Akan Datang!

Friday, December 2, 2011

Review: Ombak Rindu

Ombak Rindu. Sebelum aku menonton filem ini, aku mendengar banyak mulut merekomendasi buku ini untuk dibaca. Pada aku, aku rasa Ombak Rindu sudah tentu ada magiknya yang membuatkan ramai pembaca jatuh cinta. Maka, setelah filemnya hampir keluar, dan cover kulit bukunya dihiasi muka Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani, akhirnya aku memilih untuk membeli buku ini. Dibacanya belum. Jadi, review ini hanya hadir sebagai pandangan seorang penonton yang menonton karya agung ini dalam versi filem.


movie mistakes:


Di tangan Osman Ali, aku rasa Ombak Rindu masih ada gaya Hindustani Sharad Sharan. Entahlah. Aku lihat falsafah filem ini, iyalah walaupun ianya beradaptasi secara lahiriahnya daripada Fauziah Ashari’s Ombak Rindu, gaya persembahan filem ini nampak tegang dan cukup rencah tak ubah seperti formality filem cinta Bolly. Namun, aku rasakan garapannya memang nampak tajam dalam menyampaikan sifat cinta itu sendiri menjadikan penyampaiannya lain daripada kisah cinta Malaysia yang lain.

Kisah Ombak Rindu ternyata bukan satu kisah biasa yang terlalu luar biasa. Ianya rencah novel laris dan reality kenovelan itu jelas terlihat melalui pemaparan filem ini sendiri. Jauh di sudut hati, aku mengatakan bahawa filem ini memang filem tangisan air mata terhebat 2011!

Selepas menonton filem ini, aku rasa ada beberapa aspek yang cukup menarik untuk ditonton dalam filem ini walaupun anda bukan pembaca Ombak Rindu.



Pertamanya, filem ini bakal memberikan anda untuk menatap wajah pelakon air mata lelaki terbaru kita, Aaron Aziz. Aku tak pernah melihat bergenangannya air mata pelakon kacak ini dalam mana mana filem atau drama. Dan persembahannya dalam filem ini cukup memukau dengan dunia lelaki separa perfect bersulam kasanova yang cukup hebat!

Keduanya, aku menyukai gambaran Maya Karin. Seolah olah melihat satu pemaparan wanita yang cukup perfect tetapi naïf dalam kehidupan, ditindas kerana ketidakfahamannya dengan dunia. Kisah dilemma wanita yang cukup berat, ditangani dengan baik oleh Maya Karin.

Filem ini punya babak babak yang pasti membuatkan orang sebak (walaupun ada certain part membosankan). Sejauh mana kayu ukur kesebakan itu bergantung kepada penonton sendiri, tetapi aku sudah merasainya. Filem yang membuatkan aku sebak hanyalah Titanic, dan… Ombak Rindu is another tsunami of tears. Ketiganyalah. Mungkin aku ni lelaki hati basah kot....

Keempat, di tengah filem aku tertanya tanya, jika jalan ceritanya sudah terbuka dan endingnya sudah dapat diagak, bagaimana si Osman bakal menamatkan filem ini? Persoalan terjawab dan endingnya yang sederhana tetapi masih membuka peluang untuk menilai cinta dan kasih sayang, juga tentang hak cinta itu… ingat, redha dan pasrah itu berbeza.


Pada aku, menterjemah sebuah karya sebegini memanglah sukar. Walaupun aku tidak membaca novel ini, aku rasakan ada beberapa perkara yang nampaknya tidak ditangani dengan baik, tetapi rasanya sudah dicuba untuk diterjemah sebaik mungkin. Namun, perkara yang aku senaraikan ini masih lagi tidak menghalang anda untuk menonton filem ini.



Pertama, aku rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada adegan Pak Dollah memberitahu siapa Hariz yang sebenarnya. Skop penjelasannya terlalu kecil dan muncul dalam keadaan yang seperti terdesak dan mengejut sekaligus tidak memberikan ruang untuk ‘catch up’. Aku rasakan babak tersebut tidak mampu untuk memberikan kejutan langsung tetapi cukup untuk mengikat fakta saja.

