Saturday, October 20, 2012

Review: Hantu Gangster

Mamat cina ni tak pernah berhenti bercakap tentang perpaduan. Positifnya aku memandang Namewee atas kejayaan Nasi Lemak 2.0, sekaligus membuang segala prasangka negatif. Lantaklah orang nak kata apa, aku support mamat cina ni dek kerana perpaduan yang tidak lekang penerapannya dalam mana mana filem. Baru menghasilkan dua filem, Hantu Gangster, yang mana nampaknya meminjam tradisi orang melayu dalam menamakan filem merupakan sentuhan yang agak menarik untuk ditonton. 

Dengan segala isi isi kritikan dalam komedinya, Hantu Gangster membawa aura Nasi Lemak 2.0 sekali lagi. Kiasan dikurangkan, hiburan ditambah. Kali ini, penyatuan kaum digambarkan dengan lebih jelas dalam suasana yang agak popular di dalam kalangan pembikin filem melayu iaitu gangster. Ternyata, Namewee sendiri mahu membawa gangster kepada satu level lagi yang berfungsi untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan bukannya memecahbelahkan. 

KL Gangster mengisahkan gangster Melayu. Berpecah belah dalam dunia melayunya. Kepong Gangster pula membawa kisah gangster Cinanya dan kisahnya tersendiri. Dua filem yang menggunakan tajuk Gangster ini tidak ada satu perkara, unity masyarakat Malaysia yang tidak tertonjol. Namewee mahu itu. Cerita yang agak mengarut dibina dan diratakan dengan semangat yang ingin diterapkan. Menjadi pada isi yang ingin disampaikan. Segalanya tergambar jelas. 
Jadi, apa peranan Hantu dalam dunia gangster ini? Itu sebenarnya sebuah trick dalam membawa penonton ke pawagam. Namewee nampaknya mengambil ilham memberi tajuk filem ini menggunakan perkataan Hantu sebenarnya adalah kiasan sinis kepada tajuk tajuk filem kita sendiri sebenarnya. Padahal, peranan hantu dalam filem ini nampak sangat sebagai special appearance yang membawa jalan cerita kepada kehendaknya.  

Dengan visual efek yang digarap sederhana tetapi sempurna, Hantu Gangster masih memberikan ruang visual yang agak cun dan sempoi. Walaupun kadangkala kerja kamera nampak lebih kepada syot pegun dan juga dialog dialog yang biasa saja, Namewee menanam kiasan kiasan sinis dalam setiap babak dibikinnya. Malah, boleh dikatakan banyak babak dalam filem ini adalah luar biasa dari persembahannya. Syot Te Sai bermain judi, antara yang kreatif. 


Gambaran roh manusia yang datang meminta tolong untuk diselesaikan baki baki kerjanya di dunia digambarkan dengan tahyul yang melampau. Dengan kononnya di dunia satu lagi ada polis yang menangkap roh yang lari turun ke bumi, gambaran ini memang menunjukkan Namewee cuba untuk tampal kepercayaan filem filem luar dalam filem Malaysia. Parental guidance memang diperlukan dalam hal hal sebegini. 

Namun, dari sudut komedinya, Namewee tidak berapa nak menyerlah. Tetapi, apapun, mamat ni berjaya buat aku gelak berdekah dekah. Tahniah Namewee sebab berjaya buat mamat ni menari, terkentut, dan segala bagai lagi yang tidak dapat disaksikan dalam filemnya yang lain. Ha3. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil. Memang korang akan menyaksikan persembahan Farid Kamil yang amat luar biasa. Amaran, pastikan korang tunggu juga selepas habis kredit filem. Ada post-credit scene yang sungguh kelakar. 

Seperti Nasi Lemak 2.0, Namewee meminjam aura Stephen Chow dalam pembikinannya. Dengan komedi yang memang agak luar biasa, Hantu Gangster ada lawak dewasa yang jelas menggambarkan Ewan dan Te Sai adalah seorang sex fetishist. Babak yang jelas adalah masa Jameela (watak seorang cikgu lakonan Diana Danielle) menari seksi depan kipas meja dan Ewan minta Jameela yang mana seorang cikgu untuk sebat dirinya masa nak rogol Jameela. 

We Are Gangster (official MTV untuk filem Hantu Gangster) dengan penampilan 5forty2, Reshmonu & Ashtaka, Taiyuddin Bakar, Farid Kamil, Bao & Zence, Abu Bakar Siddiq, Ramanamohan & Subash, dan Namewee.

Persembahan kasih sayang antara anak dengan ayah, cinta Ti Sai dengan Jameela tidak digambarkan dengan jelas. Diana Danielle tidaklah menonjol sangat dalam filem ini. Apa yang paling menonjol, seperti aku kata tadi, semestinya persembahan Farid Kamil. Dengan special appearance yang agak banyak, filem ini memang menggambarkan unity yang sempurna. Hantu Gangster memang sebuah filem yang menggambarkan Malaysia. Ini bukan filem Melayu, bukan filem Cina dan bukan filem Tamil. Inilah filem Malaysia. 

Dengan konsep unity yang digambarkan, Namewee dengan jelas menolak racism untuk diamalkan sebaliknya menerima unity sebagai satu konsep yang perlu diamalkan di negara Malaysia. Hantu Gangster mengajak penontonnya mencintai Malaysia, masyarakatnya yang unik dan juga semangat saling bantu membantu yang semakin hilang. Sebuah filem tentang hidup bermasyarakat yang digambarkan dengan cerita yang agak tahyul dan mengarut, tetapi jika anda adalah between line reader, anda boleh memahaminya.

4/5

No comments: