Saturday, October 27, 2012

Review: Aji Noh Motor

Apa akan jadi bila dua adik beradik dari latar belakang berbeza, berada dalam satu filem? Maka jadilah Aji Noh Motor. Cerita si abang yang berusaha untuk buat apa saja untuk tunaikan hadiah hari jadinya ini memang diadun sempurna walaupun aku masih katakana MIG masih mengekalkan trademarknya yang tersendiri dalam setiap inci filem. Aji Noh Motor bukan sebuah komedi ringan yang kosong. Walaupun rempit, agama jangan lupa. 

Pada aku, filem ini cukup baik adunannya. Dari pengarah yang agak baru dalam dunia pengarahan, filem ini nampak lekat dengan aura aura filem X Janda Jandaku Gangster yang mana bergerak menggunakan lawak lawak slapstik dan juga sindiran dan kritikan masyarakat. Sedar tak sedar, Aji Noh Motor bercakap tentang pelbagai inci yang berkaitan dengan haji itu sendiri. Paling jelas ialah sifat sifat karakternya dalam usaha untuk melakukan haji. 

Mengekalkan rempit sebagai satu cabang untuk membawa karakter utama filem ini, Aji Noh Motor memanglah bukan bercerita tentang rempit sangat. Lebih memfokus kepada hubungan adik abang dan persahabatan, Aji Noh Motor sebuah drama yang seperti aku kata tadi, amat teratur susunannya dan tidaklah terlalu nak cepat habis walaupun aku rasa seperti itu pada awal filem. Nasib baik filem itu mula bergerak dengan tenang di tengah tengah. 

Menyukai lakonan Alex Yanz yang amatlah menarik untuk dilihat. Persembahan komedinya menjadi ditambah lagi dengan skrip yang memukau dan memang kelakar. Alex Yanz memberikan persembahan yang sewajarnya sebagai abang yang merempit tetapi masih ada sifat kasih sayang sebagai seorang abang. Zalif Sidek pun tak kurang hebatnya. Persembahan Wawa Zainal cute sangat walaupun wataknya taklah penting mana. 

Macam biasalah, seperti filem filem MIG lain, filem ini pun terisi dengan pelbagai karakter yang muncul tiba tiba tanpa penjelasan. Itu normallah, rasanya filem MIG dulu dulu pun macam ni lah jugak. Tetapi, disebabkan karakter karakter tersebut nampaknya membantu dalam membentuk plot dari masa ke masa, rasanya wajarlah skrip ini dipuji. Walaupun begitu, ada juga beberapa bahagian cerita yang aku rasa tidak perlu dan hanya dibikin untuk menambah lemak cerita. Nasib baik cerita ini tak lebih lemak. 

Cerita anak kepada Datuk Elaikun yang hilang sebenarnya sia sia. Tak ada yang boleh diungkap dari cerita itu pun. Mencari apa motif subplot tu dibawa. Sekadar nak meramaikan adegan akhir filem ini? Pada aku, kalau dibuang subplot tu lagi elok kot. Lagipun motif anak dia diculik pun seperti samar samar. Malah, apa yang tak bleh blah adalah adegan Don yang ditangkap di pesta muda mudi RELA, yang mana macam mengarut terlebih. 


Pesta muda mudi RELA, yang mana digambarkan sebagai acara Majlis Penutup Kursus Tamat Latihan Kepimpinan Rela 1 Zon Tengah macam mengarut dan ish… nak cakap macamna ek? Pada aku, aku rasa gambaran pesta muda mudi itu macam menunjukkan bukan reality RELA sebenarnya. Tak seperti apa yang ditonjolkan dalam Senario: Ops Pocot. Adakah cerita ini mahu gambarkan yang anggota RELA suka berpesta? 

Apapun, sebalik tersirat ini, sebenarnya mungkin skrip ini cuba untuk bertindak sbg reference kepada filem filem yang menggunakan RELA seperti X: JANDA JANDAKU GANGSTER (salah seorang ex-husband Alisa) dan juga SENARIO OPS POCOT (cerita pasal anggota RELA). Reference sebegini nampaknya sudah mula diisi dalam filem filem MIG kalau anda sedar. Jika anda sedar, Tumulak muncul dalam BINI BINIKU GANGSTER sebagai rujukan kepada filem box office KONGSI walaupun wataknya tak ada apa apa kaitan pun dengan cerita tersebut. 

Kembali kepada Aji Noh Motor, kata terakhir yang aku mampu kata, yea.. you should watch it kalau anda minat komedi drama. Nafasnya yang tenang, dengan lakonan Alex Yanz yang agak hebat serta garapan komedinya yang amat cute (bukan sebab Wawa Zainal je tau!) memang membuatkan Aji Noh Motor nampak jelas nasihatnya di sebalik komedi yang disampaikan. Apapun, setiap manusia ada penilaiannya yang tersendiri. Semuanya terserah kepada korang. 

4/5

2 comments:

Adi Herman said...

boleh tahan review lu ni bro...walaupun aku dah tawar hati sebelumni nak menonton mana2 filem MIG,tapi disebabkan review yg bagus mcm ni,aku dah minat balik dah hahal

ahfok said...

Sampah punya cerita!!!!