Saturday, October 13, 2012

Review: Stolen

Rasanya ini filem kedua berkisah tentang sesuatu dalam trunk kereta. Pertamanya, menampilkan Stephen Dorff yang mana terkurung dalam trunk kereta yang tidak diketahui sebab apa. Simon West pula kali ini tampil dengan kisah trunk keretanya tersendiri. Menampilkan Nicholas Cage sebagai pemain utama, bukanlah pelakon ini yang terkurung dalam trunk kereta. Sebaliknya, ianya sebuah kisah tentang anak dan ayah, persahabatan menjadi pembelotan dan juga sebuah game aksi yang bersambung sambung. 

Rasanya, ini adalah filem kedua Nicholas Cage bergandingan dengan Simon West. Sebelum ini, Simon West dan Nicholas Cage pernah bekerjasama dalam filem Con Air (1997). Ianya juga sebuah genre aksi yang agak luar biasa pada zaman kegemilangan filem filem aksi. Sekutu sekutu filem aksi zaman itu, seperti filem filem James Cameroon, Michael Bay dan Jerry Bruckheimer juga Simon West sendiri memang hebat. 

Filem aksi 90an lebih realistic tanpa menggunakan kurang kesan khas sebaliknya lebih kepada aksi on set. Itulah yang menjadikan Terminator, mahupun The Rock, Bad Boys mahupun Con Air ada umphnya tersendiri. Dengan kekurangan pada CGI (walaupun Hollywood sudah ada teknologi ini), kreativiti lebih kepada penekanan aksi itu tersendiri. Gahnya Con Air arahan Simon West semestinya sebab kapal terbang mendarat di tengah Bandar Las Vegas! 

Stolen, ada aura 90an. Ingat lagi kepada 12 Rounds lakonan John Cena mahupun Die Hard? Tak pun filem Taken lakonan Liam Neeson? Itulah momentum yang dapat dirasakan dalam filem ini. Walaupun ideanya jauh berbeza, filem ini adalah filem gerak pantas yang berkisar hanya dalam masa satu hari. Stolen adalah jiwa Simon West! Lihat saja bagaimana dia mengarahkan The Expendables 2, The Mechanic! Aksi tanpa henti dengan plot yang simple! Itulah yang korang akan dapat dengan filem ini. 


Stolen mengisahkan tentang Will (Nicholas Cage) yang mana telah keluar penjara selepas 8 tahun insiden rompakan terjadi. Semasa dia melawat anaknya, tanpa sedar sesuatu sedang menunggu. Vincent (Josh Lucas), rakan lama yang berdendam akibat satu peristiwa lampau semasa rompakan telah menculik anak perempuannya dan disembunyikan dalam sebuah teksi. Kini, Will terpaksa menunaikan permintaan Vincent, dan mencari teksi yang mana anaknya disembunyikan. 

Tidak ada yang membanggakan dalam filem ini jika anda mahu sesuatu yang artistik. Ini sebuah filem aksi yang agak ringan dan dipersembahkan dengan gaya Simon West. Garapan yang laju dan focus yang agak tidak memberi ruang kepada plot plot kecil membuatkan filem ini mungkin digemari oleh peminat filem filem aksi. Mungkin yang mahukan gaya Nicholas Cage yang hebat seperti lakonannya dalam filem National Treasure, Stolen mungkin sesuai untuk anda. Syot syot aksi yang klasik dan aksi yang realistic menjadikan filem ini sebuah trademark pengarah filem ini sendiri. 

Stolen mungkin sesuai untuk sebuah filem aksi ringan ringan. Dengan aksi yang pantas, dan juga mesej ayah dan anak, juga dendam persahabatan, filem ini bolehlah dikatakan hebat pada aksinya, walaupun tidak sehebat The Expendables! Bagi yang mahu mengetahui dimana anak Will Montgomery disembunyikan, dan apa sebenarnya keinginan Vincent terhadap Will, filem ini dah mula ditayangkan di pawagam sejak 11 Oktober 2012 yang lalu! 

3/5

No comments: