Monday, March 31, 2014

Novel: Isteri (S Mara GD)




Mula ketagih dengan Kosasih dan Gozali yang sangat mempunyai jalan cerita yang tak disangka sangka. Walaupun watak Kosasih dan Gozali ni hanya muncul di separuh akhir cerita dan tidaklah sebenarnya penting mana pun kalau namanya ditukar, novel S Mara GD ini memang punya kekreatifan tahap Detektif Conan yang tidak boleh disangkal. Sebelum ini membaca Suami, dan kali ini Isteri berjaya memuaskan nafsu novel penyiasatan dengan gaya penulis ini. 

Penulis ni tidak pernah memulakan ceritanya seperti sebuah drama penyiasatan. Separuh awal novelnya ada drama biasa, yang tidak akan terjangka ke mana ia akan pergi. Sehinggalah ke klise biasa sebuah filem penyiasatan yakni kematian, di situlah baru bermula semuanya. Penulisan S Mara GD pantas dan sangat kemas pada separuh masa kedua. Menjadikan kita rasa sekali penyiasatan yang sedang dilakukan dua polis fiksyen tersebut. 

Rugilah korang yang tak dapat lihat bagaimana penulis Indonesia menulis thriller penyiasatan yang aku rasakan lebih ohsem dari biasa. Kekemasannya, dan jiwanya serta kekuatannya sangat memberikan ruang yang sangat baik untuk nafsu aku terhibur. Pada penyiasatannya, pada moral of the storynya, pada watak watak yang dibinanya, penulis ni memang tidak disangkal lagi. 

Malangnya, buku ini tidak lagi diterbitken penerbit Fixi. Maka, aku termasuk dalam orang orang yang beruntung yaw! 

4.5/5

No comments: