Sunday, March 23, 2014

Review: 12 Years A Slave

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Steve McQueen
Pelakon | Chiwetel Ejiofor, Michael K. Williams, Michael Fassbender

Menyaksikan filem yang memang memenuhi tuntutan sebuah award winning film ni sangat memberikan perasaan yang berbeza apabila melihat tema penderaan hamba abdi. Filem arahan Steve McQueen ini memaparkan sebuah cerita si kulit hitam dengan jujur, dan memberikan ruang untuk penonton melihat the real truth kepada perhambaan. Adaptasi dari memoir watak utamanya, Solomon Northup ini sangat memberikan emosi, dan sangat memorable. 

Chiwetel Ejiofor sebagai Solomon Northup berjaya memberikan lakonan yang agak meyakinkan. Mamat yang entah namanya aku tak kenal mana ini memberikan ruang untuk membayangkan 12 Years A Slave sebagai sebuah filem yang menceritakan kebenaran. Tidak ada ruang untuk penonton merasakan ianya sebuah fiksyen yang sangat memerlukan pelakon besar untuk beraksi. 

Di sebalik kesengsaraan dan juga kepahitan dunia hamba abdi yang dipaparkan, 12 Years A Slave adalah sebuah kritikan terhadap Amerika sendiri. Dalam filem ni, orang kulit putih digambarkan sebagai enemy yang sebenarnya tidak terang untuk kelihatan. Realitinya, filem ni sebagai satu sindiran dosa orang kulit putih kepada orang kulit hitam pada zaman tersebut. 

Aku amat menyukai filem yang agak panjang ini walaupun sebagai sebuah filem biografi, korang tidak akan nampak sebuah naratif yang terus dan senang. Malah, dengan penceritaan yang menjangkau timeline sejauh 12 tahun, filem ni memotong dan mengambil cebisan hidup Solomon yang boleh dibawa untuk kita nilai dan kita rasai. Ternyata, apa yang dilakukan berjaya memberikan persembahan yang amat menakjubkan. 

Mungkin bagi sesetengah penonton, filem ni agak brutal dalam membicarakan realiti hamba abdi. Ianya sebuah kisah tragedy yang nampak cuba untuk menyampaikan kesakitan dan juga jiawa yang meronta orang kulit hitam. Filem yang sebegini ada semangatnya yang tersendiri. Dan bersama itu, ianya berjaya sampai ke dalam hati aku untuk mengajak bersimpati melihat kekejaman, dan juga kesengsaraan yang ditonjolkan. 

12 Years A Slave memang bukan sebuah filem yang mampu membuatkan kita berhibur. Aku menonton dengan perasaan yang agak geram dan juga merasai keperitan dijadikan hamba abdi selama 12 tahun akibat satu sindiket yang tidak pernah mendapat pembalasan setimpal. Beberapa syot panjang yang dilakukan McQueen berjaya memberikan masa untuk penonton merasai satu satu babak sehinggakan merasai apa yang mahu dirasai. 

Sebuah filem yang sangat klasik, powerful dan juga sebuah filem yang mampu buat korang rasa geram. Melihat kepada paparan dunia hamba abdi yang dipaparkan, ianya sebuah persembahan bersama emosi dan juga semangat. Kenapa? Iyalah, pengarahnya pun orang kulit hitam. Hanya orang kulit hitam yang memahami orang kulit hitam. Dan 12 Years A Slave ialah sebuah paparan ikhlas dari seorang pengarah kulit hitam! 

4.5/5

No comments: