Friday, July 13, 2012

Review: Bohsia 2 - Jalan Kembali

Permulaan filem ini sebenarnya spoil dan teruk. Bagaimana mulanya filem ini memang hampeh. Permulaan yang tidak mampu untuk membawa penonton untuk tenang sebaliknya membuatkan penonton terpinga pinga. ‘Eh, biar betul cerita dah bermula??”. Begitulah pandangan aku pada awal minit pertama filem ini membuka ceritanya. Permulaan sebegini yang terus melemahkan prasangka untuk bersangka baik untuk filem ini gagal. 


Kononnya mahu diadun agama dalam filem ini membentuk satu keinsafan buat sang bohsia, namun, aku rasakan kehidupan agama itu hanya datang pada akhir akhir filem. Jadi, filem ini tidaklah ada apa beza sangat dengan filem Bohsia yang pertama. Dengan ceritanya yang lebih berbeza dan tidak dicaturkan dengan baik pada sesetengah babak, Bohsia: Jalan Kembali nampaknya bukan sebuah filem agama yang menasihat dengan baik. 
Awal filem, kita sudah disongokkkan pada minit minit pertama perbualan Amy (Salina Saibi) dengan rakannya di Pusat Pemulihan. Dengan itu, muncul jugalah watak Rock (Mak Jah) yang sering membuli Amy dengan pelbagai cara. Di sini plotnya sudah nampak cuba ditambah sesuka hati. Tidak ada apa yang baiknya watak Rock untuk muncul membuli bertubi tubi hanya kerana untuk mencetuskan niat untuk Amy keluar / melarikan diri dari pusat pemulihan. 


Malah, Amy yang sudah dicucuk bahagian sulitnya boleh pula naik teksi dengan perasaan yang tidak sakitnya pada malam kejadian tanpa ada niat sedikit pun untuk mengubati. Selepas kejadian buli sampai londeh seluar tu, watak Rock hilang dan seriously aku tak berapa nak suka sebab watak Rock tidak ada balasan yang setimpal untuk perbuatannya. 

Aku rasakan watak bos Amy yang cuba untuk mewujudkan komedi masih dirasakan sia sia. Watak yang tidak berkepentingan sebegitu juga telah mencacatkan niat untuk menginsafkan. Filem ini juga, yang menampilkan bomoh motor (Harun Salim Bachik) juga adalah sia sia. Mana tidaknya, tok bomoh yang kononnya melawak ini tidak membantu apa apa pun. Sekadar untuk dibuli si Syamsul Yusof sebab kononnya boleh pusing meter motor, ah, merugikan! 


Namun, di sebalik plot yang bercelaru dan juga tunggang langgang, aku juga masih tidak dapat menerima lakonan Soffi Jikan yang alamak, obviously melebih lebih. Watak Keting kadangkala tidak dapat didengar dengan jelas dialognya. Malah, dengan lakonan yang sudah jadi macam lelaki yang bercakap sambil bergerak sana sini menjadikan Soffi Jikan robot yang erk, very peliklah dalam filem ni. Namun, aku cukup suka adegan Soffi Jikan marah pak imam. Adegan sempurna, walaupun Soffi Jikan terjerit2. 


Filem ni taklah teruk. Percayalah. Cuma momentum untuk ceritanya bercerita memakan masa sedikitlah. Iyalah, Amy keluar dari pusat pemulihan pun memakan masa yang agak panjang. Aku sendiri meneka neka kenapa dua plot ini tidak bersatu. Rupanya, di tengah tengah filem barulah bercantum dengan sempurna. Plot keinsafan hanya bermula bila Tasya (Nabila Huda) mengetahui ibunya mati. 

Lakonan Nabila pada aku ok. Soffi Jikan memang gedik tetapi ada sekali sekala dapat juga feelnya. Zizan dengan keletahnya yang pada aku sudah mula muak. Keseluruhannya, filem ini masih lagi melekat lekat sisa sisa Yusof Haslam dalam siri tvnya. Iyalah, bercakap sambil berdiri / duduk di satu tempat. Kau balas cakap aku, aku balas cakap kau. Lebih kurang macam tu lah. 


Bohsia Jalan Kembali bercerita tentang kesedaran. Itupun hanya di 30 minit terakhir. Plotnya yang banyak karakter tak penting pada aku menghalang untuk kesedaran dan keinsafan muncul lebih awal. Dengan kematian Keting yang pada aku tidak menimbulkan impak (aku mengharap Keting mati sepertimana drama Rashid Sibir), keinsafan untuk perlakuan Keting tak dapat dirasa. Apapun, filem ini biasa biasa saja. Oh ya, penutup filem ini terbaik. Berjaya buatkan aku terpaku seketika.

3/5

2 comments:

abbeysama said...

yeke..hmm..mujur xminat pun yg pertama tu..so xde sebab nk tgk yg kedua.. :)

careno said...

gua dah layan dah... sebagai penonton biasa yg hanya nak tgk crita yg tak membosankan... bg gua ok jer.. xde masalah dgn movie ni...