Akan Datang!

Sunday, December 4, 2011

Review: Apa Tengok Tengok?


Bila aku pandang saja poster Apa Tengok Tengok? ni, ada beberapa soalan bermain di kepala. Satunya, apa yang aku tengok tengok? Adakah orang filem ini tak nak aku tengok filem ini sebab aku dok tengok gaya pelakonnya yang kena denda dan pakai baju pompuan tu? Persoalannya, di sini jelas tajuk filem ini sendiri sudah tidak mampu untuk membawa filem ini jauh ke hadapan dan sekaligus membuatkan aku tidak tertarik untuk menonton filem ini di pawagam.

Nah, hari ni aku gagahkan juga tonton filem Roy Krishnan yang huh. Agaknya adalah filem paling teruk dari segi garapannya. Negatifnya banyak. Tetapi, aku akui mesejnya ada.

movie mistakes:

Yeah, kononnya filem ini cuba untuk membawakan formality filem Hindustani yang nampaknya tidak menjadi. Ianya rebah tersungkur di atas pengarahannya sendiri yang tidak sedar bahawa pelakonnya adalah orang Malaysia, dan bukannya India. Apapun aku rasakan banyak sangat yang perlu diperbaiki dalam aspek lakonan. Namun, disebabkan filem ini kebanyakannya dibarisi pelakon baru, rasanya tahap lakonannya biasa biasa je.

Betul cakap beberapa orang blogger. Kata mereka, filem ini hanya layak untuk ditayangkan di kem PLKN ataupun kem motivasi je. Gaya penceritaannya tak komersial, kisahnya yang tunggang langgang dan tidak memfokus, terabai dan menenggelamkan feeling cerita. Iya aku nampak mesej mesejnya dalam setiap babak, tetapi kalau mesej itu datang di barisan kedua objektif filem ini alangkah bagusnya. Berhibur itu objektif pertama sebenarnya seseorang menonton wayang.

Mengerikan bila aku tengok implementasi muzikal filem ini. Ternyata dalam percubaan untuk menghasilkan item song (rujuk filem Bollywood untuk definisi jelas item song), ternyata ianya bukan budaya kita. Aku definasikan lagu terakhir filem ini adalah item song yang menarik, liriknya membina malangnya sinematografinya hancooor!. Lagu yang dinyanyikan Adriana di sekolah ‘menggerikan’.

Aku tak tahulah pengarahnya tahu aspek lakonan atau tidak. Aku juga tak tahulah jika skripwriternya ada ilmu untuk mewujudkan skrip yang baik. Kalau aku yang menulis, mungkin aku akui inilah hasilnya sebab aku tidak berpendidikan dalam hal ini.

Bukan apalah, pertamanya, aku lihat dialog dalam filem ini memanglah teramat kaku. Ya rabbi, mengucap aku dua tiga kali menonton kengerian ucapan dialog yang serupa pementasan drama kem pengakap nih. Ingat lagi bagaimana adegan cikgu Fadzilah menasihat cikgu disiplin tentang kekerasan. Cikgu disiplin kemudiannya datang ke kelas dan minta maaf. What the hell! Apa ni, lemah gila cikgu disiplin tu lepas dinasihat cikgu Fadzillah yang hanya cikgu biasa.

Malah, aku lihat pemberatan antara Penolong Kanan dan Pengetua itu nampaknya tidak ada pengkajian yang mantap. Lihat saja bagaimana si polis perasan macho semasa Joe menjadikan sekolah itu sebagai tahanan. Boleh pula polis halau pengetua dan biarkan penolong kanan berada dalam bilik soal siasat. Lepas itu, dipaparkan bahawa pengetua yang berhati baik, ikhlas, tulus dan mulus ini cuba untuk menyelamatkan anak muridnya dengan masuk ke bilik darjah sebelum ditembak. Epiknya pengorbanan pengetua ni.. kah3.

Keterukannya ditambah lagi dengan kemunculan Sathiya entah di fasa dekat hujung filem. Sathiya memberikan lakonannya sehabis baik tetapi masih tidak mampu untuk menyelamatkan keadaan. Ngeri jugak adegan pertandingan band tuh!


Huh, adegan bendera animasi tu memang nampak menunjukkan semangat. Bagaimana dipaparkan dua kumpulan yang bertelagah menyelamatkan bendera yang terlepas dari tiang dengan gahnya. Malangnya, CGinya terlalu lemah. Ngeri!

Apapun, filem ini punya plot yang membosankan dan dengan keterukan berganda, aku tak yakin filem ini mampu ditelan peserta PLKN mahupun peserta kem motivasi sekalipun. Apa Tengok Tengok? berakhir dengan rebahnya idea filem ini di tangan pengarah India ini. Ternyata Bollywood is Bollywood dan filem kita adalah filem kita. Jadinya, tak payah filkirlah pasal filem ni walaupun aku rasa Chomatt dan Iqbal memberikan persembahan yang oklah jugak.
1/5

2 comments:

LydSunshine said...

Part satiya cakap apa tengok-tengok tu je yg saya faham.

smilenajah93 said...

best x best x??

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...