Friday, May 23, 2014

Review: Hercules - The Legend Begins

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Renny Harlin
Pelakon | Kellan Lutz, Liam McIntyre, Scott Adkins
Oh, girls pastinya sempat untuk cuci mata melihat Kellan Lutz tanpa baju. Dengantubuh sasa dan mukanya yang hensem, pasti ramai gadis gadis terpegun dengan kejantanannya dan sekaligus merasakan alangkah indahnya berada di sisinya. Kellan Lutz memberikan gambaran Hercules yang nampak moden, seperti mana Twilight memberi gambaran baru kepada paparan vampire dalam filemnya. Dan oleh itu, The Legend of Hercules nampak baru walaupun settingnya epic. 

Filem yang memberikan asal usul Hercules dari kelahirannya, sehingga jadi slave dan bertarung melawan ayah tirinya yang jahat ini sebenarnya tidak mampu memberikan apa apa ruang untuk dipuji sama ada pada ceritanya mahupun persembahan pelakonnya. Filem ni ialah sebuah filem epic yang bercerita dengan cara yang sangat biasa. Dendam, cinta dan perang yang masih digarap dalam sebuah ruang lingkup yang tidak luar biasa. 

Kehadiran Scott Adkins mahupun pelakon pelakon lain yang kelihatan agak kurang dikenali di mata aku menjadikan filem ni kelihatan seperti persembahan filem Gred B dari penerbit filem Twilight ini. Malah, dengan sebuah cerita yang sangatlah tragic sebegini, The Legend of Hercules jadi sebuah persembahan yang agak membosankan pada persembahan dramanya. 

Aksinya mungkin terbaik. Malah, setelah menonton Pompeii yang punya aksi yang agak mengecewakan, The Legend of Hercules berjaya mengubat kembali kekecewaan itu dengan penampilan aksi fighting yang agak mengagumkan. Namun, sebagai sebuah filem yang mempertaruhkan Hercules sebagai sebuah karakter yang besar dan diikuti, filem ni masih gagal untuk memberikan moment yang bloody seperti mana filem purba seharusnya ada. 

Kellan Lutz mungkin nampak sasa. Namun, aku selalu menggambarkannya sebagai seorang lelaki yang datang dari dunia moden yang terperangkap di dunia purba. Sepertimana Kiefer Sutherland yang gagal sepenuhnya dalam Pompeii, Kellan juga sebegitu. Wajahnya terlalu moden untuk gambaran Hercules. Ya, mungkin pemilihannya atas dasar hensem dan sasa. Tapi, aku kurang suka kalau sebuah filem purba punya ciri ciri moden yang terang seperti rambutnya yang sangat kemas tu. 

The Legend of Hercules sebenarnya sangat lemah dari grafiknya. Paling mudah, kalau anda tonton Vikingdom, aku rasakan filem ni lebih sikit je dari filem arahan Yusry KRU tu. Visual efeknya sangatlah lemah dan tidak mengagumkan. Sekali sekala juga kelihatan cacat cela akibat tidak ditangani dengan sempurna. Adegan Hercules lawan dengan batu yang diikat di tangan, dan juga adegan Hercules menggunakan pedang kilat mungkin bervisi, namun gagal ditangani dengan jaya. 

Maka, dengan senang hati, aku rasakan The Legend of Hercules berada satu garis lebih saja dari filem Vikingdom. Visual yang tidak meyakinkan ditambah dengan plot yang membosankan sekali sekala tidak mampu menjadikan filem ni sebuah filem purba yang sempurna. Namun, aku harus akui filem ni punya aksi fighting yang mengagumkan. Sebuah filem yang gagal, jika anda tanya saya. So, kita lihat pula Hercules versi The Rock bulan tujuh nanti ya. 

2.5/5

No comments: