Akan Datang!

Wednesday, December 14, 2011

Review: Aku Bukan Tomboy

Filem Syamsul Yusof antara filem yang cukup realistik. Dari filem aksinya, kepada filem horrornya dan kini romantikanya, aku rasakan filemnya adalah filem yang cukup hebat dari pembinaan skripnya juga dramanya. Penelitiannya cukup menarik, tak ubah seperti bapanya sendiri si Yusof Haslam suatu ketika dahulu. Tetapi, malangnya filem Syamsul Yusof sebenarnya gagal mencipta nama pada karakter Syamsul Yusof itu sendiri. Jujurnya, aku rasakan Syamsul Yusof tidak sedar lakonannya menghancurkan filemnya sendiri.

movie mistakes filem 

Di tangan pengarah ini, Aku Bukan Tomboy nampaknya menarik untuk disaksikan. Aku menyukai elemen cinta, darjat juga terperangkapnya si Farisha dalam hidup tomboy dan lesbiannya. Lesbian, aduh. Inilah part paling menggelikan dalam filem ini. Penakrifannya nampak terang sekaligus mewujudkan babak babak yang menggelikan tetapi hakikatnya, itulah reality.


Seperti yang aku katakan pada awal tadi, wataknya dalam filem apa punlah, ‘nya’ itu merjuk kepada Syamsul Yusof, aku rasakan itulah watak yang rasanya tak mampu untuk ditelan kerana ianya tak mampu dibawa dengan sempurna oleh ‘nya’. Dari KL Drift sehinggalah ke Aku Bukan Tomboy, aku rasakan Syamsul Yusof patut memberikan watak Burn itu kepada pelakon yang lebih ‘kepit’ dan ‘Mr. Bean’ darinya. Dalam erti kata lain, si Burn dalam filem ini bagaikan ombak rindu yang sekejap ada naik dan ada turunnya.

Tetapi, nasib baiklah si Farisha menjadi ‘hero’ pojaan dan sekaligus menyelamatkan keadaan. Dalam kehidupannya yang terperangkap, kisah kehidupannya yang naik turun sebenarnya adalah roller coaster yang menghiburkan untuk dihayati. Kehidupannya menjadi hiburan buat penonton untuk ketawa, bergembira juga bersedih pada skala kesian yang sempurna.


Si Farisha adalah portrayal si Shamsul Yusof yang cukup baik. Aku rasakan skrip asal Yusof Haslam ini yang sudah diolah oleh anaknya menjadikannya sempurna. Skripnya kena pada environment juga kehidupan realitinya. Ianya gah, menggelikan juga membuka pekung secara terhormat.

Aku salute kepada lakonan Scha Al Yahya yang cukup sempurna dalam memaparkan ke’Farisha’annya. Aku rasakan emosinya dengan cukup sempurna.

Aku rasakan hero filem ini layak diberikan kepada Shaheizy Sam, si Hariz yang kuat menangis walaupun penampilannya keras macam batu. Watak Hariz ini nampaknya sebuah penghidupan dunia Farisha yang menyempurnakan kisah kehidupan Farisha yang dikelilingi lesbian lesbian perasan jantan yang kononnya berlagak lesbian, tetapi taklah lesbian sangat pun.


Bercakap tentang lesbian lesbian filem ini (sorilah penggunaan lesbian itu terlalu banyak digunakan dalam filem ini), aku rasakan lesbian dalam filem ini tak ubah dari cerminan gangster KL Gangster, cuma ini dalam versi wanita. Lebih dekat lagi, tomboy. Dekat lagi, KL Gangster wanita. Cinta lesbian yang merebut si Farisha nampaknya reality paling muntah perut dalam filem ini. Aku rasakan reality itu terlalu dalam untuk diterima. Tetapi aku tak rasakan reality itu tak layak untuk difilemkan. Cuma… entah.


Plot Aku Bukan Tomboy berkisar tentang diari si Farisha yang tersepit dalam dunia fantasi keayuaannya, tetapi realitinya dia si tomboy yang digemari lesbian (juga tomboy). Realitinya, Farisha hanya luarnya nampak lelaki, tetapi dalamnya dia ayu. Si Fariz jatuh hati tetapi dalam diam saja dia jatuh hati. Si Burn masuk gelanggang sekaligus menjadikannya cinta tiga dimensi antara darjat pangkat juga pilihan hati.

Syamsul Yusof sudah memberikan paparan dunia bawah yang cukup baik. Kalau dulu si Gangster petaling street dia bawakan, kali ini, dia bawakan lagi watak tomboy yang lesbian, serta watak salesman yang selalu kita kutuk sebab selalu membuang masa kita, juga reality darjat cinta juga pilihan keluarga mirip filem Bolly. Oh ya, tak boleh la ia disamakan dengan filem Hindi, kerana isu cinta ini universal. Mana mana dunia yang ada industry filem pastinya ada filem berindentitikan cinta bukan.


Aku rasakan Aku Bukan Tomboy sebuah filem yang menghiburkan. Sebuah lagi roller coaster yang jelas dan terang. Hebatnya karya Aku Bukan Tomboy ini bukanlah pada lakonan Syamsul Yusof yang pada aku ‘gagal’ memberikan kepoyoannya. Hebatnya filem ini bukanlah pada reality yang ingin disampaikan. Aku rasakan filem ini patut ditonton kerana lakonan Scha Al Yahya yang cukup sempurna. Esak tangisnya, juga gaya gelaknya yang cute, juga penampilan dramanya yang cukup memukau… itu factor korang kena tonton filem ini.

3.5/5

2 comments:

Farah said...

tak sabar nak tgok cter ni. huhu

Anonymous said...

x dan nk tngk lg...haisssssh...

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...