Keduanya, permainan fade in fade out yang terlalu banyak nampaknya mengganggu sangat sangat penontonan aku. Serius gaya ini cukup menarik kerana mungkin Osman cuba sehabis baik untuk menterjemah segala babak penting dalam novel, dan melalui fade in fade out inilah babak itu diikat dalam jangkamasa pendek 1 jam 45 minit… like skip and watch, then skip again and again…. Malangnya… tak berjaya (pada pandangan aku).

Ketiganya, aku rasakan lagu Ombak Rindu terlalu banyak diulang ulang sampai membosankan dan menjengkelkan. Tak ada lagu lain kah untuk diisi selain lagu itu?

Keempatnya, adegan awal dimana Izzah hampir dilanggar Hariz nampak serabut. Zoom in zoom out yang caca merba. Tetapi nasib baik part tu je yang caca merba. The rest of the film ok.


Pada aku, Ombak Rindu ada portrayal cinta yang cukup berbeza. Bagaimana watak Izzah itu sendiri digambarkan sebagai seorang yang cukup naïf dan terperangkap dalam satu dilemma yang cukup besar dalam hidupnya. Izzah aku lihat sebagai sisi seorang wanita yang cukup sempurna sifatnya. Taat dan setia, jujur dan sentiasa mengingati tuhan. Gambaran Izzah ini aku suka kerana karakter ini besar kerana mampu menundukkan ego ganas si Hariz.

Dalam realitinya, aku lihat Izzah ini mewakili wanita yang dianiaya cinta dan menuntut untuk difahami dan disanjungi. Sebuah pemikiran yang selayaknya diadaptasi dan difikirkan.

Kisah ini punya persoalan yang menuntut pemikiran yang dalam tentang beban seorang wanita yang dikahwini untuk hanya digelar perempuan simpanan. Sebuah persoalan tentang kesabaran untuk meruntuhkan ego lelaki serta pengharapan terhadap cinta yang tidak pernah berkesudahan.


Ah, kisah korporat dan segala adegan marah marah dan juga sensual itu adalah pelengkap filem ini. Lihat saja bagaimana Lagenda Budak Setan punya sentapan emosi yang cukup berbeza. Gayanya mirip Bollywood dan for Ombak Rindu, yeah … it works! Filem ini mampu untuk membuatkan anda masuk ke alam cinta Izzah Hariz juga sekitarnya.

Aku akui penterjemahan novel ini nampaknya sedikit janggal. Aku rasakan filem ini ada kekurangan dalam membina kejutan kejutan. Malah, dengan beberapa adegan dengan dialog skema, aku rasa filem ini tidak berapa sempurna. Tetapi itu hanya some part of it lah!


Aaron Aziz cukup menarik untuk dilihat. Wow, setelah menjalani kehidupan gangster, akhirnya si macho ini sudah masuk ke dunia jiwang. Dan aku menyukai lakonannya, terutama adegan melepaskan rindu di dalam bilik Pak Dollah yang mampu mengundang esakan. Kehebatan Aaron nampaknya tidak dapat disangkal walaupun si Rozmey sudah membuatkan dirinya ditertawa kerana filem 2 Alamnya.

Maya Karin serius nampak cantik dalam keadaannya bertudung. Menyukai karakternya yang lemah lembut dan naïf. Lisa Surihani sebagai Mila nampaknya sedikit kaku dan kurang memberikan impak. Antagonisnya si Lisa nampaknya kurang menjadi dan kekuatan cintanya nampak mirip ke arah psychopathic berbanding cinta yang bertepuk sebelah tangan. Walaupun Lisa kurang berjaya menangani karakter Mila tetapi, at least we can watch her in her new role.

Sinematografi is a top notch. Apa lagi yang team Sharad Sharan mampu berikan selain kenikmatan visualnya. Ianya suatu ciri istimewa filem ini yang jarang dilihat dalam filem Malaysia. Menyukai paparan sawah padi, juga muara sungai yang cukup indah.


Keseluruhannya, mungkin peminat Ombak Rindu tidak dapat menikmati keseluruhan cerita seperti novelnya. Tetapi, aku rasakan adaptasi ini mampu untuk membuatkan penonton masuk ke dalam dunia Hariz dan Izzah yang penuh konflik. Walaupun konfliknya cliché Hindi zaman 90an (persoalan pangkat darjat), rasanya ianya masih boleh dinikmati. Tidak hairanlah novelnya diulang cetak berkali kali. Untuk filem air mata penghujung 2011, filem ini direkomendasi untuk anda semua…

Cinta itu tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta… Pengalaman menonton Ombak Rindu karya Osman Ali ini di Hall 12 jam 4.40 petang tanggal 1 Disember 2011 tidak berakhir dengan kekecewaan.

4.5/5

22 comments:

Achu said...

LIKE^^

aku seorang Temah said...

wow...4.5/5 bintang tuuu..

KhairulZamanKhobin said...

aku seorang Temah: patutkah kita buka kelab peminat tangisan Aaron Aziz? kah3..

D STRIKE SOLUTION said...

pun baru tengok tadi...memang boleh menyelami sedalam2 nye filem tu..terbaik!

Mohd Sukur Ibrahim said...

review bro sangat bagus..sy pun baru menonton tadi

kakiwayang.com said...

hye..review yg menarik..jom layan review kami pula..

Fahimah Mahayuddin said...

Betul2..setuju dengan pandangan awak. mengadaptasi sebuah filem bukan mudah dan Osman Ali berjaya melakukannya walaupun ada serba sedikit kekurangan. At least part2 penting dalam novel ni dia tak skip. Tak rugipun tengok filem ni. Antara filem cinta melayu yang boleh dianggap berjaya.

nuriz said...

hebat ye ombak rindu ni mampu buat hati lelaki tersentuh jugak..review terbaik i like.. :)

Unknown said...

nak tengok la. suka baca novel tu!

Hazieq Sanat said...

macam best je... tapi lau nak p tgk sorang2 macam x best plk... ngee...

.::: Princess MOMOY :::. said...

review blog mmg best tapi tunggu saja kat Astro

Ray ban Malaysia said...

xsempat lagi nak g tgk...

Unknown said...

novel lg best dr cite sebenar....serius...

Umar Faruq said...

Pertama sekali, aku suka review ko ni.. Lebih kurang macam review yang aku buat..

Boleh tengok sini : http://www.umarfaruq.com/review-filem-ombak-rindu-tak-best-sebab/

Semuanya aku sokong.. Haha..

Lagi2 part yang banyak sangat fade in dan fade out.. Effect tu biasanya digunakan untuk menggambarkan jarak waktu yang agak jauh.. Tapi dalam filem Ombak Rindu ni effek tu terlalu banyak digunakan even pada waktu yang tak sesuai..

Pasa lagu Ombak Rindu yang berulang2 kali dimainkan tu pun aku perasan jugak.. Tapi ko perasan tak, bentuk ceritanya lebih kurang dengan cerita Lagenda Budak Setan.. Cuba bandingkan dan kau akan tersenyum.. Hehe..

Apa2 pun bagus untuk review ni.. Aku suka..

LydSunshine said...

Nak tingok jugaks.

SITI SORFIENA SYASHA said...

:)

mama lynn said...

thanks linkkn... hehe x sabar nk tengok tp if kuar astro 1st lg senang.. hehe

Unknown said...

tq singgah my blog..
rasa mcm rugi gak beli tiket..patutnyer tggu astro 1st je..huhu.. agak keciwa la.. bnyk gangguan n x dpt nak tarik hati utk nangis..

eikieyn said...

ntah..tak rase excited pon nak tgk. gua jiwa kental kot. :D

lazaac said...

xsabor nak tgk citer ni...

kpah k-poh Sharifahnor said...

review yg baik....

Shuhaida Subri said...

belum sempat nak tengok!.. xde geng la..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...