Friday, July 6, 2012

Review: Aku Ada, Kau Ada?

Biasa saja. Dengan permulaan cerita yang meleret leret, Aku Ada, Kau Ada nampaknya punya starting yang agak kurang baik. Pada awal filem sudah mula menampakkan permulaan yang lambat, dan tidak cukup momentum. Aku Ada Kau Ada bukanlah teruk. Tetapi, sebagai sebuah persembahan bertaraf filem, percubaan untuk menggambarkan dunia Korea dari mata filem Malaysia ini nampak gayanya belum sampai par yang dikehendaki. 
Shaheizy Sam tidak mampu menjana lakonan yang baik. Walaupun ya aku yakin gandingannya dengan Yana Samsudin mampu mencetus fenomena, malangnya tidak terjadi dalam filem ini. Yana dan Sam nampaknya kurang menyerlah. Walaupun ya, adegan akhir filem ini agak menjana emosi, tetapi malang sungguh aku tak dapat melihat pada keseluruhan filem tersebut. 


Skrip nampak seperti melambat lambat. Dengan adegan simbah air yang banyak, filem ini nampaknya kurang idea untuk babak babak kena mengena. Aku faham, adegan simbah air tu cuba untuk membina zaman silam dan getaran cinta Nordin dan Tina, tapi sampai jadi aku simbah kau kau simbah aku sampai berkali kali, itu bukanlah perkara yang baik. Sweet tu memanglah sweet, tapi lama lama kalau berkali kali, sweet tu pun habis. 

Kamal Adli poyo giler. Lakonannya gedik dan amatlah menggelikan aku. Ini bukan perkara positif pada aku. Ianya sebaliknya. Lakonannya, yang dilandaskan pada adegan adegan yang terlalu banyak cuba menunjukkan kepoyoan si Aziz daripada perlakuan Aziz untuk cuba mendapatkan Tina dan menjatuhkan Nordin amatlah mengecewakan. Babak poyonya yang terlalu banyak buat penonton muntah darah. Di mana jahatnya Aziz tidak terserlah. 

Walaupun aku rasakan Aziz M Osman lebih baik dalam menggambarkan kota negara luar dalam Azura, filem ini pun tak la kurang hebatnya. Visual korea nampak disusun kemas walaupun tempat tempatnya nampak tidaklah luas untuk dipandang mata. Tidak banyak visual yang menggambarkan Korea dengan lebih luas dan menarik. Namun, sekadar ini pun rasanya dah cukup baik. 


Lagu lagu dalam filem ini mengingatkan aku terhadap filem filem Bollywood. Ternyata dalam banyak banyak Bolly-malay yang orang kita cuba buat, filem ini agak baik dalam penyampaian babak babak lagunya. Walaupun ianya sebuah persembahan ala Korea, aku masih tidak dapat menidakkan yang persembahan lagu lagu dalam filem ini mirip Bollywood. 

Namun, malang sungguh apabila sedangkan si Aziz yang berada di Korea meminta duit RM3 untuk isi minyak motor. Come onlah. Mereka di Korea! Kan dah kantoi… 

Apapun, Aku Ada Kau Ada keseluruhannya tidaklah hebat mana. Romantika berulang ulang yang menjemukan, adegan yang berjela jela, padahal cerita simple, lakonan dan persembahan yang kurang menarik keseluruhannya menjadikan filem ini bukanlah terbaik. Walaupun menampilkan Korea dalam filem ini, apa ada pada lokasi kalau ceritanya ke laut kan? 2/5

No comments: