Saturday, March 8, 2014

Novel: Suami (S Mara GD)

klik untuk gambar lebih besar

Karya S Mara GD ini tidak kelihatan seperti sebuah penyiasatan pada separuh masa awal. Sekaligus, misteri Kosasih dan Ghazali menjadi satu tanda tanya besar tentang siapa sebenarnya mereka. Bercerita tentang sebuah keluarga dan konflik si suami yang menyembunyikan rahsia si isteri pertama, novel Suami berjaya menyampaikan rasa drama, emosi dan juga cinta yang sangat berani dan cantik. Dan apabila Kosasih dan Ghazali masuk, Suami menjadi tumpat! 

Novel ini mempunyai pembukaan cerita yang sangat sedetik dan sedetiknya bercerita tentang karakter. Tiada siapa menduga bagaimana novel ini akan jadi sebuah novel penyiasatan sehinggalah satu insiden yang tercetus dimana Kosasih dan Ghazali ini muncul bagai Spiderman yang sedia membantu. Dan disitulah, kebijakan penulis terserlah dalam membina misteri siapakah pemain sebenar cerita ini yang harus ditangkap. 
klik untuk gambar lebih besar

Aku suka penceritaannya. Suka emosinya. Suka gaya Detektif Conan tambah CSI yang ditonjolkan. Ianya sebuah penyiasatan yang sangat cantik dalam susunannya. Buku yang sudah menjadi klasik di Indonesia dari novelis thriller no 1 negara itu memang sedap dihayati walaupun ada satu dua definisi kata Indonesianya tidak diberikan nota kaki yang sewajarnya. Enak bagi penggemar thriller dan penyiasatan misteri. 

4/5

No comments: