Tuesday, April 17, 2012

Sneak Peek: Total Recall


Total Recall adalah sebuah si-fi aksi yang dibikin berdasarkan filem lakonan Arnold Schwarzennegger pada tahun 1990 dengan judul yang sama. Cerita asal filem ini sebenarnya berasal daripada sebuah cerpen bertajuk We Can Remember It For You Wholesale tulisan Philip K. Dick. Karya ini diterbitkan pertamakalinya pada tahun 1966.

Filem ini, yang dibintangi oleh Colin Farrel (menggantikan aktor sasa Arnols Schwarzennegger) akan mengalami banyak perubahan plot. Dikatakan juga, filem ini mengandungi pengaruh isu politik yang kuat. Diarahkan oleh Len Wiseman, pengarah Underworld dan ditulis oleh Mark Bomback, James Vanderbilt dan Kurt Wimmer, filem remake ini dibintangi Colin Farell dan dibantu Jessica Biel, Bryan Cranston dan kate Beckinsale.

Filem berbajet $200 milion ini mengisahkan situasi di Euroamerica (dahulunya dikenali sebagai Amerika Utara dan kesatuan Eropah) dan New Shanghai (dahulunya dikenali sebagai China dan Asia Tenggara). Dua negara ini bergaduh tentang kuasa politik dalam filem bersetting masa tahun 2084 ini. Seorang pekerja kilang yang trauma, Doughlas (Colin Farrel) merasakan dirinya adalah seorang spy yang mana ingatannya telah dipadamkan. Apa yang pentingnya sekarang, dia perlu bersatu dengan seorang aktivis, Melina, juga seorang pelacur untuk mengubah sistem politik Euroamerica yang mana sedang diperintah oleh seorang presiden kejam, Vilos Cohaagen (Bryan Cranston).


Tidak seperti filem asal tahun 1990, Total Recall versi baru tidak menggunakan setting di Marikh sebaliknya menggunakan bumi masa hadapan untuk latarnya. Filem ini akan berada di pawagam August 2012.

No comments: