Akan Datang!

Sunday, April 29, 2012

Review: The Avengers

The Avengers mungkin pada aku mengecewakan. Pada sangkaan aku, filem yang menggabungkan superhero yang dilahirkan dari Marvel Studios ini akan memberikan sebuah persembahan aksi yang non stop dan cukup hebat. Malangnya, filem ini mampu aku bandingkan dengan gaya persembahan Transformers: Dark of the Moon. Filem ini lesu dengan aksi padat pada 1 jam 30 minit pertama dan punya aksi tanpa henti pada 45 minit akhir. Sebuah susunan yang agak kurang hebat. Bayangkan untuk mendapatkan sebuah aksi baik lawan jahat, penonton perlu menunggu sejam lebih. 


Apa yang menghiasi awal filem ini hanyalah pengenalan watak watak yang nampak lesu dan hanya sekadar memberikan info, tetapi bukan entertainment yang mengujakan. Malah, hanya babak awal dimana kiub bahaya itu dicuri Loki yang mana menjadi asas Loki untuk menjana kejahatan (kuib tu datang dari filem Captain America) pada awal filem antara yang memberi momentum keterujaan. Seterusnya, filem ini bergerak ke arah drama yang penuh dengan perbualan dan aksi yang bermula dan habis dengan cepat. Malang sungguh untuk sebuah filem aksi sebegini, mempunyai drama dan komedi yang lebih daripada aksinya. 

kesilapan filem The Avengers:

Kelemahan filem ini jelas pada Loki itu sendiri. Pada aku, Loki bukanlah sebuah kejahatan yang besar dan cukup gah untuk berdiri sebagai penjahat mega. Dia nampaknya membawa filem ini lebih menjurus kepada sebuah filem komedi aksi lebih dari filem musim panas itu sendiri. Pengarah Joss Wesdon nampaknya tidak mampu untuk memberikan sebuah persembahan mega yang menakjubkan. Persembahan The Avengers nampak seperti persembahan filem Thor yang mana plotnya simple dan tidak menarik. Namun begitu, aku tidaklah menyatakan yang The Avengers adalah sebuah filem yang teruk lagi membosankan. 


Skrip filem ini nampaknya mungkin memberi peluang untuk menunjukkan bagaimana 5 superhero ini berinteraksi dan ber’ice breaking’ sesama mereka sebelum menyelamatkan bumi. Anda akan sedar terlalu banyak dialog ala ala berkenalan antara satu sama lain yang disulam dengan komedi lebih dari perbincangan yang menjurus kepada kenapa mereka dikumpulkan. Malah, aksi dalam kapal SHIELD itu sendiri nampaknya tidak diexplore dengan luas dan baik. 

Bayangkan kapal itu yang mana punya kuasa halimunan dan juga terlalu maha besar, tetapi kita hanya dapat melihat bilik kawalan SHIELD dan juga bilik kerja Mark Ruffalo. Adegan dalam kapal besar itu nampak sempit dan tidak luas seperti gambaran exterior kapal tersebut. Tidak ada explorasi untuk membawa penonton ke dalam segenap pelusuk kapal. Malah, semasa kapal itu diserang, apa yang difokuskan adalah bagaimana Iron Man menjadi mekanik sambilan untuk betulkan kipas besar, dan pertarungan sekejap saja antara Black Widow dan Hawkeye. Terlalu banyak aksi tembak menembak dalam kapal tersebut tetapi kita tidak dapat melihatnya.


Jika anda seorang peminat Iron Man pastinya akan merasakan yang Robert Downey Jr. kali ini lebih punya rasa cinta sama Miss Pepper. Erti kata lain, Tony Stark nampak romantik dan lebih manja dari dulu. Aku juga sedar, disebabkan terlalu ramai watak utama dalam filem ini, kuasa super selebriti tidak dapat dinaikkan dengan jayanya. Malah, Robert Downey Jr yang gah itu pun tenggelam dalam filem ini. Kesemuanya lemas dan tidak menonjol. Perasan atau tidak, kebanyakan scne superhero boleh dikira stiap satunya.


Aku tidak mengatakan filem ini teruk. In fact, aku memang seronok sebenarnya menyaksikan adegan selepas Loki terlepas dari kurungan. Babak aksi di Manhattan nampak seperti copycat Transformers Dark of the Moon lagi, namun begitu ideanya berbeza. Walaupun momentum aksinya tidaklah hebat, tetapi gabungan lima superhero ini berjaya memberikan sequence aksi yang tidak dapat dijangka, dan disebabkan itulah, aku seronok menyaksikan gabungan superhero yang stiap satunya punya kuasa yang berbeza.
 

Walaupun ini bukanlah sebuah filem aksi yang momentumnya selari dengan kehendak aku, aku faham mesejnya yang simple. Semua orang akan faham yang filem ini bertitik tolak dari konsep kerjasama antara perangai yang berbeza. Simple. Mesej yang senang untuk disampaikan dan dihadam untuk kanak kanak sebagai nasihat untuk kedewasaan. 

Berdasarkan apa yang aku kata ni, janganlah disebabkan kesemua perenggan di atas, anda terus membuat keputusan yang filem ini teruk. Masing masing ada titik kepuasan menonton yang berbeza. Dan pada pandangan aku, this film bukanlah sebuah filem yang hebat. Bayangkan hampir 80% babak aksi yang dicanang di tv dan trailer hanya berada di 45 minit akhir filem. Bukan agihan yang tepat kerana penonton perlu tunggu sejam lebih untuk aksi yang hebat. 


Dengan watak Loki yang nampak seperti penjahat untuk filem kanak kanak, filem ini tak mampu untuk memberikan keganasan dan excitement untuk orang dewasa seperti aku. Malah, babak pertelagahan between geng Avengers dalam kapal SHIELD, walaupun atas dasar komedi, nampak sangat seperti pertelagahan orang dewasa berperangai kanak kanak. Telah menonton filem ini di Jitra Mall Cinema jam 10.35 pagi di Hall 2 pada hari Ahad, 29 April 2012.Yes, setuju dengan komedinya yang fresh. Tetapi, bagi yang berkehendakkan aksi nonstop dari awal sampai akhir, ini bukan filem anda. Bagi peminat Iron Man, Thor, Captain America, Black Widow dan Hawkeye, ini mungkin filem yang anda nantikan.

2/5

32 comments:

Anonymous said...

hang kutuk filem pandai... buat filem tgk.... blog hang lancau abis... macam sial... puiii....

Anonymous said...

Banding ngan filem Malaysia tengok. Mana bes? Sepatutnya orang Malaysia belajar dari dorang macam mana nak buat filem. Ni tak habih2 buat filem seram mengarut. Pandai kondem jer.

Mohd Nazahah said...

I've been waiting for your review!
And yeah..I kinda agree with you..filem ni agak hambar..dan kapal dia besar gila dan ada kuasa halimunan sangat tak boleh diterima akal..haha!

T3chJ said...

rasa macam nak p tengoklak. .

Ym.Bundle said...

yes..ulasan yang tepat lepas aku tengok sabtu lepas..30minit last je aku rase aksi tu baru best..

Unknown said...

ulasan yang jujur dari hati. (tergelak baca komen Anonymous diatas)

pet said...

ulasan best ni :)

Sis AI said...

Sy rsa ok je kot. Ada nguap 2 kali, tp enjoy la jugak, rsa brbaloi.^^

Bophairy said...

Aku sangat suka filem ini 5/5 dari aku.. Rata2 kawan2 aku yg mengikuti komik Avengers (fanboy) sgt puas hati dengan movie ini.. Mungkin kepuasan tidak dapat sepenuhnya untuk orang yang tidak kenal marvel universe,Avengers khasnya.

Untuk sebuah filem yg dalam permulaan proses memperkenalkan sebuah cerita yg mengisahkan sekumplan superhero yg dikumpulan untuk mempertahankan dunia aku rasa meraka telah berjaya membuat kerja yg bagus..

pada aku perlu pembinaan watak dan plot yang tidak terburu2 untuk membuat jalan ceritanya lebih mudah diterima dan difahami oleh mereka yang bukan pembaca komik Avengers dan mungkin atas sebab itu permulaan cerita agak perlahan. jika pendekatan cerita ini ialah action pack all the way aku rasa ianya tidak mungkin akan menjadi sebaik ini..atau sekurang kurangnya menjadi boleh diterima seperti sekarang ini..dan mungkin ia hanya akan jadi just another action movie.

ini hanya pendapat peribadi aku sahaja..jangan salah faham..aku tidak mengatakan pendapat tuan punya blog ini salah.

Mimi Qeysababy said...

setiap orang ada pendapat masing masing , cara hidup masing masing , bukan semua akan sama dengan kita , so dear haters please stop talking :)

Anonymous said...

kalau ko pnh tgk cite iron man, thor, hulk, captain america, ko x kan bosan tgk cite ni..

faizalmukhtar said...

Macam ni lah.

Kalau ada peluang ke Perlis dalam masa terdekat ni, aku mahu jemput kau duduk dan minum-minum dengan aku memandangkan aku nampak kau ada bakat menulis. Aku akan bawak 'pengasah' dan 'peraut' yang tajam dari KL untuk dikongsi bersama dengan kau supaya kau akan lebih hebat menulis di masa akan datang.

Aku suka orang macam kau. Berani dan rajin. Walaupun salah dan silap itu ada tapi kau tetap berani dan rajin meneruskan buat salah dan silap dalam review kau.

Terutama sekali review 'The Avengers' kau ni.

Amir said...

ikut orang.kalau minat watak2 tu,mesti tak bosan :D

Chic Na said...

belum sempat tgk lg muvee ni. :)

Anonymous said...

TO OWNER BLOG...THANKS ATAS REVIEWS ANDA PASAL AVANGERS NIE.. TAPI AKU SHARE PANDANGAN AKU SENDIRI..AKU MERUPAKAN SALAH SEORANG PEMINAT WATAK2 CIPTAAN MARVEL , AKU MEMANG MENGIKUTI SETIAP WATAK CIPTAAN MARVEL .. KARTUN DIA SAMPAI KE KOMIK DIA .. SENANG CITER SEJAK DARI BANGKU SEKOLAH LA ... SETIAP WATAK CIPTAAN MARVEL ADA ASAL USUL KEJADIAN MACAM MANER MEREKA BOLEH JADI SUPER HERO ... BAGI PEMINAT YANG MENGIKUTI WATAK2 MARVEL .. MUNGKIN FILEM2 SEPERTI INI MEMANG BUAT MEREKA RASA TERUJA .. TERMASUK AKU SENDIRI , AKU MEMANG MENANTI WATAK2 MARVEL AKAN DI FILEM KAN .. WALAUPUN KADANG KALA JALAN CERITA TAK SAMA DENGAN SIRI KOMIK DAN SIRI KARTUN ..TAPI AKU TETAP TERUJA TENGOK WATAK2 YANG DULU HANYA KARTUN DAN KOMIK , MEREKA BERUSAHA UNTUK MEMBUAT VERSI LIFE ACTION .. AKU TABIK KAT DORANG , APA SALAH MALAYSIA AMBIL CONTOH KEMAJUAN FILEM MALAYSIA .. AKU TABIK KAT KRU STUDIO, LES COPAQUE(UPIN IPIN), BOBOI DAN TERBARU ANIMASI SEAFOOD YANG BANYAK NAIK KAN FILEM2 CGI DAN ANIMASI BUATAN MALAYSIA ... TERUSKAN USAHA ANDA ..MANER TAU SATU HARI BRAND INI MENDAPAT PENGIFTIRAFAN ANTARABANGSA

Ardini Izzati said...

Kenapa anonymus kat atas tu cam emo ehh? Different people different opinion lah kan..

Unknown said...

tak tau nak kata apa sebab aku tak tengok lagi :)

! Arjunakirana ! said...

the best ever... siap ada lawak lawak lagi... huauauah :)

Anonymous said...

meh... mcm tgk crita porno la.. nak aksi je.. jln crita fast forward@'laju ke depan'.. heheh..

Tinta Lana said...

Salam man..hehe,nak tergelak baca komen2 kt ateh ni,hehehe

Urm, kita tak tgk lgi..taktau nak komen pa. Pa2 hal,kena tgk dulu. hehe.

Unknown said...

haha..terbaca komen anonymous...ada yg tak elok, ada yang elok dan bernas..hahahha ..macam-2 ..btw, yeke tak best ? yak tgok lagi ni

Ym.Bundle said...

korang terhibur pat lawak dengn fight tu je lepas tu kata citer ni best..tengok la semua jalan citernye..

yahaya said...

ulasan yang menarik...steady tt

mamapp said...

hmm.. mama tak tgk lagi tak tau lagi la best ke idak ni

Kongsi Apa2 Aje said...

yeke..nasib baik lah admin tak p tengok kat wayang. tunggu dunlod jelah kalau nak tengok pun...huhu

salam singgah (^_^)

Muhamad Zuhairi said...

MEMBER AKU SIAP TGK 7 KALI AKU TGK 2 KALI...WHAT THE MEANING? KALU X BEST PON UNTUNG JUTA2 JUGAK..MUNGKIN CUMA 1% YG X SUKA...DAN 99% LG SUKA...SO?HAHA

Unknown said...

pada saya Joss Whedon sudah buat yg terbaik dan perlu diingat dia perlu menjadikan cita ni seimbang dgn semua superhero2 yg ada, dan perlu ada kesinambungan dr filem2 superhero yg sebelumnya mcm watak loki yang mana tetap sama tp berkembang kekuatannya. dan setiap superhero sudah persembahkan sekurangnya satu aksi mereka, dlm movie ni kita boleh lihat segala aksi yg dirakam dgn superhero yg pelbagai, kita tak boleh expect yg filem yg menggabungkan byk superhero ni patut menjadi filem yg sgt hebat dgn aksi setiap superhero yg tersangat overwhelming, mungkin expectation atau bayangan penulis terlalu sgt tinggi, tapi bg saya Joss Whedon telah berjaya dalam agenda assemble the team dan membawa team avengers ini ke layar perak dgn seimbang, better understanding dgn kesinambungan filem sebelumnya, dan aksi yg lebih hebat berbanding filem2 marvel sebelumnya, that way filem ni dah ada dlm top ten highest-grossing films all time.

Anonymous said...

-Mohd Nazahah
-Ym.Bundle
-Syahrulzaman Ahmad
-~~oOpEt~~
-Mimi Qeysababy
-Ardini Izzati

KEPADA NAMA2 DI ATAS, KORANG MEMANG XDE NILAI SENI LANGSUNG, TERMASUK ADMIN BLOG NI... LUPE, KORANG TAU APE... LG2 GAY... BODOH BETUL..... RATING CERITA NI 10/10.... MEMANDAI WAT REVIEW... KALAU MEMANG X BEST TU XPE LA....

anakcikbob said...

Hai Orang Perlis/cikguman.
TQ sebab singgah baca review saya.
saya setuju dengan pendapat awak dan menerima secara terbuka walaupun ada yang tidak sependapat.
tapi kita sebagai manusia, memang berlainan dari segi citarasa dan pendapat.
cuma kita perlu titik beratkan beberapa aspek lain.


komen saya:
1) memandangkan ramai superhero dalam cerita ni, maka apa yang kita nampak scene mereka sikit kat situ, sikit kat sini dan sikit kat sana. scene2 diorang tak dapat la kita nak tengok dari awal gaduh sampai ke akhir sebab kalau macam tu memang kita dapat tengok berapa orang je dalam masa 2 jam lebih tu kan?

2) saya pernah dapat notes macam mana nak menulis [berkarya/novel]. salah 1 contohnya, kalau kita nak menulis tapi tak ada ilham, kita tengok random peoples sekeliling kita. tapi dalam ramai2 tu, kita kena fokus kat 1 orang je. fokus apa dia buat, apa dia makan, apa dia belajar, apa kerjanya. dari situ boleh dijadikan watak utama dalam satu2 cerita. jadi, dalam avengers ni, Loki dijadikan maha jahat [walaupun tidak gah] sebab apa yang dia nak ada dekat bumi [Tesseract]. dan dia dijadikan jahat nak sangat musnahkan bumi supaya watak Thor dapat diturunkan ke bumi dari Asgard. kalau takde Loki takde lah Thor. padahal Thor bukan superhero pun. dia 'anak dewa', anak odin yang dah tentu sememangnya kuat.

3) kalau perasan, dalam cerita ni banyak watak2 dari cerita Thor. sebab semua ni ada kena mengena dengan S.H.I.E.L.D. diorang la yang nak buat 'penyatuan' superhero2 ni. kurang ingat pulak S.H.I.E.L.D ni wujud/tak dalam cerita Ironman, Hulk & lain2.

4) kalau tengok dari cerita2 lain pun, semua cerita akan state dulu macam mana masalah bermula, apa teknologi yang dah dicipta, apa kehidupan seseorang. contoh macam hulk, macam mana mula2 nya dia seorang saintis dan akhirnya terpaksa larikan diri bila diburu. contoh lain macam captain america, macam mana dia ditolak dari menyertai US army hinggalah dia setuju jadi lab rat dan beku dalam iceberg. makanya, cerita ini pun sama jugak. permulaan cerita ditunjukkan kemajuan Tesseract semenjak ditemui. Dr Selvig bekerja untuk S.H.I.E.L.D yang dulu pernah merampas hasil kajian dia & rakan2. ditunjukkan jugak tony stark yang semakin maju & bahagia bersama PA dia Pepper tu yang dulu sikit lagi mati kat gallery yang dipasang bom. camtu jugak dengan bruce banner yang terpaksa hidup di ceruk India.

itu komen saya serba sedikit sbb kalau baca review saya, saya cuma komen sikit je pasal cerita ni.
saya pun ada tulis takleh nak bandingkan movie ni dengan transformers/battleship.
motif dan jalan ceritanya bukan dalam gnre yang sama. walaupun transformers tu superhero jugak tapi diorang tu mekanisme. memang patut cerita diorang lebih detail, terperinci & tangkas.
apa pun, cerita ni superhero komik [walaupun orang dewasa pun baca]. tak perlu kot sampai 18SG. ini pun dah PG13. sian nanti budak2 nak takpat tengok.
reader2 lain tak perlu la kutuk2 Orang Perlis. ini pendapat dia yang kita perlu respek.
masing2 ada pendapat sendiri. peace~

Anonymous said...

Blog mung nih srupo babi..!!
kecek sedak la..

Anonymous said...

bila org dr negeri yg xde panggung wayang bagi review film mcm ni la jdnyer..hahaha..jgn mrh noh gurau ja..aku suka cara ang..ang boleh bagi comment negative pasal film the avengers..kira sudut pandangan ang berbeza walaupun ade byk part aku xsetuju dgr review ang anyway..THUMB UP 4 U..

Anonymous said...

Saya pn kurang setuju dengan review admin...tgk rating IMDB sampai sekarang tinggi lagi..antara yang kurang setuju dgn review di atas..
-Kapal besar tapi lokasi kecik=ok tgk balik kapal SHIELD to kapal ap??armada kan..ada port kapal terbangkan??tak kan bawah landasan kapal terbang tempat2 technician pn nk shoot...cukupla shoot kat bilik kawalan dgn bilik hero2..

-waktu kapal SHIELD diserang cuma hawkeye dgn black widow je yang fight==ok macam mana dengan hulk dan thor??Loki dgn ejen Coulson.agak2 la nak fight besar-besaran dalam keadaan chaos kat dlm kapal...

-Adanya unsur komedi dalam citer ni==kalau anda perasan Iron Man dan Iron Man2..Tony Stark memang suka buat lawak bersahaja..jadi dalam Avenger dah tentu lawak lebih dari Iron Man..Selain Hulk yang buat lawak dengan tumbuk Thor dan hempas Loki..

Bagi saya..tuan punya blog komen hentam kromo...memang ini blog anda dan anda ada hak tentang review filem..tapi jangan hentam kromo..Fikir Sebelum Buat Review..sebab ramai yang baca review anda..Terima Kasih

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...