...

x sempat nk g tgk lg, heu3~ =)

Unknown said...

lihat trailer macam best jer . nanti nak tengok cerita ini ..

Unknown said...

macam best je..ada masa boleh tgk

Ezad Skytech said...

mmg ada la part2 yg mcm kureng sikit...tapi boleh diabaikan la...filem ni boleh dikatakan yg terbaik setakat ni utk tahun 2012..:D

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...