Saturday, February 27, 2016

Review: Munafik

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Syamsul Yusof
Pelakon | Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz

Setelah hilang buat beberapa lama dari industri setelah kejadian ngeri yang berlaku terhadap KL Gangster 2, Syamsul Yusof akhirnya menerpa semula dengan filem terbaru. Mengangkat tema seram sekali lagi, ini filem kedua yang bakal mengukur sejauh mana pengarah ini mampu menyeramkan penonton dengan gayanya. Khurafat yang ditayangkan 2011 aku puji. Gayanya terlalu bagus dan magisnya terserlah. Munafik pula bagaimana? 

Tidak aku nafikan yang Munafik sebenarnya kalah dengan Khurafat. Syamsul Yusof gagal untuk membawakan kesegaran baru dalam gaya penceritaannya walaupun percubaan nampaknya ada. Dialog skema dan juga lakonan kayu Syamsul Yusof sendiri nampaknya kecacatan ketara dalam filemnya. Bila dua benda ini masih ada di dalam filemnya, maka kesempurnaan itu masih tiada sampai bila bila. 

Munafik ada sisi baik dan sisi buruk. Satu sisi buruk filem ini ialah bagaimana ceritanya bercerita. Permulaan filem ni sangat-sangat hodoh dan tergesa-gesa. Tidak hairan sedikit pun dengan gaya penceritaan yang tergesa-gesa ini, aku dapat rasakan elemen ‘tergopoh gapah’ ini terhenti di pertengahan cerita saat seramnya bermula. 

Filem ni memang banyak Hindustani jugaklah. Watak Syamsul Yusof banyak menangis dan menginsafi. Juga nampak macam filem Indonesia, dek kerana penuh dengan ayat-ayat yang memotivasikan untuk kembali ke jalan yang benar (lebih banyak bercakap tentang kemaafan). Oh, macam biasa, elemen seram cedok dari Hollywood ada. Tapi bravo, cedok-cedok pun menjadi beb! 

Kelemahan paling ketara yang aku nampak ialah bagaimana Syamsul Yusof gagal memberikan ruang untuk setiap karakter berkembang dengan selesa. Setiap karakter memang macam eletrik. Keluar masuk dan kemudiannya tidak ada background story yang kukuh. Kita tahu dia ustaz, kita tahu dia ibu tiri, kita tahu dia imam, tetapi selebihnya, tidak ada penceritaan lanjut. 

Syamsul memilih untuk bermain dengan teka-teki dan belit-belit cerita untuk membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah Munafik yang sebenar. Setiap karakter, walaupun background detailnya kurang, diuli-uli sehingga muncul syak wasangka dalam setiap karakter yang ada lantas membuatkan menonton meneka-neka siapakah si munafik yang menjadi fokus utama. Itu bagus. Oh, twist anak ustaz tu sebenarnya gagal di mata aku kerana aku berjaya menduga sejak dari mula. 

Selepas lama tidak menonton filem yang betul-betul seram buatan Malaysia, Munafik berjaya membawa aku melihat adegan seram tahap antarabangsa. Memang tak dinafikan lagi yang adegan seram filem ni antara yang terbaik sekali dalam filem-filem Malaysia. Adegan rasuk Nabila Huda dan permainan kamera yang sangat cantik menambahkan kekuatan adegan seram yang menjadi antara penutup aib filem ini. 

Penonton sebenarnya berjaya dikelirukan dengan watak ustaz yang tak mahu nak rukyahkan orang sebab kehilangan anak. Aku tak nafikan storyline filem ni memang membuli penonton untuk berfikir. Walaupun aku puas hati dengan plot twist dan juga keterujaan dalam mengikuti setiap babak, aku rasakan yang pengakhiran filem ini , selepas semuanya selesai, seperti sangat tergopoh gapah. Tidak ada waktu untuk penonton bertenang dan tetiba sahaja filem tamat. 

Kalau korang sukakan filem macam The Conjuring ataupun Emily Rose, memang korang patut tonton filem ni. Adegan rasuknya memang power beb! Memang buatkan korang teruja dan bagi penakut, boleh terjerit-jerit sampai cirit! Filem Munafik bukanlah sebuah filem seram kosong. Ianya juga sebuah filem yang mengisarkan ayat-ayat keinsafan yang ditambah dengan keseraman yang mampu membuatkan korang kecut perut. 

4/5

5 comments:

alya chan said...

wahhh. dengar cerita memang movie ni best. kena tengokk nanti..

D'zunnur said...

ko kene phm beza antara prolog dgn beginning...bg aku sume karakter seimbang perkembangannye sesuai dgn watak memasing...x perlu nk kembangkan sume watak...ni bkn telenovela...cume 1 watak jer yg pengarah lupe nk close dgn kemas....watak bos maria....period.

Anonymous said...

kalau dah banyak watak yang nak dikembangkan, dah seripa jadi drama bersiri pulak lah.... tapi drama bersiri Suraya, memang seram.... habis jugak cerita tu sudahnya...

Anonymous said...

Review deadpool satu pliss.

Shizu anak pak usop said...

Aku baru tengok malam tadi. Terlupa malam jumaat pulak. Memang best. Ending yang tak sangka. Tapi part amir tu aku dah boleh baca start dari bapak dia datang. Apa apa pon, 1st filem melayu yang takde babak bukak aurat terlampau n sentuh2 antara laki perempuan.